sape nak itut angkat kaki~ ;P

Tuesday, August 28, 2012

semoga Allah makbulkan doa kita semua... aamien..

assalamualaikum saudara saudari yang budiman..



nampak macam takde kerja kan boleh update tiap-tiap hari pulak...hehe..

sebenarnya... memang saya takde kerja pun.. kalaupun saya belum kahwin, saya memang tak kerja jugak sekarang ni sebab selama ni pun my dad tak pernah nak kesah pun kalau saya nak bercuti-cuti malaysia saja di rumah untuk setiap cuti yang saya ada..hehehe..

tapi sekarang punya reason tak bekerja dah lain.. sebab ada dak demok. after practicum saya dah tahu apa perasaan orang bekerja.. penat, selalu tak sihat.. yang selalu sangat terjadi, tak berdaya nak melakukan aktiviti-aktiviti yang happening. teringat masa practicum, saya hanya sempat balik kemas rumah, basuh, sidai dan lipat kain dengan muka yang sangat penat. bila demok duty, lagi pendek masa kami bersama. kadang-kadang, kami terpaksa OT mata kami semata-mata untuk bercerita tentang apa yang terjadi selama seminggu sebelumnya. memang memenatkan. ala-ala ade anak kecik gitu.

disebabkan keadaan yang macam tu, saya nekad untuk tak mencari kerja part time supaya saya boleh meluangkan semaksima mungkin masa dan tenaga untuk demok.. selalu demok balik kerja nak kena pijak-pijak kasi lenguh-lenguh semua hilang.. kalau saya kerja, sape nak tolong pijakkan demok?? tu pun dah tinggal beberapa bulan je lagi boleh bercuti-cuti malaysia pun... dah la posting pulak tak tahu nak dicampak ke mana.. memikirkan hal tu, lagi lah kuat rasa nak duk kat rumah je membuat segala kerja surirumah yang saya idam-idamkan selama ni tu..

memang seronok bila boleh ironkan uniform demok.. hantar demok gi kerja walaupun hantar kat muka pintu je and paling seronok bila demok balik saya wajib ada kat rumah tu untuk sambut kat pintu jugak.. kalau dah kerja nanti, iron uniform insyaAllah boleh buat lagi.. nak hantar demok kerja? sah-sah la tak dapat buat sebab sekolah kan start awal pagi... nak sambut demok balik kerja pun tak sure boleh ke tak. entah-entah terbongkang kepenatan...

so dengan adanya kesempatan dan ruang masa yang tak seberapa ni.. saya memang dengan kedegilan yang sedia ada ni telah memberi 4 juta dalih kat demok bila demok asek pujuk suh part time kat macam-macam institusi pendidikan... dah macam-macam alasan saya bagi untuk tak perlu keluar rumah gi kerja.

kadang-kadang terasa jugak bimbang kalau saya ni jadi beban dalam hidup demok.. ye lah, mane nak bayar duit rumah, bil yang macam-macam bentuk, belanja barang dapur lagi, kereta, semua demok yang bayar... tapi saya tetap dengan keputusan saya, tak nak kerja part time. saya yakin, dengan niat untuk kebaikan demok, insyaAllah Allah akan tolong saya... and i thot memang Allah dah tolong banyak sebab since kahwen, saya memang dah berjanji dengan demok yang saya takkan shopping apa-apa jenis baju, seluar, or tudung or apa-apa sahaja yang memerlukan belanja dari demok selain daripada keperluan. Alhamdulillah.. sampai ke tahap ni saya bertahan, memang dah bersyukur sangat-sangat.. selebihnya saya memang berharap saya akan bertahan macam ni je sampai misi kahwin kami tercapai.. aamien..

pernah jugak (ke dah banyak kali ntah) demok offer sejumlah money kalau saya nak buat business apa-apa.. tapi i don't know why, mungkin tak sampai seru or bukan saya punya bidang kut untuk berjaya lam business especially online nye business.. mungkin jugak sebab saya ni seorang pemikir terunggul, so banyak keputusan tergantung yang saya bagi kat demok.

i still remember zaman kegemilangan menjual tudung bawal dulu.. memang seronok.. bila ada peluang untuk business online pulak, saya try jugak, tapi tak seseronok menjual secara offline. masa jual tudung dulu, saya fikir most of my customers beli tudung sebab keperluan mereka untuk pakai tiap-tiap hari. masa tu memang tak wujud lagi tudung-tudung serba moden macam sekarang..dulu orang beli tudung untuk melaksanakan perintah Allah, untuk tutup aurat. tapi sekarang i think orang pakai tudung untuk ditunjuk-tunjuk, untuk dibanding-banding siapa lebih cantik. yang paling teruk si penjual la. oke yang ni saya tak tuju kepada sesiapa. ini ialah pendapat peribadi. bila saya menjual tudung dalam zaman persaingan tahap dewa ni, saya perlu:

1. fikirkan model yang cantik menawan untuk tarik minat buyer. pastu saya pun tanggung la dosa menayang muka model yang cantik tu...
2. memeriahkan product supaya lebih outstanding dari yang lain. pastu saya pun tanggung dosa lagi sebab saya menjual maruah wanita seagama dengan saya dengan mempengaruhi mereka untuk bergaya, berhias di luar rumah dengan warna-warna yang menarik perhatian ramai melalui barangan yang saya jual..pastu ramai lelaki tertarik.. ramai perempuan pakai tudung-tudung(or baju seluar dll) meriah itu untuk tunjuk kat boyfren sebagainya.. tak tahu sampai ke mana dosa saya nanti.. na'uzubillah...

disebabkan pemikiran-pemikiran yang macam tu, semangat demok tu selalu saya gantung dalam jawapan tergantung saya "hmm.. tengok lah.. nanti sayang fikir.."

tapi tu la.. sape sanggup tengok suami die penat tiap-tiap hari nak fikir pasal kerja lagi, nak tanggung bini lagi..

semoga demok faham apa yang tersimpan dalam hati saya...

insyaAllah saya masih mencari sesuatu yang boleh saya lakukan untuk kurangkan beban demok.. dan biarlah ianya sesuatu yang tidak memberi rantaian dosa kepada kami bahkan menjanjikan ganjaran pahala sebagai bekalan ke sana aamien.. harap anda yang membaca boleh mendoakan agar kami dilimpahi rezeki yang halal dan diberkati olehNya sampai bila-bila aamien..

saya yakin, sabar itu indah!! ;)

with love
tickdiea








Monday, August 27, 2012

itu budak muka cino punya birthday sudah dekat.

assalamualaikum.. dan selamat hari raya aidilfitri..

susah betul nak update blog sekarang ni walaupun berada di dalam rumah yang kelajuan internetnya adalah sangat mantap...(kat mane lagi ye kalau bukan kat jerteh..hehe).. bukan ape.. busy sangat.. ingat kan lepas kawen dah kurang sket dibibikkan oleh adik beradik.. tapi rupa-rupanya xde benda yang berubah pun..

alkesahnya saya balik raya paling awal selepas gayah ent.(my sis zahirah dahria). pagi 15 ogos saya dah tercongok kat stesen bas Jerteh sebab 14 ogos my demok (nama baru encik suami lantaran kesukaan saya terhadap anak sedara baru yang spesel tu yang kami semua suka panggil demok sebab die memang sangat demok.chumil!) oke ulang balik takut tak faham. sebab demok tak beli tiket raya awal2. bila gi beli tiket, yang tinggal hanya 14hb malam dan malam raya. tak nak lah sampai pagi raya, so kami pun beli jugak lah tiket 14hb tu.. kebetulannya pulak, demok duty hari tu, so kalau saya tak balik pun saya tetap kena tidur sorang2...

so memang awal lah saya berada di rumah dan setibanya di rumah, rasa macam nak pengsan sebab tengok rumah macam kena pecah.

bila dah lama tak balik jerteh sebab asek blk kl je, rasa macam alaaaahai beratnya kaki dan tangan nak buat kerja..

cerita pasal rumah ye.. kalau you all pernah tengok gambar or datang rumah my mama dekat jerteh ni.. korang mesti rasa macam besarnya rumah ni... tapi bagi saya kalau tengokkan saiz rumah xde lah besar sangat sebab saya tahu jumlah penghuninya bila semua berada di rumah dan of course lah ada banyak lagi rumah kawan2 papa ngan mama yang besar2 macam istana kat daerah besut ni...

rumah ni, 2 tingkat. 9 bilik, 1 stor, 1 dapur, 5 toilet, 2 living compartment dan 1 hall. satu satunya area dah licin bersih ialah bilik saya. tu pun sebab gayah ent. yang kemaskan. sebelum ni semak jugak bilik tu sebab kipas rosak, so xde orang guna bilik saya tu.. bilik-bilik lain, maasyaAllah.. penat oh nak kemas semua.

pastu nak kena tolong masak lagi. punyalah busy dan criticalnya suasana sampaikan bila malam raya ke3 still sebok masak kat dapur sambil kena marah ngan mama dan demok masa demok sampai. oke, demok takde di hari raya pertama dan kedua sebab demok duty sampai pagi raya. bile demok sampai, demok mintak amik barang lam kete dan saya kata kelapa dalam kuali atas dapur tak boleh ditinggalkan takut hangus. maka demok telah merajuk dan kes ini berlanjutan sehingga hari ke hari raya ke5 (3 hari je demok balik raya). raya ke 5 barulah demok nak bercakap dengan saya sebab saya tak bercakap langsung dengan demok selama dua hari. kesian demok. hari nak balik lumut baru nak baik-baik cakap kesian kat demok sebab penat. memang saya kesian kt demok pun.. penat balik sorang2 jauh2 then tak dapat layanan VVIP plak sebab bini demok busy tapi hari raya ke5 sempat jugak raya dengan demok berdua je dalam kereta jalan sane sini gi kenduri sampai demok pujuk balik rumah..hahahah..sungguh demok itu demok saya.

ikut plan asal, demok nak balik lumut petang tu jugak.. (balik sorang2 sebab demok belayar sampai 2 sept..) tapi bila balik rumah mama ngan papa xde kat rumah pulak.. so kena tunggu diorang balik.. malam tu, eh dah pagi dah pun, kul 12 tgh malam demok balik lumut sorang-sorang.. then saya pulak masih berada di sini menanti berlalunya 2 sept untuk pulang ke lumut dan jumpa demok dan peluk demok dan tumbuk perut demok yang tak buncit tu.haha

raya? macam biasa lah. tahun ni turn semua orang balik jerteh. rumah penuh. raya di kota bharu sampai malam macam tahun-tahun lepas. bezanya hanya satu. tahun ni saya tak dapat duit raya yang banyak macam tahun2 sebelum ni... dan saya memberi duit raya walaupun saya hanya tanam anggur dan pastilah ia datang dari poket demok.

oh ade benda sedih yang berlaku tapi i'm sorry.. x boleh bagi tau.. haha.. demok kata, xpe.. xpe.. jgn sedih.. aci lah. bukan jadi kat die. geram.

setelah mengarut sepanjang ini, saya nak bagi tau sebenarnya bukan ini cerita utama update ari ni..

citenye.. saya dah satu hari suntuk menelaah internet. (kalau baca buku gaya macam ni insyaAllah dah jadi best student). menelaah untuk mencari hadiah birthday demok yang tak lama lagi akan muncul. setelah satu hari study, akhirnya jumpa gak idea. baru idea. belum jumpa barangnya lagi... tapi memang dah nekad dah nak bagi hadiah tu sebab dah lama demok mintak.. sekarang just gigih mencari harga paling special. harap-harap tak kena jentik ngan demok lepas bagi hadiah tu. hahaha...

nak tahu hadiah apakah?? kalau saya terupdate nanti after 13th sept, insyaAllah saya gitau... hikhikhikhik...


dah xde pape dah nak ckp. jom mencari hadiah demok!!

papai!

love
tickdiea ;)