sape nak itut angkat kaki~ ;P

Thursday, September 22, 2011

hhhhumph.*nana*

bismillah...

oh malasnye nak bersiap gi kelas...malas siap baju, malas mandi, malas kemas beg..... *malas gi kelas senarnye..*

assignment ngah berlambak. tapi xde motivasi nak kerjakan semua assignment tu. sorry assignmentssss.

mane nak cari jurnal psikologi yang best-best ek??

berada di sem kejatuhan.. berdebar cuak risau seram.

lambatnye cuti...bosan dah buat homework yang tak siap-siap..

lambatnye cuti. nak g soping.

lambatnye tahun depan.

daaaaaaaaaaaa

;P






Wednesday, September 14, 2011

bersangka baik pada hidup. dan mereka yang bernama kawan.

bismillah...

nak nanges.. tapi tak terdaya..

nak beli laptop baru, tapi tak berduit..

nak bercakap ngan boyfren, tapi x dipeduli..

sedih hidup macam ni..

sedih nk ganti laptop baru.. xleh putar balik waktu dia datang dulu...

sedih jadi bahan buli tapi tak mampu melawan..

sedih nak buat macam-macam utk kawen, tapi xde duit..

sedih tiba-tiba naik jerawat banyak2 macam demam campak.hahaha. sedih ke x sedih ni??

sedih bila nak tolong orang tapi orang buat perangai lagi pelik.

sedih tak cakap kat orang tapi orang buat cerita kat belakang. masa untuk kebenaran muncul tu ada, tapi tak mampu nak hadapinya sekarang..

sedih tak mampu nak marah bila perlu marah.

macam dapat hadiah pakej kesedihan.

dada macam nak meletup tapi masih berfikir apa rasionalnya jalan ini.





kalau ini adalah ujian Allah, apakah skema jawapannya??








Saturday, September 3, 2011

kad raya terakhir...

Dengan nama Allah.. aku berlindung dari hasutan syaitan yang direjam.

waalaikumsalam..

encik awak,

memang dah lama sangat2 kita tak ketemu... mahupun berutus ape2... tak perlu mungkin..

melupakan takkan pernah mudah..

selamat hari raya aidilfitri

maaf segala kecelaruan hati, kesusahan hidup yang disebabkan oleh orang..

mohon dihalalkan juga segala wang ringgit dan tenaga yang terbuang untuk org..

mungkin berjauhan dan tidak terlihat di mana2 lebih mudah untuk kita..

insyaAllah.. jika hati orang cukup kuat, jemputlah datang nanti..

wassalam...

tolong lepaskan orang dari hati . sakitnya hati ingatkan kehidupan begitu sangat menyesakkan hidup.. lepaskan org dari hati supaya hati orang tenang.. dosa hati orang untuk membanding2, melebihkan pada yang tak berhak, dosa hati orang mengingati pada yang tak perlu..

jaga diri..



Wednesday, August 17, 2011

don't leave



even when i tried watching movies, listening to songs, trying to smile, my heart is calling you, and i start to cry....











Saturday, August 13, 2011

perlu ke??? tak perlu??

biamillah..

the prev entry.haha.. marah tu hanya bertahan selama 20 minit je.

bulan ngah mengambang kut sekarang asek rasa cam nak marah orang..

after all, he just bear with it. walau sejuta kali saya marah marah marah dia. he just remain silent and accepted my apology after half an hour. seriously x pernah jumpa org macam tu and xtau akan jumpa lagi org macam dia di masa hadapan.

marah tiap-tiap hari pun sama je. the next day he'll be like xde pape yg jadi.haha

this love really drives me crazy.

do scold me, ignore me often and i'll be mad like hell but u won't stop will u??

haih. don't know wut to do..

penat mengejar benda yang kita takkan dapat.

ooohhh..bila nak jadi besar nih...

penat. penat.


Tuesday, August 9, 2011

tolong fikir pakai otak sket!

bismillah..

moga kita terus berada di bawah lindungan dan rahmat Allah.. amin

baru lepas membebalkan diri dan membebel.

tiba2 je bertukar jadi monster. bebal dengan manusia yang tak reti bahasa tapi sebok nak merajuk tak tentu pasal, nak marah tak berasas dan TAK RETI nak berubah!

kalau rasa diri sendiri je betul, pergi duk kat gua niah. jadi fosil kat sana.

kalau tak rasa nak belajar jadi bertanggungjawab, tak yah mimpi nak bina keluarga lah.

buat org lain dapat dosa je.

bukan sebab cinta lah. mana ada cinta kat dalam dunia ni. yang ada hanya amanah dan tanggungjawab. kalau cinta tu betul ada, ko takkan menangis fikir orang yang kau tinggalkan sebab dia ada banyak peluang untuk tukar arah cinta dia. pegi mati lah cinta.

kalau tak sebab amanah dan tanggungjawab, sorang perempuan takkan setia dalam perkahwinan, takkan berkorban banyak benda untuk jantan.

sebab tanggungjawab, seorang isteri jadi isteri dan seorang suami jadi suami dan mak ayah didik anak2.

arghhhh!!!!

sampai bila tah nak bercakap dengan skrin. tekan keyboard kuat2 sampai sakit jari. jerit kuat2 dalam hati.

kalau nak ikut cinta, dah lama blah la.

sebab tanggungjawab. sebab rasa salah sendiri. sebab rasa nak berubah. sebab rasa positif. sebab rasa boleh jadi lebih baik. sebab rasa boleh nangis sorang2, diam2 dan ok. memang bertuah sangat jadi kau!

ngah cari pelamin sebab nak kawen dengan kau tapi kau boleh cari saat2 yang ko nak mati baru nak cari. terbaik. pastu cakap macam takde bateri.

juara buat org tersayang rasa murah.

nak duk saje2 goyang kaki tengok leh kawen ke tak.

sudahlah kau. gi main jauh2!!

titik.

Sunday, July 24, 2011

percubaan

bismillah...

sempena nk masuk bulan Ramadhan ni.. terasa macam nak menyenaraikan beberapa azam yang mungkin akan menjadi satu percubaan yang gagal di bulan puasa.

tapi harap-harap xde lah gagal sangat

here we go.

1. cuba untuk tidak tertekan dengan esaimen supaya cuti puasa boleh dikurangkan menjadi kurang 6 hari.

2. cuba berbuka puasa seperti bukan bulan puasa.

3. cuba mengurangkan lebar pipi dan badan.

4. cuba gi solat terawikh tiap2 malam. insyaAllah.. it's optional, tp bukan utk be taken for granted!

5. cuba mengurangkan perasaan amarah kepada boyfren yang selalu menyakitkan hati itu (kalau die baca ni bagus sangat. harap2 berubah perangai busuk yakin diri melebih2 tu!)

6. cuba untuk tidak shopping raya seperti tahun-tahun lepas.

7. cuba untuk positif.

8. cuba untuk memaafkan yang tak termaafkan.

9. cuba untuk melupakan perangai busuk (contoh, malas baca buku. -HAHA. cubalah!)

10. cuba untuk cuba semua di atas.

sekian sahaja bakal percubaan untuk Ramadhan tahun ini.

p.s: tidak punya internet mewah setiap hari.
p.s.s: semoga sempat berjumpa Ramadhan tahun ni.amin.. ;)





Thursday, July 21, 2011

wanita ini...

bismillah...

cakap banyak tak guna. post itu ini, tapi habuk pun tak ikut, tak guna.

nak judge2 orang.

nak ke tak nak je.

yang pasti, saya hanya ampunkan dosa kamu yang buat saya jadi bodoh kalau itu perlu untuk Allah ampunkan dosa saya.

wanita yang macam mana pun kalau hati dia gelap sekejap kerana syaitan itu biasa, sebab wanita tu jugak manusia biasa. tapi kalau hati wanita tu betul-betul berubah sebab dia takut azab api neraka, dan dia tak nak jadi penyebab lelaki macam kamu masuk neraka sebab dia, dan dia berpaling dari kamu sebab dia tak nak hidup dia, hidup kamu hancur dunia akhirat, kamu takkan tahu. tapi kamu kena fikir untuk tahu.

doa wanita itu tak mintak kamu ingat dia. tapi mintak Allah lupakan dia dari hati kamu dan dekat dengan Dia. kamu takkan tahu, tapi kamu kena fikir untuk tahu.

wanita itu berpaling dari kamu sebab dia sayangkan lelaki yang sayangkan dia untuk masukkan dia ke syurga, kamu takan tahu, tapi kamu kena fikir untuk tahu.

wanita itu akan rasa diri dia bodoh. dan menangis sampai sampai bila-bila, sebab kamu.

kamu takkan tahu.

wanita itu takkan pernah lupa, apa yang nak dia lupakan. hati dia kuat sebab itu.

kamu takkan tahu.

kamu akan hilang dari wanita itu bila kamu dekat dengan yang sepatutnya, yang akan hakimi kamu bila kamu keseorangan dalam ruang sempit di bawah tanah.

kamu takkan tahu itu.

wanita itu akan terus nampak kamu. nampak kamu. tahu kamu.

kamu takkan tahu itu

tapi kamu perlu fikir untuk tahu.




kamu mintak ampun dari Allah. ampun wanita itu ada dalam keampunan Allah.




kerana hati wanita itu milik Dia.





moga kau jauh dari api itu.

dan bodoh wanita itu hanya untuk ketika itu.

Thursday, July 7, 2011

..

bismillah..

pejam celik pejam celik, tinggal lagi 3 hari sebelum cuti habes.. huh, tak rasa macam cuti pun... tak bestnya perasaan bila dah keje nanti...

dan tinggal lagi setahun untuk abes belajar.yess!!!! sekejap je setahun tu kan kan kan??

tapi kalau rasa bebal ngan org yang tak reti bahasa, rase seminit pun lama jek..

pegi pengsan!!

penang, i'm coming!!!

Wednesday, June 29, 2011

ku ampunkan dosamu jika ia perlu untuk Allah ampunkan dosaku...

bismillah..

ada sesuatu yang takkan berubah.. hanya Allah memahami..

ampunkan dosaku...

semoga cinta kita adalah cinta dunia dan akhirat...

amin..

Wednesday, June 22, 2011

rezeki kalau Allah nak bagi, banyak. tapi kalau Dia nak ambil balik, sekelip mata pun Dia boleh buat.


bismillah...

syukur Allah, atas nafas, rahmat nyawa dan setiap rezeki yang Kau limpahkan.. jadikan aku kuat untuk setiap langkah dan kelipan mata. tabah untuk setiap ujian kesenangan dan sengsara. perlindungan dari bahaya dan dosa. selepas Kau berikan semua itu kepada ibu bapaku, saudara seagamaku. amin.

yaa aih, dah lama x update ye.. nape yek?? oho.. org nak kawen kena ada duit.. nak ada duit kena kerja lah kan... so that's what i'm doing now... "bekerja".

kerja saya tak susah sangat pun.. rutin tiap-tiap hari pun simple je... kerja ikut tahap kesedaran dan masa sendiri.. bangun pagi lepas subuh, boleh lelap jap lam 30 minit gitu, kalau nak.. tapi selalunya saya tak tidur takut tak bangun terus untuk kejut anak-anak bangun untuk siap gi tadika.. mula-mula kejutkan abang miqdad.. mandikan, pakai baju, cari baju utk tgh hari yang akan ditukar oleh cikgu kat tadika dan bagi tengok tb channel 611. then kejutkan nuha sket2, terus angkat masuk toilet. kalau abang kena pastikan dia bangun sendiri baru leh bawak gi toilet. nuha pulak angkat je terus, tak bukak mata pun xpe.. then pakai baju, minum susu. then tgk dorang gaduh, buat perangai sket2, hantar ke depan pintu umah, bye bye. beres satu rutin.

bila makhluk berdua tu dah xde, saya on lappy, main fb barang sejam dua, google benda2 yang agak berfaedah, donlod lagu sebijik dua, then off lappy.

then saya kena kemaskan tempat tidur, lipat segala yang kena lipat, sapu lantai umah yang tak besar mana, lap pinggan mangkuk yang dicuci malam sebelumnya masuk kabinet dapur, taruk baju lam washing machine, lipat kain yang dijemur sehari sebelum, letak lam almari ikut kotak siang dan malam (selalu kena marah dengan abang miqdad sebab terletak baju cerah dalam kotak malam n vice versa. tak pun tersilap letak baju dia dalam kotak nuha.haha),lap semua kabinet dan almari, cermin besar cermin kecik dan semua yang berhabuk. kalau rajin, on vakum, vakum carpet dan satu rumah. yang ni saya namakan rutin 2. pastu mandi, sambil cuci toilet.

lepas tu pulak, tengok jam, dah tgh hari ke belom.. kalau dah lepas tengah hari, start masak. haa.. yang ni namanya rutin masalah.

orang tak pandai masak, kena masak, memang masalah besar. makanya, menu setiap hari hampir sama, ikan kicap, ayam kicap, ikan tomato, sayur mesti ade, tu je yang pandai masak. tp alhamdilillah, ibu mengandung tak banyak songeh, pasrah je ape yang bibik masak (oke saya dah bagitau kerja saya),semua pun boss dan anak-anak makan. bagus kan?

ibu mengandung balik kerja petang, bersama anak-anak. boss besar pulak balik malam. tiap-tiap hari balik malam. tapi kerja bibik tak habis lagi... bila anak-anak dah balik, check beg sekolah anak-anak, keluarkan baju dan towel yang basah, siapkan makan boss, cuci pinggan mangkuk, buat susu anak-anak, gaduh ngan anak-anak, main dengan anak-anak, layan nuha yang potpetpotpet tak henti-henti. then gaduh ngan anak-anak, jerit-jerit suruh mandi, paksa baca buku.(mlm tadi tak payah pujuk2, abang kena marah dengan walid dia, wooo...menakutkan, tak berani lalu kat depan dorang pun, kesian abang, kena marah sebab adik, then kena belajar baca dengan kena marah-marah...nak nanges bibik dengar dari dalam bilik...)

then sebelum tidur, kena pastikan dapur kemas, tupperware air semua terisi dengan air. lepas tu, masa untuk iron baju kerja boss. boss kerja as manager cimb islamic, yang dekat ngan sogo tu.. gi kerja pakai kemeja lengan panjang and suar slack. boss saiz xl. iron berat macam batu. banyak tenaga disumbangkan untuk kerja mengiron baju boss. then iron baju ibu mengandung.

lepas tu kena layan anak-anak main jap (kawal volume sebenarnya untuk mengelakkan dorang kena marah dengan walid dorang, tapi selalunya kena je walaupun dah dikawal. nampak sangat tak terkawal.haha)

then siapkan tempat tidur anak depan tv. tido time~!!!

tu lah kerja saya setiap hari.

bukan senang nak dapat duit.

setelah dua minggu, saya sangat memahami perasaan makcik-makcik cleaner, dan perasaan bibik-bibik yang mendapat layanan baik dari boss. penat, takut buat salah, perasaan biasa. tapi yang bestnya, bila boss belanja makan kat luar. macam malam tadi.hehe...

kerja ni xde lah berat sangat pun, macam abang cakap, latihan sebelum kawen. hmm, orait gak kan?? macam relax je tapi disebabkan sister in law adalah seorang perfectionist, so paham-paham la kan... adik tetap adik, tapi kerja tetap kerja.

macam tu lah ceritanya di sebalik kehilangan dan ketakaktifan di fb semenjak dua menjak ni...

rajin update hari ni pun sebab ada makna...hahahahahaha *gelak jahat~

2 hari lepas adalah hari kuar result.. tapi disebabkan system u yang sangat lemps, makanya ntah sape je yang bertuah boleh check result that day.. dan saya yang tak high tech bak en hasnan hell o tu, dengan rasa senang hati bagi laluan kat orang lain untuk check dulu... dan cuba lah check semalam.. dari pagi try, tengah hari baru boleh tengok ghope result tu...

result??


memang sangat sangat sangat terkejut.

masa exam, satu paper nanges terus lam exam hall sebab rasa cam essay menyimpang ke laut.

satu paper lagi sakit perut seminggu risaukan lecturer yang sangat sangat skema.

yang lain, pasrah walau takde lah rasa yakin sangat.

tapi resultnya??

paper yang nanges terus tu dapat A. yang sakit perut seminggu tu dapat A+. giler ah. x sia-sia tahan sakit perut seminggu sebab nebes. haha..



and alhamdulillah.. pointer sama sebijik sem lepas. hip hip hoorrrrrray~!!

nak mintak hadiah ape ek ngan mama...?? hikhikhik... mintak sponsor pelamin bolehkah?? haha. mestilah tak boleh! ;P

seronok giler ngan result tu.. tapi cuak gak, takut sem-sem depan jatuh merudum. pasti. sebab lecturer maktab kedekut markah.

tapi takpelah, untuk setahun je lagi. *sengeh

so itu sajalah untuk kali ni...

rezeki kalau Allah nak bagi,Dia boleh bagi dengan banyak, tapi kalau Dia nak ambil balik, sekelip mata pun Dia boleh buat. percayalah, kalau kita sempurnakan hak Allah, kelak Allah akan sempurnakan hak kita..insyaAllah.. banyakkan doa, betulkan niat di hati, mohon ampun...

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


(^________________________________^)

p/s: bolehlah sambung berangan lagi pasni... *wink2~
p/s/s: 7 months to go... huuu...











Wednesday, June 8, 2011

sabah sarawak pun ok ape??? kalut takmau p sana pasaipa?? isi borang ikut isterilah kalau taknak kena tinggal~ ;P

bismillah..

n assalamualaikum..

like i have told you in prev entry, there was an engagement ceremony(??) on 30th May 2011. tapi disebabkan rasa bersalah yang sangat mencengkam hati (cewah ayat), oh betul, rasa bersalah sangat2, cuaca entry jadi mendung. maka starting from this entry onwards, i'm gonna tell you cerita-cerita yang bercuaca terang benderang je.. (tak rasa pun ayat ni akan ditepati cuz well, you all patut tahu yang belog ni ialah satu-satunya tempat untuk saya luahkan perasaan yang tak melampaui batas, and being read, by you. rasa macam cerita kat bespren gitu~so pastilah banyak kesah-kesah tak puas hati dan yang sewaktu dengannya ye tak??but promise me, jangan dilayan kesah-kesah mental kat sini, sebab tak seberapa je pun kalau nak compare dengan orang-orang yang takde tempat tinggal, takde makanan, takde duit dan lain-lain, i'm way luckier than them right??)

so, bila dah bertunang, semua orang pun mulalah bertanya soalan-soalan yang sama.. and juara soalan yang paling banyak ditanya ialah...

jeng je jeng...




bila langsungnya??


oh, senang sangat soalan tu, tapi saya tidak mempunyai jawapan yang pasti. but for the time being, insyaAllah tahun depan.. i know.. tahun depan tu banyak bulan, banyak hari. tapi tarikh still dalam perbincangan.


tapi...

awal tahun ok tak??? kekekekekekeke...

kalau ikutkan hati dan keinginan untuk buat macam-macam yang menarik di hari perkahwinan, mau saja postpone sampai dua tiga tahun lagi. sampai dah kerja dua tiga tahun ke..masa tu barulah ade duit sendiri, boleh buat macam-macam ye tak??

tu la.. dah elok-elok dpt offer u, pegi tolak..hmmm... ade hikmahnye kan?? ;)

awal sangat ke kawen umur 25?? awal untuk manusia yang suka berfoya-foya dan tak pandai masak macam saya kut..haha

kenapa saya rasa macam nak kawen awal yek??

FYI, a day before our e-day, me and abang azhar attended his fren's wedding kat pasir putih kelantan. dorang sebaya. and his wife pun sebaya. saya tak kenal pun baik pengantin lelaki mahupun pengantin perempuan. i just know the way to go to his house. but then, nak dijadikan cerita, i met one old fren of mine dekat kenduri tu. mula-mula tu asek je pandang sorang minah ni, rupa sangat familiar, tapi takut nak tanya, takut salah orang, malu lah i kan.. so pandang je... lama pulak tu.. sampai rasa macam nak give up, but then, sebelom sempat give up tu, minah ni pun tertengok lah saya yang duk tengok dia tu..then lepas dua tiga kali berkelip, she said my full name. dem. i dont remember her name. tapi dengan eksaitednya tetap jugak bersembang.. so masa bersembang tu lah dapat tau ape nama pengantin perempuan.. (tak sopan sungguh, pergi kenduri terus tuju meja makan..haha)..know her background sket-sket.. termasuklah kenyataan yang pengantin tu pun bakal cikgu yang tak abes belajar lagi dan kahwin sebab tak nak kena posting sabah sarawak.. saya gelak.

bukan gelakkan pengantin, tapi gelakkan abang azhar. kenapa plak?? hahahahaha

sangat typical bila bakal cikgu kahwin awal sebab tak nak kena hantar ke sabah sarawak.. boleh isi ikut suami lam borang posting eh??haha

dan sangat normal jugak untuk fikir macam tu... tapi bagi saya yang lebih suka ikut flow ni,i'd rather go with it. pasrah je dengan takdir. even lepas kahwin kena hantar sabah sarawak, saya tetap akan pergi.kalau lah. so jelas kan kat sini yang saya nak kahwin awal bukan sebab tak nak kena hantar ke sabah sarawak? kekekeke.. then ape plak kaitannya dengan abang azhar??

kaitannya...

mama: so nak datang rumah untuk bincang ni, bila plan nak langsungnya? makcik ingat, nak die abeskan study dulu baru kawen..

abang azhar: hmm.. kalau boleh, nak kawen masa die blaja lagi.. nanti tak payah lah kena gi ngajar kat sabah sarawak...

mama: hmm.. betul jugak kan...

1- ape lah duk kalut sangat fikir pasal sabah sarawak tu...
2- mama pun boleh terpengaruh dengan reason macam tu?? ish ish ish...

kantoi tak nak orang pergi jauh-jauh.. ni yang buat rasa nak pergi jauh-jaaaaaauh ni.kekekekeke

sebenarnya, saya dah explain the right reason, sama ada die tak dengar, or tak paham or die tak nak terima reason tu, so die lupakan dan bagi reason lain. memandai je...

hmmm.. menurut pendapat seorang kawan pulak, katanya, kalau boleh dia nak kawen awal so that tak membazir umur untuk bina family. dalam ayat mudah, nak beranak-pinak masa muda... boleh dipertimbangkan jugak reason tu.. tapi tu jugak bukan alasan saya..

alasan saya??

oh segan la pulak nak bagitau.. sebab it sounds a lil bit kebudak-budakan... nak tau gak ke?? hahaha.. my besties know it.. ce tanya dorang... kekekekekeke....

oke keke.. saya gitau..

saya tidak mau pertunangan, sebab tak sampai maksud. so untuk kahwin pun sama. eh, bukan tak mau majlis kawen. tapi nak sampai maksud... pehe dok nih??

standard orang kahwin, kawan-kawan susah nak datang, kerja.. busy..outstation dan macam-macam lagi.. kawan-kawan saya?? samalah nanti... sebab saya sorang je yang belom bekerja.. kalau pun ade yang tak habis belajar lagi, dorang kat oversea, tak pun kat malaysia tengah buat masters. oh, tak bestnya perasaan. makanya, ramai jugak lah yang tak boleh datang ye tak?? so, in my opinion, kalau ramai kawan-kawan tak boleh datang, biarlah bebudak cohort 5 at least boleh datang... ye lah.. saya ikat perut nak beli doorgift bagai untuk kawan-kawanlah kan.. ni tak.. selalunya.. kawan-kawan mama papa je yang penuh rumah.. sket je yang kenal, ramainya tak tahu nama pun... senyum-senyum salam terima hadiah jemput makan dah. takleh camwhoring pun dengan dorang. xbest ah. tak semua datang pun takpe.. asalkan saya cuba untuk bagi dorang boleh datang..especially all the sabahans and sarawakians... kalau time cuti sekolah panjang, or time dah kerja, memang dekat sket ngan confirm dorang xleh datang... xbestnya kawen kalau kawan-kawan takleh datang kan kan kan??????

so itu lah alasannya...

tapi tak tahulah sejauh mana boleh terlaksana angan-angan tuh. sama-samalah kita doa yek...

oho.. dah malas nak menaip.. pasal all d e-day details i'll tell you next time yek??

huarghhhhh (menguap)

tido luh.

nanait....







Monday, June 6, 2011

semoga rahmat Allah sentiasa melimpahi kita semua...amin



bismillah....

alhamdulillah.. Allah masih bagi peluang dan umur untuk mintak maaf...

yup. dis entry is made specially as a note of apology from me.

straight to the point, mesti ramai orang terkejut bila tengok status yang dah bertukar di facebook tu kan..?? so with this entry, i hope everyone can forgive me for my bad and my mistake. actually we didn't plan the event to be like that.

everything started between both of us, azhar and me. months ago, i did ask him to come to my house, visiting my family. a small and simple visit to let both parents know each other. tapi as we all know (or if u dont, let me tell ya), navy adalah sangat busy. banyak komitmen bla bla bla... and our extra package is my family berada di terengganu, spesifically jerteh dan lagi spesificnye dekat border terengganu kelantan dan family azhar pulak lives in johor bahru. u can just imagine the distance, tq.

so disebabkan masa dan jarak itu, we have actually decided not to have all those supposed-to-be-small events like merisik dan bertunang. that's originally my plan, untuk kebaikan dua-dua pihak. tapi disebabkan kami mempunyai masalah komunikasi akibat kekangan masa dan "jenis" encik tunang, that visit bertukar menjadi satu majlis di saat-saat akhir.

because of that last minute decision, not all of my siblings cud make time and come back home... dan saya pun pasrah je.. tak kesah pun sebenarnya.. dan sebagai tanda hormat kepada abang mama yang duk lam satu daerah dengan kami, we invited his family and asked my uncle to be spokeperson bagi pihak kami...

at first, kak eg sorang je yang balik.. tu pun betul-betul sorang, without her husband, and kebetulan memang die amik cuti panjang before we decided the date for my engagement. kak t got important meeting that monday, abang mie got photography job, abang mad kerja, ira got class and abang yoe dah ade plan lain which was attending kenduri kawen his wife's cousin. so i just say it's ok, it's just a small event anyway.. oh, even adik pun xde kat umah on dat day, ade camp kecemerlangan spm.

however, 2 days before majlis, abang mad called saying that he wanted to come back home. driving from jb. so bertambah lah sorang ahli keluarga. and surprisingly, malam before majlis, abang yoe called, asking the time of the event. dengan izin Allah, abang yoe has been warded that morning and he couldnt go to Rompin, where d wedding of kak na's cousin took place, so he decided untuk balik jerteh. i was super shocked and alhamdulillah, abang yoe, kak na and anak-anak selamat sampai pagi isnin tu.. together with my lil sister, ira. seronok sangat-sangat because i really didnt expect that things to be like that.

berbalik kepada event. the reason why i want a simple event like this is, i want both families to get to know each other well. from the past experiences, daripada majlis pertunangan my sisters, we had a really big ceremony. with pelamin, bunga telur, doorgift, big jemputan, seriously macam kenduri kawen. and i realized that when the event were like that, my parents didnt have much time untuk bersembang dengan family sebelah lelaki sebab kena layan tetamu sendiri yang sangat ramai. and that is also the reason why i wanted encik tunang to just have a visit, not anything bigger than that. tapi disebabkan sedikit salah faham, lawatan bertukar menjadi satu majlis. eh, bukan satu, tapi dua.

but what i want to say is, please forgive me... semuanya berlaku dalam masa yang singkat.. it's my fault sebab tak bagitau ramai orang but please understand me, it's not what i planned. tak berniat untuk lukakan hati sesiapa.

akhir kata, tolong doakan kami ye... ;)

and here i show u a few pics of d event by zahirah dahria... a few that i love ;)


menu utama, sup tulang..


oh aisyah mesti suka nih, akok pun nampak sangat sedap bila snap ngan kamera mahal, ish ish ish..



with my sista, ira



i love this pic, soooo much. my bestie, ekyn, and two gemoks, lalah and didie..



ala-ala candid gitu..eh, memang candid pun senarnye.. hehe..



masa berbincang. i was in d room, bilik yang jauh, x dengar pun apa dorang bincang.



us with his mama and abah...



and lastly us, with both parents...;) oh, sangat gemok di dalam gambar ni...

gambar sarung cincin xde.. bateri camera habes time tu..and still waiting to have one from encik tunang.. sorry..heee..

so, that's all.


assalamualaikum...



Thursday, May 26, 2011

langsir oh langsir!



bismillah...

uwa wa wa.... udah lama kok nggak hupdate. busy. banyak cerita nak dicerita, tapi bila dah online mesti hilang lupa cerita-cerita tu semua.

sekarang saya berada di rumah. di jerteh. macam biasa, cuti sorang-sorang.

saya sedang stress. nampak tak muka stress ni?? hoho

ada orang mau datang rumah minggu depan. ntah ape kena dengan mama, abis semua langsir die nak tukar. kalau tingkap ade tiga bijik je ok lah.. ni berpuluh-puluh... kerja saya since balik dari kedah, duk panjat tangga besi je.. naik buang langsir, pastu naik pasang langsir, pastu tersilap tingkap, cabut balik dan pasang lagi yang lain berkali-kali. penat woooo.... satu-satu tingkap tu tak nak berlapis-lapis la pulak kan langsirnya... stress sungguh. sampai ari ni tak siap-siap lagi pasang... huuuu....

first time kena kemas umah sorang-sorang... kalau kemas yang biasa-biasa tu takdelah kesah sangat... tapi kali ni kemas macam nak kenduri... tak faham sangat kenapa, tapi takpelah...buat je...

kadang-kadang rasa marah, penat macam nak lari dari umah pun ada...lari ke kl je kut sebnenarnya...hohoh.. tapi bila fikir, Allah bagi ujian sebab saya kuat, kan?? kalau lembik-lembik, Allah tak test. so tak pe lah penat... berendam air mata tiap-tiap malam pun takpe... mata bengkak tiap-tiap hari pun takpe jugak...

orang yang benar-benar sabar takkan pernah rugi. kan??


so, moral of the story, kalau rumah tu besar sangat, janganlah guna langsir yang complicated macam ni...


guna langsir yang senang-senang nak pasang je... macam ni...



tak pun macam ni..

gambar pastilah dari pakcik google ;P

ha... senang je nak pasang ni.. sorong-sorong je..haha...


tapi... kalau nak pasang yang complicated tu pun boleh je... pasang jangan dibuang-buang dah.

tu je. daaaaaaaaaaaa........

Wednesday, May 4, 2011

samsung ace or me??????

assalamualaikum...

at first mood sangat baik setelah menghabiskan duit di Danok Thailand. ade ape kat danok?? oh, macam-macam ada.. makanan best, baju lawa-lawa dan murah giler, kacang cerdik, kacang tak berapa cerdik, semua ada. everything tastes better in thailand. tu kata Mr Victor when we visited hadyai... tak pasti sangat what his "everything" means.. tapi all boys gelak.. sounds weirdo right?? nevermind.

tapi food kat thailand betul2 sangat best. tak tipu.

i went to hadyai last time.. by car straight away to hadyai.. but this time, on foot je.. but not from UUM la.. mau tercabut kaki camtu.. amik teksi from UUM to border, then jalan jek cross border to imigresen thailand. tak jauh pun.. boleh save duit... ini adalah free tips untuk sesape yang nak gi Danok tanpa kereta.. means kereta tinggal lam malaysia then jalan kaki je masuk thailand.. then untuk orang yang baru first time masuk Thailand, dekat imigresen tu, sila lah masuk ofis die sebelah kiri untuk amik borang masuk Thailand tu dan isi sendiri.. those people do writing service tu adalah untuk orang yang tak reti menulis oke, and they ask rm2. do it on ur own, and save ur rm2.

hmm.. d trip with 2 darlings sangat best. oh, one more tips for traveler.. jangan lupa solat.. kalau kita ringan-ringankan hal solat even kat mana-mana pun, things won't be good. believe me. korang takkan rasa senang untuk jalan-jalan. so, jangan lupa untuk solat.

actually tak terasa pun nak pergi lagi, tapi sebab Nurah nak sangat pergi, and dah lama jugak die buat border pass, so we just go. dengan didie sekali.

i don't know how to tell you about this trip dalam bahasa yang indah. tapi, kalau ada peluang and ada duit sikit-sikit, pergilah. learn new things kat tempat orang kan... tapi kalau ada niat nak kumpul duit banyak-banyak untuk shopping baju murah kat Danok, tak payah lah. lupakan je. baik korang simpan duit banyak-banyak-banyak pergi umrah. cool. lagi afdhal. it has been my dream for sooooo long. tapi tak kesampaian lagi. ye lah.. duit simpan 20 sen, 45 sen sehari, bila boleh tercapainya..

then balik call abang azhar, but he was in masjid kut.. ada ceramah agama, he just answered without words and just let me hear that ceramah too.. comel sangat. tapi sim card celcom sangat menguji kesabaran saya lately nih.. line menghilang begitu sahaja and the line always dc. shitto.

and beliau pun sedang menguji kesabaran jugak..

tapi takpe lah.. that's your money kan.. you can buy what you like and yes, you can have what you want tuan.

i'm so sick dengan orang yang tak boleh nak bezakan keperluan dan keinginan dalam keadaan-keadaan yang memerlukan mereka mengetepikan sedikit keinginan. but then, still, it's your money.

don't ask me not to worry cuz i'm worry.yes. i am.

mood sudah bertukar ye tuan-tuan dan puan-puan. so eloklah kalau saya tidur dulu..

daaaaaaaa

p.s: kenapa dia sangat comel??? i don't know why.. but i love to see his face.. his smile.. dari dulu sampai sekarang.. that makes me wonder, why can't he do things that can make me stay when he knows that he's the one that i love???things always look better when they're not ours right?? but it's His plan. kena redha as His plan is d best after all. gud nite dunia.