sape nak itut angkat kaki~ ;P

Friday, March 30, 2012

dua puluh lima hari lagi..... ;)

bismillah....

Ya Allah.. sangat susah menjadi seorang cikgu praktikal...

keje berlambak-lambak nak buat dalam masa yang singkat. like every sem, mesti ada sorang lecturer yang mampu buat saya rasa syahdu setiap hari. i'm originally ratu air mata. so saya memang selalu berdoa setiap awal sem supaya takkan ada yang boleh buat saya menangis setiap hari. tapi ntah malang ke ape, ada lagi seorang untuk sem terakhir. and the special lecturer award goes to......................

drumrolls
.
.
.
.
.
.
........ mr kwan~!!!!! yay. nah amik trophy berisi air mata yang saya kumpul setiap hari.


ceritanya lah kan...

mr kwan ni ialah lecturer pembimbing saya sepanjang praktikal. he's a good friendly chinese man i could say. But he's really different from kebanyakan lelaki. selalu lelaki suka memudahkan keje dengan atau tanpa amik mudah keje tu. tapi tidak untuk mr kwan.

untuk praktikal, bagi setiap subjek major, lecturer pembimbing hanya perlu membuat dua atau tiga kali penyeliaan wajib. rasa weird pulak cakap dalam bm untuk observation.hehe.. dan bagi subjek minor pulak, hanya dua kali observe wajib. my major ialah English. dan minor pulak ialah PJ. dan sangat lah bertuah rasanya diri ini bila mr kwan ialah lecturer pembimbing saya bagi kedua-dua subjek. tahniah untuk diri sendiri. dan lebih tahniah lagi ialah, kata beliau, minimum observation for major will be three times. but if i want to do more, it's up to me.

thank you sir.

cerita nombor dua. praktikal bagi pelajar TEYL ialah selama 10 minggu. saya mempunyai kelas setiap hari sebab saya dapat jumlah hampir maksimum iaitu 11 masa seminggu berbanding ramai kawan-kawan yang mendapat minimum 8 masa seminggu dan ade jugak beberapa kawan yang lebih bertuah, dapat maksimum 12 masa. masa yang banyak adalah sangat memenatkan badan dan kepala anda bila kedua-dua kelas yang anda ajar ialah kelas kanak-kanak berpencapaian rendah. most of my kids from 5L cannot read English and all of 5J cannot read, cannot write, and do not know how to listen. mereka datang ke sekolah hanya untuk practise fighting.. wachaaaa~!! FYI, i teach 5L on Monday, 2 masa, 5J on Tuesday, 3 masa straight, 5J on Weds, 2 masa, 5L on thursday 2 masa n on Friday PJ 5J 2 masa. 3 masa straight ajar klas 5J adalah perkara yang paling menyesakkan otak. i think the PK1 didn't think straight when he decided my class. thank you very much sir. proud of you.

cerita nombor tiga. kembali kepada mr kwan. dalam minggu kedua gitu, mr kwan dtg untuk melawat dan tengok-tengok kitorang dan jumpa guru pembimbing. and he told us untuk observation, hanya observation pertama sahaja yang akan diberitahu terlebih dahulu. the next observation will be.. surprised~!!!!

and he really did it. last Friday, he came to SXC to observe my PJ lesson. and as stated in the rule, we have to send our RPH book to the GB every Friday with complete lesson plan for next Monday. dan minggu lepas ialah minggu boyfren saya di draf ke kapal. beliau melapor pada 26hb dan akan belayar on the 28th. jadinya, disebabkan kami tak pernah balik JB since kahwin and saya pulak tak pernah pun pergi rumah family beliau di JB itu since berkenalan 5 tahun lepas, maka beliau telah membuat keputusan untuk balik jugak ke JB pada weekend yang lepas. jadinya, saya pun telah menyediakan segala ABM untuk Monday's lesson jugak...

semua orang tahu, JB tu jauh dari Penang. on that Friday after school, i went to jetty straight away from school. bungkus kain baju siap2 di malam jumaat sambil menyediakan dua lesson plan dan segala props yang bersesuaian. saya naik bas ke Lumut first. rumah saya sekarang ialah di Lumut. sampai around 5.30. tapi tak leh terus ke JB cuz boyfren ada dining out. so kenalah tunggu sorang-sorang di rumah. on that Friday night, kami bertolak pada pukul 11.40 malam dengan menaiki Mazda pokok ke pokok boyfren( Mazda 323.hehehe...). mula-mula, rasa perjalanan sangat jauh sebab badan penat dan jalan sangat membosankan dan saya tak boleh drive kereta boyfren sebab seat sangat jauh dari pedal, dan tak boleh didekatkan dah. tapi bila tertido, terbangun, tertido, terbangun, tertido dan terbangun, eh, dah sampai Johor.. hahaha. saya hanya tidur sepanjang jalan... kami singgah solat subuh kat mana ntah dan meneruskan perjalanan ke JB. sampai rumah di Taman Seri Austin pada pukul 8.30 pagi...

pada hari sabtu itu, kami hanya sempat melawat JPO. ok. kalau nak pergi JPO, jangan lupa sediakan duit satu guni. baru puas hati blah dari situ. malamnya kami dinner sekeluarga di sizzling stone grill kat jusco Tebrau. sebab abang ipar yang satu tu nak belanja makan, maka saya telah memilih meal yang paling mahal di restoran itu...hahaha.. RM 60 satu meal, mesti along serik. haha... tapi along tak kata ape. die kata lain kali kat tempat lain pulak. nak belanja lagi ke?? saya patut ada 11 orang abang ipar.haha

Sunday pulak tak pergi mana-mana.. sepanjang kat JB, mama tak bagi masuk dapur, mama hidang aiskrim, buat air, paksa tengok tv, suh g tido saja. dan masa balik, pukul 2.30 dari JB, mama bekalkan nasi dengan lauk sambal sotong, udang goreng, ayam goreng, sayur petola, kuih bengkang, sambal ikan bilis, air kotak, air tin dan pelbagai lagi untuk 10 orang makan. tapi makanan tu memang untuk kitorang je. rasa macam menantu kesayangan. mak mertua saya sangat sangat sangat sangat comel oke.

disebabkan JB ke lumut adalah sangat jauh, maka boyfren decided untuk hantar saya ke penang dan baru dia akan patah balik ke Lumut. kami sampai Penang pukul 1 pagi Isnin dan beliau pulak sampai lumut pukul 4 pagi. saya tido pukul 2 pagi. bangun dan terus ke sekolah. buku RPH memang tinggal dalam kereta je since Friday.

di pagi Isnin yang blur itu, guru pembimbing asked me if she can observe me for second time or not, but when i told her i've prepared the lesson, but i'm not feeling good because i just arrived at 1am, then she said ," OO.. never mind, we'll do it later, no worries, go have a rest" dengan senyuman menawan. ok lega. so saya pun pergi lah rehat-rehat la kononnya sambil menunggu kelas pukul 9.15.. then suddenly around 9.. i heard Efa's voice " sir!!?? why are you here so soon??" then i saw him entering bilik guru smiling. "where's Dahria?"

oke. saya diobserve. dan atas arahan, puan Deviga juga perlu observe bersama, dan budak2 praktikal lain juga perlu berada di dalam kelas itu juga mengobserve saya yang kebingungan.


result observation, sangat mengecewakan. comments? sangat mengecewakan. down sampai hari ni. you have like 30 years experience in teaching, yet you don't know how to be considerate.

saya hampir tumbang dalam kelas. tapi hanya mampu menangis selepas waktu sekolah. dan saya rasa Mr Kwan tak suka saya sebab saya suka menjawab. mana taknya, dia kata saya tak round kelas check student's progress. and i defend myself saying i did it several times. dan dia macam tak nak dengar apa yang saya cakap. dan b4 observe, when he checked my lesson plan, dia kata plural for food is foods. mana ade foods. food la plural ke singular.. saya telah menjawab dan dia nampak geram. puan deviga ade bukti saya round klas sebab dia tulis dalam ruang comment "i liked it when you go to your students and check individual work during the lesson." 1-0..haha

tak sangka semengejut itu.

nasib lah. nak nangis setiap hari pun penat jugak. tapi tu lah. macam tak leh berhenti menangis jugak.


tapi kan.. saya still rasa.. yang Mr Kwan tu baik sebenarnya.. tapi disebabkan dia macam menilai pengajaran berdasarkan keadaan students, saya jadi stress. students saya lemah dan sangat nakal. even cikgu diorang pun tak boleh kawal kelas, what do you expect from this experience-less teacher??? (ada ka perkataan macam tu??haha) Efa pulak take over cikgu disiplin punya klas dan kelas first pulak tu. dan Efa ada suara yang kuat, tak macam saya. dan Efa ada talent mengajar. tapi saya hanya ada saya, suara kecik, tak reti marah budak, dan kelas terus bising kecuali kalau saya mengamuk. dan lepas tu saya sendiri rasa sedih, pastu gi mintak maaf ngan students. mengong. dah ada students hantar love notes pun. sekolah lelaki lah katakan. sweet sangat. memang tak berkembang lah budak-budak tu di bawah jagaan saya.

bila tiada orang observe, saya jadi lebih happy. you know why?

bila ada lecturer:

kena start kelas dengan set induction. sebelum tu tulis hari dan date kat board.
then baru mengajar.

bila takde observer:

masuk klas terus tampal text kat board, "read it silently"

bila ade lecturer:
is there any word that you don't understand?
S A: teacher.. what is soy sauce?
me: class, who knows what soy sauce is? tunggu jawapan 2 3 minit...
S lain: bla bla bla... (bg idea..)
me: soy sauce is the black sauce you usually use in cooking. like in mee goreng.. bla bla bla....
Ss: ape tu teacher?
me: English please...
Ss: (thinking first, searching for words...) what teacher?
me: it's in a bottle.. black in colour..
Ss: oo..kicap eh teacher??
me: yes.good

tu baru satu word. kalau satu test ade at least 5 words yang dorang tak tau?

kalau takde orang observe,

S A: teacher, soy sauce tu ape?
me : kicap.

see the difference. then lecturer senang-senang nak kata:

"you have very poor time management.
it would be easier if you can bring pictures."

haah, memang boleh teka perkataan yang student nk tanya. boleh prepare semua benda setiap hari. bila bawak gambar, lain pulak ceritanya.

"the picture size is not suitable. should have made it bigger." memang saya lah yang jaga kedai photostat uncle kafe tu tiap-tiap hari.

stress betul. bukan budak pandai. bagi lah masa diorang fikir. nak achieve semua benda dalam lesson plan, rubbish tau tak? berapa peratus cikgu yang masih mengamalkan penulisan lesson plan sepanjang kami punya setiap hari?

dah tu pulak hari isnin tu lah jugak yang saya buat experiment kat bebudak tu, try guna text yang panjang, tapi words yang senang. resultnye.. mane nak sempatnye, dalam borang markah ade comment kebersihan kelas sekali.meaning masuk-masuk kelas kena check kelas bersih ke tak dulu. logik tak boleh abis lesson dalam sejam dan pastikan semua students yang sangat lemah itu dapat semua benda dalam lesson?? lagi 20 tahun saya nak try lagi lesson plan tu.


praktikal ni sepatutnya bagi kita pengalaman menyesuaikan diri dengan keadaan sekolah. tapi kenapa suruh buat benda yang cikgu-cikgu tak buat?

praktikal ni sepatutnya fun. dan lecturer pembimbing tu bagi kita kekuatan untuk jadi cikgu yang bagus. tapi sibuk nak suruh ikut prosedur yang ntah ape ape ntah. tak salahkan sesiapa. faham jugak yang IPG pun bukannya tahu yang saya ni kaki menangis. dan mungkin jugak IPG tak tahu yang observation tu sebenarnya memburukkan motivasi, pencapaian dan moral sesetengah cikgu praktikal macam saya. mungkin lebih baik kalau IPG tetapkan jumlah observation, dan tetapkan so that lecturer kena bagi tahu cikgu praktikal bila nak observe so that cikgu ni tak payah lah nak beria-ria prepare lesson gah setiap hari. penat kut. then terpaksa cakap kat cikgu lain yang mintak tolong buat apa-apa di petang hari" sorry cikgu, kami penatlah hari ni.. takut esok lecturer datang lagi" then hubungan dengan cikgu pun dah jadi masalah..last skali sape jugak yang susah?? untuk saya macam tu lebih baik, sebab

bila ajar kelas lemah, set induction dan closure dalam plan adalah tak praktikal langsung. mereka perlu diajar apa yang mereka lemah. bukan pening dengar teacher tergopoh gapah nak habiskan satu lesson sebab nak integrate content. all four skills, moral value, grammar, sentence pattern, drilling, students centered activities and so on and so forth dalam masa sejam. apa yang student dapat? none.


itu je lah cerita panjang kali ni... mungkin kalau ada pembaca yang satu hari nanti terlibat dalam kerja-kerja pengurusan praktikal, cubalah fikir pasal benda ni... tak semua keadaan boleh masuk dengan peraturan yang ditetapkan tu....

dan seperti biasa jugak, kita perlu yakin dengan Lesson Plan Allah..hehehe.. tapi mungkin kita boleh fikir untuk penambahbaikan...insyaAllah.....

ok.

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....


p.s: munie, thanks... enjoy reading.hehehehe... ;)

No comments: