assalamualaikum..
selamat hari jumaat, penghulu segale hari, sayyidil ayyam~ ;)
hari ni aku nak bercakap pasal ciri2 pasangan hidup pilihan. aku rasa semua org pun ada syarat2 or ciri2 yang dorang tetapkan untuk jadi pasangan dorang termasuk. termasuk orang yang kata tak kesah la orang yang macam mana pun janji beriman. yang belakang ayat tu adalah satu ciri oke.
so, aku pun rasa macam best jugak untuk kenalkan ciri2 lelaki yang aku cari. mana la tau, kut2 ada lelaki single yang tengah mencari2 pasangan hidup lalu belog aku neh baca, boleh la jugak dorang isi borang apply kan..?? mwahaha. giler berangan amat.
oke la.. dan calon2nye haruslah...
1. tak pernah smoking, tak smoking sekarang dan tak akan smoking jugak di masa hadapan. supaya anak2 aku nanti tak cakap macam ni. "nak beli buku latihan takde duit tapi beli rokok ade la pulak duit" susah kan kalau jadi macam ni??? nak pulak aku reka jawapan macam ni "ayah kamu tu nak mati cepat supaya dia boleh bagi sume harta dia dengan rokok yang tak habis hisap tu kat kita" hohoho
2. agak berlagak untuk kejar cita-cita yang besar. so bolehlah aku hidup senang and bergaduh gaduhan bagai time kapel kan kan kan??? ;P
3. boleh baca Quran dengan baik, dan kalau x boleh sangat, beliau mesti lah bersedia untuk belajar. oke nanti, anak2 aku kena khatam Quran masa kecik lagi, dan beliau la yang kena ajar....
4. suka berfikir dan sensitif sikit2 jer. kalau tak sensitif langsung boleh buat aku jadi gile tapi kalau sensitif sangat pun susah jugak, nanti macam mana kalau beliau tersensitif dengan masalah perempuan lain?????
5. boleh buat keputusan dengan pantas dan berhemah. pemimpin yang baik kan??? ;)
6. jaga solat dan jaga hubungan dengan Allah. alhamdulillah...
7. pandai bersosial dalam konteks yang baik. supaya beliau boleh terima aku seadanya. peace~!!
8. kalau pandai berlawak pun bagus jugak kan??? ;) tapi janganlah over pulak, sampai nak melawak time aku sakit, tak bertempat la pulak kan..
9. pandai buat aku terima beliau seadanya. mana ada manusia yang perfect kan?? tapi kalau beliau pun tak open dengan kekurangan die, macam mana pulak aku nak terima?? hmmm
10. tak hensem pun xpe.. ;) sebab aku slalu nampak orang yang tak hensem itu menarik bila beliau mempunyai 9 ciri2 kat atas tu..
ada ke orang yang ada semua 10 ciri2 tu ek??? ada ke???
hmmm.. kalau ada, aku berdoa sangat2 semoga aku jumpa orang tu~!! amiiiinnnn ;)
p/s: weyh, nickhun sangat cumel kan???? *gatal~lalalla ;PPP
No comments:
Post a Comment