sape nak itut angkat kaki~ ;P

Wednesday, March 23, 2011

siapa dia???

sila senyum sebagai tanda anda tidak membenci entry ini.

bismillah...

tak perlu lagi menulis tentang orang itu. katanya migrain akan menjelma tatkala melihat blog ini. pigi dah.. berceramah macam imam muda, salah orang dikata tak berpada, tapi diri sendiri bodoh sombong tak ingat dunia.

bukan saya untuk membenci. bukan saya untuk mengeji. tapi sudah sampai tahap tak tercapai fikiran lagi.

bila dah penat mengeluh mulalah terfikir kan bagus kalau ada orang bagus-bagus berkerja berharta cukup menyara seorang surirumah seperti saya masuk meminang..

tapi fikirlah, bila tiba-tiba menggunakan khidmat mak ayah merisik anak dara. mungkin saya saja. tak sempat bersosial kah beliau?? diam tak bertempat?? anti perempuan?? ditinggalkan hati remuk redam??

atau mungkin menyempurnakan segala amanah hidup mengikut jalan yang benar terlebih dahulu?? anda faham??

saya faham..

abang saya juga berkahwin dengan calon dari orang tengah. tanpa bercinta, mereka mendirikan rumah tangga. tapi tidak satupun kriteria yang awal itu ada padanya.

cuma pilihan pertama tak berapa ngam dengan papa mama. naseblah kan.

oh, teringat juga prosesnya. abang saya tidak muncul ketika hari perkenalan. hanya gambarnya kami bawa. pastilah yang paling comel yang kami rasa. susah lah kami nak gebang kalau gambar pun sudah tak sedap mata memandang. kan?

tapi kami tak menipu. abang kami memang comel. seperti donat memang comel kan? orang yang dirisik ketika itu juga setuju. tidak lah kami ini pembawa cerita dongeng bila selain daripada kecomelan itu, abang kami adalah hampir sempurna. mungkin manja seperti perempuan sket tidak sesuai dengan saiz beliau. tapi tak mengapalah, sudah selamat berkahwin lebih dua tahun baru. baby masih belom ada. baby cacing mungkin banyak dalam perut beliau.

tidaklah kami berjudi, tapi kami mempertaruhkan segala kualiti positif yang abang kami miliki. orang yang dirisik adalah yang cantik, kerjanya sangat baik, poket juga tebal duit berkepuk-kepuk. tidaklah lebih abang kami itu melainkan kerjanya adalah arkitek.(waaaahhh...tapi tak berduit.kekeke)

apa yang saya merepek sebenarnya nih...

message bari ibunda beberapa hari yang lalu

mama: slm tick, ada ore mari merisik demo kmarin. demo kna wt plhe scpat mngkn. *orang tua sekarang standard lah message macam muda mudi, guna shortform untuk rasa tidak tua..

saya: sapo ma? dio bwk brg kemas dop?? kekeke.. *pastilah ingat mainan mama fikirkan beliau bosan di rumah.

mama: bnyk bna bre kemah dia.mari nk nnanya bwk dh.

saya: manalah tahu..hahaha

sampai di situ saja

malam tu kami message lagi.. tapi hal yang lain...dan tiba-tiba..

mama: tick lagu mana ore mari dok nnanyo dmo ni?? dmo kna oytlh ko ....... 2 kalu dia btul2 kna lh dia buat sesuatu.ore tnya marin mama oyt xdok je.

BIA BETEK!!! duh...

pastilah saya terkejut.

dan sebagai pengukuhan segala ini bukan mainan mama, orang tengah itu sendiri dah message kat facebook. susah juga ya bila orang tua juga pandai berfacebook. tak perlu lagi menunggu untuk bertanya itu ini. dah tak suspense la...ish..haha..

tapi identiti orang itu masih misteri.. ntah ape jadi dengan mama, yang selama ni memegang jawatan orang tengah yang sangat cemerlang, tidak mampu mengingat nama si perisik*oh macam FBI la plak.. mungkin beliau juga terkejut.hahaha.

jawapan saya..

tiada jawapan. soalan juga yang saya bagi. soalan soalan soalan sahaja.

banyak benda yang saya fikirkan... haruskah? tak perlukah?? oho.. tak nak fikir.. boleh kah???

rasa kelakar, takut, risau, susah hati.

kalau anda ada jawapan silalah bagitau saya

daaaaaaaaaaaaaa.......





Friday, March 11, 2011

untuk wak lagi...tak paham kenapa asek2 untuk beliau.

bismillah...

n alhamdulillah.. suara dah ada balik setelah 3 hari hilang.. hehe.. first time demam sampai terlari balik.. thanks to muiz cuz balik kampung.. kesian beliau drive sorang2 dan membiarkan saya bermimpi indah di seat sebelah..ehehehehe...

tanpa mc, saya dengan sengajanya menuang 2 klas dan 1 ko k. dan pada saat ini sedang menyiapkan homework dengan penuh semangat sebagai tanda penghargaan kepada internet yang laju vroom vroom di rumah..hehe..

i told my mum. bout us. n she started to talk craps like "dh tu tick nak kawen ngan sape la tahun dpn...?" it came out from her mouth like over and over again. macam dia pulak nak kawen..

tak de pulak saya kecoh cakap nak kawen ke ape tapi nape orang lain pulak yang eksaited. tak paham sungguh. kalau kata tak pernah cakap tu tipu la kan.. ade la skali.. tu pun dah lama giler kut.. and sebab nak tetapkan tak nak bertunang. tu je..

dan sekarang dah takde hangen langsung nak pikir or cakap or bincang or ape2 je lah pasal kawen mawen ni... am i stressed?? agak la.. tapi ape nak dipikir sangat.. hidup je lah...

but then somehow i said to mama, "mama carilah sape2 yang mama berkenan untuk org" then she takes it seriously like "ade sorang tu ngah cari wife..kalau betul2 nk kenal la..."

me: sape??
mama: ank kawan mama..
me: handsome op?? (soalan bajet tak sedar diri nih..)
mama: ok la..
me: keje?
mama: army.

the end.

sorang dalam sejarah cukup lah. tak perlu nak buat collection.

semua orang akan lalu benda macam ni ke?? sedihnye.....~!!!!!!

cari je yang lain.. cari je yang lain.. jangan tunggu lagi...

i know dat org yang cakap tu pun tahu yang cakap memang senang. sangat senang.

nak betul-betul hilangkan dari hidup tu ingat senang ke??

macam mane nak gitau die? macam mana nak lalui hari dia akan jadi mental disebabkan kita??macam mana nak reset balik hidup.. macam mana...

tapi bila fikir macam ni.. mesti nak fikir lagi pasal kenapa and macam mana nak settlekan... tak serik-serik lagi ke???

hhhhhhhmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

di luarnya tenang tapi Tuhan saja tahu...

boring jugak asek cakap benda sama je..... tapi kat sini je kut boleh tunjuk perasaan.. sebab takde sape pun akan percaya benda ni semua kalau tengokkan ghupe zuhairah dahria secara live...

siap ade yang mintak tips jadi happy go lucky bahagia takde masalah lagi/ dang~

kalau lah korang tahu..........






Sunday, March 6, 2011

move it move it auuuuuw~


bismillah...

cantik kan?? klasik abes la ek pilih cincin macam nih?? haha.. cincin ceni dah jarang nak nampak kat kedai.. kena tempah kalau nak.. tapi lambat siap. xpe lah, janji dapat harga berbaloi2.

duit belen boleh wat shopping. duit belen2 lagi beta songlap. sampai ari ni tak gitau harga sebenar. ngahahaha... tak rahsia la kalau dah gitau..

next, nak body 916 ceni gak, tapi berlian susun 2 line.. cane?? yang macam orang2 tua slalu pakai tu. saya punya taste memang tradisional sket kut.. xnak ah bunga2 pusing2...hehehe... eh tapi bukanlah besar gedabak cam mami jarum punye cincin tu... bukan bukan bukan.. eh jap, kalau lah ade yang terbaca tetiba nak bagi kan, jangan jangan jangan.. saya suh atok saya je buat oke... pahtu ckp keep the change tau. ;)

tonight, is such a beautiful night.hmm..goodnight.

p/s~ sesambil buat reflection, layan perasaan, belek2 "cincin confused"
p/s/s~ reflection oh reflection.
p/s/s~ tonight by big bang.






Friday, March 4, 2011

typical?? dun think so...

Bismillah...

i know i can't take one more step towards you cause all that's waiting is regret. and don't you know i'm not your ghost anymore.




mungkin benar kata-kata itu. susah untuk dijaga, tapi susah juga untuk dijauhi. i've thought about the right way. mind your own heart. jadi selfish sikit. fighting~!!






Wednesday, March 2, 2011

suka hati lah labu....

bismillah...

hmmm... tah berapa hari lah tu tahan nak dengar cerita.. nak cuba-cuba ambil berat.. macam kenal je gaya tu....

buat lah ape yang kamu suka ye labu...

tapi akhirnya saya dah betul-betul decide. no more dreaming to learn it from u.. saya dah selamat berenang ke tepian swimming pool. sekian terima kasih. there's a lot more to come.

hidup tak seronok kalau takde surprise. hope you like it!!