sape nak itut angkat kaki~ ;P

Sunday, July 24, 2011

percubaan

bismillah...

sempena nk masuk bulan Ramadhan ni.. terasa macam nak menyenaraikan beberapa azam yang mungkin akan menjadi satu percubaan yang gagal di bulan puasa.

tapi harap-harap xde lah gagal sangat

here we go.

1. cuba untuk tidak tertekan dengan esaimen supaya cuti puasa boleh dikurangkan menjadi kurang 6 hari.

2. cuba berbuka puasa seperti bukan bulan puasa.

3. cuba mengurangkan lebar pipi dan badan.

4. cuba gi solat terawikh tiap2 malam. insyaAllah.. it's optional, tp bukan utk be taken for granted!

5. cuba mengurangkan perasaan amarah kepada boyfren yang selalu menyakitkan hati itu (kalau die baca ni bagus sangat. harap2 berubah perangai busuk yakin diri melebih2 tu!)

6. cuba untuk tidak shopping raya seperti tahun-tahun lepas.

7. cuba untuk positif.

8. cuba untuk memaafkan yang tak termaafkan.

9. cuba untuk melupakan perangai busuk (contoh, malas baca buku. -HAHA. cubalah!)

10. cuba untuk cuba semua di atas.

sekian sahaja bakal percubaan untuk Ramadhan tahun ini.

p.s: tidak punya internet mewah setiap hari.
p.s.s: semoga sempat berjumpa Ramadhan tahun ni.amin.. ;)





Thursday, July 21, 2011

wanita ini...

bismillah...

cakap banyak tak guna. post itu ini, tapi habuk pun tak ikut, tak guna.

nak judge2 orang.

nak ke tak nak je.

yang pasti, saya hanya ampunkan dosa kamu yang buat saya jadi bodoh kalau itu perlu untuk Allah ampunkan dosa saya.

wanita yang macam mana pun kalau hati dia gelap sekejap kerana syaitan itu biasa, sebab wanita tu jugak manusia biasa. tapi kalau hati wanita tu betul-betul berubah sebab dia takut azab api neraka, dan dia tak nak jadi penyebab lelaki macam kamu masuk neraka sebab dia, dan dia berpaling dari kamu sebab dia tak nak hidup dia, hidup kamu hancur dunia akhirat, kamu takkan tahu. tapi kamu kena fikir untuk tahu.

doa wanita itu tak mintak kamu ingat dia. tapi mintak Allah lupakan dia dari hati kamu dan dekat dengan Dia. kamu takkan tahu, tapi kamu kena fikir untuk tahu.

wanita itu berpaling dari kamu sebab dia sayangkan lelaki yang sayangkan dia untuk masukkan dia ke syurga, kamu takan tahu, tapi kamu kena fikir untuk tahu.

wanita itu akan rasa diri dia bodoh. dan menangis sampai sampai bila-bila, sebab kamu.

kamu takkan tahu.

wanita itu takkan pernah lupa, apa yang nak dia lupakan. hati dia kuat sebab itu.

kamu takkan tahu.

kamu akan hilang dari wanita itu bila kamu dekat dengan yang sepatutnya, yang akan hakimi kamu bila kamu keseorangan dalam ruang sempit di bawah tanah.

kamu takkan tahu itu.

wanita itu akan terus nampak kamu. nampak kamu. tahu kamu.

kamu takkan tahu itu

tapi kamu perlu fikir untuk tahu.




kamu mintak ampun dari Allah. ampun wanita itu ada dalam keampunan Allah.




kerana hati wanita itu milik Dia.





moga kau jauh dari api itu.

dan bodoh wanita itu hanya untuk ketika itu.

Thursday, July 7, 2011

..

bismillah..

pejam celik pejam celik, tinggal lagi 3 hari sebelum cuti habes.. huh, tak rasa macam cuti pun... tak bestnya perasaan bila dah keje nanti...

dan tinggal lagi setahun untuk abes belajar.yess!!!! sekejap je setahun tu kan kan kan??

tapi kalau rasa bebal ngan org yang tak reti bahasa, rase seminit pun lama jek..

pegi pengsan!!

penang, i'm coming!!!