sape nak itut angkat kaki~ ;P

Wednesday, March 23, 2011

siapa dia???

sila senyum sebagai tanda anda tidak membenci entry ini.

bismillah...

tak perlu lagi menulis tentang orang itu. katanya migrain akan menjelma tatkala melihat blog ini. pigi dah.. berceramah macam imam muda, salah orang dikata tak berpada, tapi diri sendiri bodoh sombong tak ingat dunia.

bukan saya untuk membenci. bukan saya untuk mengeji. tapi sudah sampai tahap tak tercapai fikiran lagi.

bila dah penat mengeluh mulalah terfikir kan bagus kalau ada orang bagus-bagus berkerja berharta cukup menyara seorang surirumah seperti saya masuk meminang..

tapi fikirlah, bila tiba-tiba menggunakan khidmat mak ayah merisik anak dara. mungkin saya saja. tak sempat bersosial kah beliau?? diam tak bertempat?? anti perempuan?? ditinggalkan hati remuk redam??

atau mungkin menyempurnakan segala amanah hidup mengikut jalan yang benar terlebih dahulu?? anda faham??

saya faham..

abang saya juga berkahwin dengan calon dari orang tengah. tanpa bercinta, mereka mendirikan rumah tangga. tapi tidak satupun kriteria yang awal itu ada padanya.

cuma pilihan pertama tak berapa ngam dengan papa mama. naseblah kan.

oh, teringat juga prosesnya. abang saya tidak muncul ketika hari perkenalan. hanya gambarnya kami bawa. pastilah yang paling comel yang kami rasa. susah lah kami nak gebang kalau gambar pun sudah tak sedap mata memandang. kan?

tapi kami tak menipu. abang kami memang comel. seperti donat memang comel kan? orang yang dirisik ketika itu juga setuju. tidak lah kami ini pembawa cerita dongeng bila selain daripada kecomelan itu, abang kami adalah hampir sempurna. mungkin manja seperti perempuan sket tidak sesuai dengan saiz beliau. tapi tak mengapalah, sudah selamat berkahwin lebih dua tahun baru. baby masih belom ada. baby cacing mungkin banyak dalam perut beliau.

tidaklah kami berjudi, tapi kami mempertaruhkan segala kualiti positif yang abang kami miliki. orang yang dirisik adalah yang cantik, kerjanya sangat baik, poket juga tebal duit berkepuk-kepuk. tidaklah lebih abang kami itu melainkan kerjanya adalah arkitek.(waaaahhh...tapi tak berduit.kekeke)

apa yang saya merepek sebenarnya nih...

message bari ibunda beberapa hari yang lalu

mama: slm tick, ada ore mari merisik demo kmarin. demo kna wt plhe scpat mngkn. *orang tua sekarang standard lah message macam muda mudi, guna shortform untuk rasa tidak tua..

saya: sapo ma? dio bwk brg kemas dop?? kekeke.. *pastilah ingat mainan mama fikirkan beliau bosan di rumah.

mama: bnyk bna bre kemah dia.mari nk nnanya bwk dh.

saya: manalah tahu..hahaha

sampai di situ saja

malam tu kami message lagi.. tapi hal yang lain...dan tiba-tiba..

mama: tick lagu mana ore mari dok nnanyo dmo ni?? dmo kna oytlh ko ....... 2 kalu dia btul2 kna lh dia buat sesuatu.ore tnya marin mama oyt xdok je.

BIA BETEK!!! duh...

pastilah saya terkejut.

dan sebagai pengukuhan segala ini bukan mainan mama, orang tengah itu sendiri dah message kat facebook. susah juga ya bila orang tua juga pandai berfacebook. tak perlu lagi menunggu untuk bertanya itu ini. dah tak suspense la...ish..haha..

tapi identiti orang itu masih misteri.. ntah ape jadi dengan mama, yang selama ni memegang jawatan orang tengah yang sangat cemerlang, tidak mampu mengingat nama si perisik*oh macam FBI la plak.. mungkin beliau juga terkejut.hahaha.

jawapan saya..

tiada jawapan. soalan juga yang saya bagi. soalan soalan soalan sahaja.

banyak benda yang saya fikirkan... haruskah? tak perlukah?? oho.. tak nak fikir.. boleh kah???

rasa kelakar, takut, risau, susah hati.

kalau anda ada jawapan silalah bagitau saya

daaaaaaaaaaaaaa.......





5 comments:

.Dila Yusof. said...

dieaaaaaaaa!!!kt xpaham bhs ganu awk..wat translate leh? :(

bella said...

same la weh!tak pehe le.heee ;P

diea, tanye la ibu awk bebetui.kalo dia rasa calon tu baik utk awk, terima je lah... ;D

buat solat istikarah jugak..heheee

yaadahria said...

oh. sgguh malang ore yg msuk mminang demo tuh. hahaha

dell_royale257 said...

tik sile amik, xyah tggu hoktu dh

VIETNAM said...

jangan tick...jangan dengar ckp dell..dont judge a book by its cover..pilih lar buku yg dah baca separuh walaupun kadang2 buku tu boring tapi kadang2 best..! nanti kalau buku baru tu x best langsung? mcm mane? Meme lar kulit buku tu ctk..:b