sape nak itut angkat kaki~ ;P

Saturday, April 30, 2011

of cikgu cikgi and abang askar. ;)



bismillah...

assalamualaikum..hawau you.. ehekhekhek.. mood buat esaimen nih.. tgh syok. hungga hungga~!! haha.. rehat jap sambil-sambil minum teh ais (2paket teh boh 3in1+4 sudu susu tepung dutch lady perisa honey+ais) nyummeh. saya memang suka minum susu. weeee ;)

sambil-sambil minum tu kita tengok ape yang boleh ditengok kat facebook ye. oh, ternampak boyfren baru mek geng gf asko dulu.. jajanggg.. muka asko jugak??? hahahaha.. tgk info, sah asko.

kenapa tah, dorang ni memang dah takleh lari tau. kalau dah namanya askar, mesti ade semacam punya style yang kalau orang tengok dorang, orang akan cakap "oke, askar". tak pun, ayat baik sket, macam fikir dulu lah.. "muka macam askar lah". haha..

bukan tak elok pun.. elok sebenarnya.. yang buat kita cam atau kenal dorang tu sebab ape?? sebab appearance dorang. kalau cikgu takat kul 7 pagi sampai kul 2.40 petang, tu je lah limit dorang untuk pakai kemeja ngan suar slack and neck tie. lepas masa tu memang dah kurang cikgu lah, lebih artist sket menjelang petang-petang hari. tapi kalau askar, korang cakap lah kul berapa korang jumpa dorang, kat mana sekali pun, dorang tetap berambut rapat ke kulit kepala, berkasut, bertshirt tanpa gambar curt cobain mahupun hujan, dan bergaya. erk?? bergaya ke?? tak sebenarnya. bergaya askar. oke tepat.



ini adalah cikgu-cikgu. ade yang kemas. ade yang tak. berwajah ceria. stress kadang-kadang sahaja. muka mereka manis, dan ade juga yang jambu. yang penting, mereka tidak hangus. ye la, ape la sangat kalau bermain futsal setiap petang.. peluh aje yang banyak keluar, warna kulit takde terjejas mana pun.. ;P
gambar dari facebook Nuge.

teringat jugak kata-kata cikgu din. cikgu din ialah cikgu plkn saya 6 tahun yg lalu, tapi saya baru saja melawat beliau bulan lepas di rumah beliau kat Manjung. weeee ;)

cikgu din kata, itulah nilai seorang navy. navy? ye, beliau kata navy. mungkin sbb beliau juga navy. mungkin jugak beliau sebenarnya nak refer kat semua askar darat, lautan dan juga udara, tapi beliau obses kat navy, haha.

katanya, itulah disiplin yang mereka semat dalam diri mereka sampai bila-bila. rasa untuk jadi kemas sepanjang masa. rasa ingin jadi segak tak kira tempat. pendek kata, mereka ini overconfident sebenarnya. nak pulak kalau area manjung tu..mentang-mentang area dorang.. yakin jek dorang kua ngan rupa macam kembar seratus. haha.. ampun.... betul.. cubalah korang pergi manjung, pastu korang singgah billion, malam kalau boleh. bila korang selisih dengan manusia, korang mesti akan terfikir "eh, tadi dah selisih dengan mamat ni" tapi kenyataannya adalah mereka bukanlah orang yang sama. atoiyai.. paranoid sekejap perasaan.

bukan kata yang gelap-gelap berbadan tegap je.. yang muka cina macam abang azhar pun nampak lebih kurang je..sama. mereka semua berwajah askar. comel sungguh mereka ini. kembar tak main sorang dua. kembar beratus ratus barulah askar. haha.



ini pulak abang-abang askar. walau tanpa uniform, lihat tangan mereka, seperti kumpulan Raihan. disiplin tinggi. muka mau maintain ketat walau sedang senyum. oh, mereka sedang bercuti, sebab tu mereka pakai selipar. kalau tidak cuti, mereka mungkin akan ditaji angkara selipar. ambik gambar tidak formal, tapi masih mengikut ketinggian seperti barisan kawad. dari kiri, "Lt Kecik TLDM, Lt Abang Azhar TLDM, Lt Abe Noman TLDM, Lt Amir Imran TLDM dan Lt Don Iliyas TLDM" "kami adalah NAVY officers yeow~!! haha..

abang azhar adalah lebih cerah dari saya, tetapi tengoklah dah hangus. askar mana yang tak hangus?? takde. semua pun seperti butter muffin, cuma tidak gebu sahaja.
gambar dari facebook don iliyas ;)

oh teringat jugak insiden selepas blah dari rumah cikgu din. abang azhar diam tak nak bercakap. sebabnya, jeles dengan cikgu din. apeka... bila ditanya, tak nak jugak bercakap. bila saya dah tiru style dia tak nak bercakap, baru nak bagitau. jeles dengan cikgu din. sebab saya sakan gelak bila cikgu din cerita balik kenangan dekat kem 6 tahun dulu. dengan cikgu din pun nak jeles. aperda... sanggup pulak biarkan saya tak ambik gambar dengan cikgu din. syok bersembang sampai lupa nak amik gambar. seronoklah abang azhar. saya takde gambar dengan cikgu din. tapi saya cakaplah, nak kena datang lagi lah tu. terus diam dia.hahahahahahahahahahaha.

ape yang saya nak cakap sebenarnya nih?? haha.. oh, kesimpulannya, itulah askar. mereka mungkin teramat tensen dalam pekerjaan mereka, tetapi sebenarnya mereka adalah sangat fofular. kalau kawan-kawan sekolah saya dulu, semua tak suka askar. dan yang paling tak suka adalah yang end up berhubungan dengan askar. iaitu saya. sekian. ;P

Friday, April 29, 2011

Allah, penghilang segala kesukaran, hilangkanlah.

bismillah...

syukur alhamdulillah.. dah selesai presentation yang sangat menakutkan itu... and now report time pulak...

tukar topik.

rasanya saat-saat ni memang sangat tak sesuai langsung nak bincang soal hidup dengan anak pak cik ros azmi tu.. hmmm.. mengeluh sampai bila-bila.

memang macam tu ke?? memang kalau berbincang dengan navy memang macam tu ke?

sedihnya..................

kadang-kadang terfikir macam tak pelik langsung rasanya kalau satu hari nanti saya kawen dengan orang lain..

bukan sebab tak memahami..

tapi sebab terlebih memahami..

sampai makan diri..

haha..

sedih tapi boleh gelak lagi menandakan terdapat sedikit kecelaruan emosi di situ ya...

tak awkward ke hidup dengan orang yang tak boleh ditegur langsung?? kalau kawan-kawan yang jumpa sekali sekala tu xpe la.. ni orang yang kita nak hidup bersama sampai bila-bila..

it's just a matter of communication kan...

doa lagi dan lagi dan lagi.....

moga Allah permudahkan segala urusan....

amin...





Saturday, April 23, 2011

research bla bla bla

bismillah...

hari ni bermula dengan cuaca panas amat... tido malam tadi pun x rasa sejuk sangat.. lepas subuh melepek dulu tungu jam 7.30 baru terhegeh-hegeh mandi, siap-siap untuk gi ko k. ko k terakhir yay! kat sekolah, kitorang ada makan-makan sempena meraikan lepas ni dah tak payah gi ko k lagi.hohohoho...and sempat jugak snap-snap gambar dengan amir, adik angkat untuk sem lepas.. kebetulan pulak dia ada kelas tambahan... dah nak upsr budak tuh.. but i don't have his picture right now.. will update it later ya...

balik je terus pengsan. dalam panas-panas tu.. tido punya pasal.. sanggup je..terjulur-julur badan keluar katil sket untuk rasa hangen-hangen kipas kecik.. maklumlah..katil dabel deker...

bangun je dari tido terus on lappy cuba untuk online.. and dapat login uumzone yay lagi sekali!! ;D

godek-godek benda-benda menarik sket then tetibe je abang azhar call.. gitau tarikh sudah bertukar sebab his abah nak gi umrah... so sekarang kena fikir nak lambatkan or nak cepatkan... hmmm.. tak pasti but then abang azhar cakap maybe dicepatkan.. okaiyo... tapi busy betul dia.. call bagi salam pastu cakap dua tiga ayat je then letak...huhuhuhu...

walaupun siang gila panas, tapi maghrib tadi tetibe je hujan lebat gila dengan kilat petir segala.. masa tu Tuhan je yang tahu betapa takutnya perasaan ni... tambah pulak sorang-sorang je dalam bilik.. memang rasa sangat penakut gila rupa-rupanya... nak nangis pun ada.. tapi control cun lagi walau takde orang dalam bilik.. tutup telinga bajet takde pape... sampai aisyah balik, YES!!! baru berani senyum.

then malam baru sedar diri keje berlambak-lambak tak siap lagi and semuanya nak esok lusa tulat tubeng and tunggeng. omo.

dan secara tak sedar diri jugak terus bukak segala word powerpoint serentak. haha. tak tahu mana nak buat dulu... naseb baik jugak abang azhar gi Qiam malam ni... so takde possibility (yg rendah tu) untuk dikacau.. tapi sebenarnya lagi naseb baik ada esaimen banyak-banyak ni.. maka takdelah perempuan sewel mengacau abang azhar. stress kut dia bila kena goda tiap-tiap hari. chupp. bukan saya. tapi syaitonirrojim....hehee...

tapi sebelom buat keje tu, ambik berkat sket, baca Quran dulu.. masa busy ni lagi perlu ingat Allah banyak-banyak.. so that keje last-last minute ni pun Allah redha.. ameen...

deyh.. mata dah ngantuk nih.... tapi keje banyak lagi tak siap... wowowowowowo...

penat bila semua assignment bertindan dan double. dua research perlu ade report tebal dan presentations. untuk segala presentation lain pun perlu ada report jugak walau tak tebal mana...

jam dah dekat kul 12. jiwa dah kacau nih.. esoklah nak present, esok jugaklah nak prepare presentation lusa, and esok lagi jugak nak diskusi presentation untuk hari tunggeng. hari tunggeng itu ialah hari khamis.heee...

dan.

final pun dah tak lama lagi dah. huwaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

k. dah lama mengelat. sambung buat keje ye sayam.

daaaaaaaaaaaaaaaaa ;)




Thursday, April 21, 2011

mereka itu comel. mereka ialah abu dan adira ;)

assalamualaikum...

rasa dah naik menyampah tengok header kat atas tuh.. haha.. rasa nak tukar. belog tah pape je tapi header asek bertukar. ah, suka lah hati!! blog sape???

heee... ;P


11:06am~ jajanggg~!!!! header dah tukar !! hohohohoho...


p.s: suh adik buat craft, tp upah ngalahkan pro. tapi xpelah, better bg kat adik sendiri dari bagi kat adik orang lain.. sbb dia pun boleh buat.. aish.. duit lagi tu.....

Monday, April 18, 2011

ye la nanti saya dah keje baru saya cakap balik....

bismillah...

rasa macam nak buat segala benda.. tapi dengan perangai suka tangguh-tangguh keje nih?? hmm.. mimpi je la..

rasa macam nak study. tapi kaki tangan badan semua rasa malas nk beranjak dari skrin lappy..

rasa macam nak bergayut tepon.. tapi mesti tengah busy baru sudah kawad dan bersiap-siap nak gi masjid bla bla bla..

rasa macam nak cari benda-benda berfaedah.. tapi internet free sangatlah slow macam siput babs..

tapi yang paling.. rasa macam kecik hati bila...

me: waaaaaaaahhhhhh... ikhsan ngan ijun dah nak kawen..... baru je bertunang.. dah nak kawen.....!!

he: ye lah... dorang dua-dua keje.... (dengan nada dan intonasi meyakinkan)

me: oo..so salah orang la sebab orang tak keje lagi?? mesti lagi salah besar bila orang nak jadi surirumah je kan?? (nada mula meninggi)

he: (sambil gelak-gelak) bukan macam tu... maksud orang dorang keje sama-sama.. dorang dah lama bincang.. dari zaman upnm lagi kot.. kita setahun jumpa 3 4 kali je...

me: hmmmm...

rasa macam nak marah lagi tapi memang betul pun kalau dia tak defend diri sendiri pun, saya masih sedar yang menyebabkan marah tu diri saya sendiri. saya yang tak menerima ayat itu dengan maksud dan niat yang betul. hmmm... sensitif pulak dua tiga hari ni..

dan di sebalik kekecilan hati itu (eh ada ke perkataan tu??), saya masih mampu berfikir secara logik. orang sekarang nak kahwin, paling-paling tidak, nak jugak tong tong duit belanja. nak bersederhana takat mana pun, akhir sekali berhabis beribu riban jugak. nak pulak yang kahwin tu kejenya tak lah gah sangat tapi menuntut masa yang maha banyak. komitmen yang melebih-lebih sampai untuk kahwin pun sanggup serah seratus-peratus kat family untuk selesaikan. bila dah semua bersuruh, duit lagilah maknanya.

dan fitrahnya pulak, perempuan, ada ke yang tak cerewet. cubalah berlakon cool macam mana pun, ada ke nak pakai tshirt renyuk, kedut-kedut?? mesti nak iron jugak walau tengah rushing. busy lah macam mana pun pasangan dia, tak bergaji, tetap mahu semuanya sempurna. sempurna dalam tak sempurna lah. mana ada benda yang sempurna melainkan Dia.

tapi sungguh penatlah bila kita fikir banyak sangat, bila ada banyak benda yang perlu kita luahkan.. bila bebelan kosong takde lagi tempat sasaran, rasa sangat down..sangat tak bersemangat...

satu pengajaran hidup yang paling jelas...

kalau anda mahu hidup berpasangan, hidup berkeluarga dengan matlamat anda akan dapat capai orang yang anda perlukan di saat anda memerlukan, navy bukan satu pilihan yang baik. mereka juga manusia, lumrah perasaan mereka sama seperti kita, cuma mereka tidak punya masa dan peluang untuk memenuhi matlamat anda. dan kalau anda pasti kecomelan anda boleh merubah tingkahlaku mereka, anda perlu bersedia untuk gagal. tapi, bukan semua yang berpasangan dengan mereka itu berakhir dengan masalah. in fact, anda mungkin lebih bijak, lebih kuat dan lebih berjaya dari orang lain. semua itu ujian Allah. dan Allah menguji manusia dengan apa yang mereka mampu tanggung, bukan sebaliknya. kan??

akhir kata..

me: jangan bangkang-bangkang orang boleh tak????!!! dah berapa kali orang sedih nangis-nangis sendiri tapi abang busy??? boleh tak bayar balik susah payah orang tu dengan setuju je semua benda yang orang cakap??? boleh tak???

nak cakap macam tu sebenarnya tadi.. tapi takut jadi masalah lain pulak yang mungkin perlu cari masa yang lain lagi untuk diselesaikan. haha.. so baik jangan cakap.

;)

p.s: dari wak dah jadi abang. rasa macam dah boleh hilangkan rasa fobia dengan panggilan tu kut. tapi rasa aneh jugak sebab dia adalah adik sebenarnya. tapi sebulan je pun.. apa la sangat sebulan tu kan kan kan??? *wink2






Thursday, April 14, 2011

jangan ajar diri jadi penipu.

bismillah...

Tuhan yang menghilangkan rasa sedih, hilangkanlah.

adakah saya dah jadi makin sensitif sejak kebelakangan ni??? ke saya sedang stressed??

if you have to say something to me, and the thing can bring me down, say it and say sorry. for at least i know that i'm not left in the dark.

sungguhpun saya adalah pelupa, tapi there are things that i won't forget. kenapa perlu menipu??

sedih. sangat sedih bila people think it's ok to lie to me. yes it's ok to take my things. it's ok to copy my assignments. it's ok to take my belongings. it's ok if you want my boyfriend. yes, it's ok.

but it's absolutely NOT OK to lie.

think before you speak. and please think even before u think.

p.s: FYI, dis org tua also has feeling. thank you.

may God bless you.

Monday, April 11, 2011

la la lalalala~ avril mode



i'm the flower with the wrong spelling. hye!

and i'm far away from family.

dorang asek makan best. selalu pergi sabak. dem.




macam shabu-shabu. tapi sabak lagi best kut. abang azhar, jum!! ;D



Thursday, April 7, 2011

kemas kini pantas.

hi.








ajak kawen pulak. kalau orang tak ketuk-ketuk, takde nak gerak pape pun. sekeh sampai keluar roh baru tau.









nak siap gi kelas. sosiolinguistic and action research.

bye.

Wednesday, April 6, 2011

bye bye sweet potato couple~

bismillah..

it's wednesday.. rabu terakhir dalam sem ni yang takde klas.. lepas ni dah ada klas hari rabu.. rasa hati nak tido je satu hari.. kepala pun dah masuk empat hari duk sakit-sakit... kerja banyak, tapi malas nak buat.

tengok-tengok jugak kut-kut encik engineer dah add fb, tapi xde pun.. mama dah gitau kut..haha..

oh, sweet potato couple dah quit... dah tak boleh tengok dorang dalam we got married... and the pink guitar is soooooooooo cute! bye bye yong and hyun. ;)

hari jumaat nanti pergi sekolah lagi, for action research.. last time kami pergi sekolah and we did the first intervention. me, acoy and nana jd teacher. i've failed myself. set induction failed. teaching failed. voice projection failed. arghhh!! tertekan pulak bila fikir. i can't be a teacher. i don't want to be a teacher. i only want to be a teacher for my children. saya nak jadi surirumah je pleaaaaassseeeee..... kalau lah boleh kan... tsk tsk..

tinggal lagi 41 hari untuk saya meninggalkan UUM... i will surely miss this "Universiti Untuk Makan"... saya lagi suka duk sini as compared to penang... saya lagi suka perasaan terkejut bukak pintu bilik tengok ada monyet tunggu depan pintu daripada perasaan sakit hati dengar bunyi hon kereta dan siren ambulans sepanjang masa.. saya lagi suka angin UUM daripada asap penang..

dan sekarang kami masih tidak pasti bulan berapakah kami perlu balik maktab.. kalau korang mengikuti perkembangan untuk orang-orang yang masih bergelar undergraduates, korang pasti tahu yang kebanyakan universiti malaysia akan bukak bulan september untuk sem depan. termasuk UUM. we are twinning program students. there are years that we have to be in IPGM Penang and 2 years in UUM. bila berada di UUM, untuk akademik punya hal, kami takde masalah. tapi bila berada di maktab, banyak masalah yang akan timbul due to the system used. walaupun kami berada di Penang, segala silibus, final exam, minggu kuliah akan ikut UUM. and as so many people dah tahu, cuti maktab adalah mengikut cuti sekolah, bukan cuti universiti. sebelum ni, cuti tak jadi masalah sebab cuti universiti selalu jugak terkena time cuti sekolah.. tapi bila dibuat kami masuk bulan september, masa cuti sekolah hujung tahun nanti, 71 of us kena stay dekat maktab untuk habiskan sem..ohooo.. patutnya bagi je kami stay kat sini...

memang lah kalau dikira dari segi balik kampung, lagi senang di penang sebab drive hanya 4 jam untuk sampai rumah. kalau UUM 5 jam. but then saya tetap jugak tak naik bas kan..so 5 jam is much better la kan than 8 jam dalam bas.hehehe... makanan pun lagi heaven dekat sini.. memang betul kat sini susah nak dapat makanan-makanan pantas enak dan mahal seperti Chili's Nando's Jonny's mahupun Seoul Garden.. Kfc pun paling dekat kat Jitra. but then, saya ni orang Melayu kampung je kut.. saya tak memilih dalam urusan makan, tapi saya juga tak gemar makanan-makanan pantas lagi mahal itu.. saya memang kedekut.

tapi, di sebalik apa yang digebang di atas ini.. reason sebenar saya tidak mahu balik penang ialah,

saya tak nak ngajar anak-anak chinese yang pandai-pandai kat penang. saya takut. saya akan gelabah. saya akan fail. saya takut. saya penakut. ya, itu saya. penakut. boooooo diri sendiri.

so apa nak buat sekarang ni???

kalau ada duit yang banyak, betul-betul banyak, saya nak kawen dan jadi surirumah yang boleh duk rumah dan selalu boleh balik rumah parents.

disebabkan takde, saya haruslah menyiapkan assignment, study untuk final exam adalah mustahil lah sekarang sebab exam lagi 3 minggu.. dan dengan duit yang tak banyak sangat, jum gi potong rambut petang ni~!! hehe.. hair garden jum!!

dan untuk review pantas,
i've told my sisters about june thingy.
told sista bout kain pink n d craft
told another sista bout tuxedo
told another sista bout d date
and sedang berfikir for the course.

till then,daaaaaaaaaaa

;)

p.s: Dr28 x gi jalan oversea ke tahun ni??? :(






Sunday, April 3, 2011

"mrs him" to be... ;)



"belajar cemerlang, p kalau bab cinta, fail!"

bismillah...

baiklah saya terima dengan rela hati. konon dah cedera parah xleh diubati tapi tup tup duk berjoget kat perkampungan navy. good luck untuk diri sendiri kerana masih kental untuk disakiti.

whoaa.. macam-macam ak gitau nih..

as i have told you before, my bonda dah selamat dioperate untuk buang segala virus-virus kanser payudara pada pertengahan Feb 2011.. dan alhamdulillah.. semuanya oke.. walaupun bonda tak seaktif dulu, tapi kami anak-anak bonda tetap akan buat bonda happy dan doakan bonda sampai bila-bila..

tapi.. bonda punya progress laju sangat la.. tak sempat kami nak buat bonda happy bonda dah bolot title lagi tinggi..

on 19th march 2011, our beloved bonda dengan comelnya telah memegang title seorang Dr. setelah bersusah payah selama lebih kurang lapan tahun. diulangi, lapan tahun, akhirnya bonda berjaya gak pakai beret itu. yihaaa andre2!! heeee.. anak pulak yang terlebih ekaited...

gambar dicuri dr benjamin lycan

for sure lepas ni ramailah anak-anak bonda yang semangat pelik nak sambung belajar..hehehehe..

it's been 5 years. 5 tahun dan akan menjadi 6 tahun yang sangat bermakna dalam hidup. pahit manis, susah senang, kalau nak diceritakan, terlalu banyak. we share everything with her.. setelah 5 tahun, kami pasti bahawa kami ni adalah spoiled brat.haha..

dan sekarang rasa dah makin hampir untuk buat keputusan yang besar dalam hidup...

you know the words "carilah yang lain" memang dah macam angin lalu kat telinga. kerap sangat dengar.. but you have to know one more thing about me. saya sangat degil untuk peduli angin-angin itu. sorry friends..

there are moments i cant face, problems i think i cant take, but then, it's me who love to take all the challenges. given two, i would choose a hard way instead of easy one.

bukan setiap hari pun saya berendam air mata. in fact, i dun feel burden over every single problem. tak pun.. bila dah rasa teruk sangat je baru rasa huru hara sikit. plus, my besties said dat if it's her, she would run away after a year, not five. apa maknanya tu?? maknanya saya sangat bodoh lah kan to stay. but then, i'm still thinking, his failure is mine too.. meaning, if he cant understand me, dat means i failed to make he understands...

"kenapa semua orang tanya nurah bila nak kawen tapi tak tanya pun bila orang nak kawen...??"

and mimie answers..

"kalau kak diea, mimie takkan tanya bila nak kawen, mimie akan tanya, hari ni gaduh dengan azhar tak??"

and they all laugh.

memang betul pun... that's what we always do. fighting. fight over stupid things. misunderstanding almost everything. and lastly me crying. sendiri cari pasal.

then bila dia cakap he's positive for virus kencing tikus, then saya gelabah terus beli tiket pergi lumut. bersama buah pauh. haha

dah lupa dah marah-marah. dah lupa segala tak puas hati. kami bersembang macam baru kenal.

but it should be his last lesson. it should. at least after getting the message from my mama. hope he learnt his lesson.

oh, zuhairah dahria, tolong lah jadi lebih matang. ini bukan wgm. ini adalah realiti.

doakan kami. doakan keputusan yang saya ambil ini adalah tepat. doakan kami bahagia. doakan kami.

terima kasih.... semua. ;)