bismillah...
assalamualaikum..
saya stress. hehe.. stress sbb duk umah sorang-sorang.. xde kawan.. xtau nak buat ape..
pagi semalam bangun terus nanges sebab dapat msg yang mengingatkan benda itu..
pagi tadi bangun awal sebab terkejut mimpi husband marah.. bukak2 mata rupanya memang betul die tengah marah uniform die sebab tercabut ape tah.. deh, sampai masuk mimpi..
husband saya lebih kurang saya je.. cepat gelabah kalau ade problem. kalau die mintak ironkan baju kerja and saya cakap pagi besok orang iron, siaplah die duk ulang alik depan saya dengan muka resah gelisah, pastu siap tak nak cakap dengan kita dah.. oke x simpan esok lah, terus iron.then only boleh pandang saya dan senyum. gelabah betul. and naseb baik jugak saya memang jenis suka iron baju...
pasal benda semalam.
saya rasa saya takde masalah sangat dengan yang dah selalu emo dan selalu main2kan semuanya pasal orang lain sebab saya memang dah kenal dan biasa dengan keadaan macam tu.. asalnye pun memang saya tak suka orang yang suka nak menganjing2kan segala benda.
dan saya memang tak ajar diri saya untuk menjawab dengan jawapan yang bertujuan menyakitkan hati dan memperkecil2kan orang lain. contohnya:
ketika membuat kek, A dapati ade bahan yang die silap letak or tak letak tapi xtau ape. maka B dengan niat membantu berkata
B: tepung warna coklat ni dah letak?
A: mesti lah dah, kalau tak takkan lah nak sebok fikir macam ni..
situasi yang sama,
B: tepung warna coklat ni dah letak?
A: dah2.. dah letak dah tadi..
mungkin kadang2 kita berada dalam keadaan yang penuh bermasalah sehingga kita cenderung untuk jadi A dalam scene pertama, tapi cubalah untuk jadi A dalam situsi kedua. saya selalu dapat jawapan A situasi pertama, so saya berusaha sedaya upaya untuk jadi A dalam scene kedua. tapi kalau dapat jawapan tu dari "kawan baik", memang sangat sedih. lupa pulak saya ni memang la slow sikit, lurus jugak kadang-kadang, tapi sebab saya pernah melalui keadaan di mana tiada kawan untuk mengingatkan saya tentang satu perkara yang penting, saya meroyan tetibe.
oh, pasal benda semalam tak berkaitan pun dengan aktiviti membuat kek tu...
yang terkesan dalam hati saya satu je.. yang satu tu, biarlah rahsia..mungkin die tak sedar pun ape yang jadi. selagi saya boleh telan, saya akan telan.
tapi awkward lah bila nak bercakap baik-baik dengan orang yang kita tahu die mengata kita kat belakang. sangat awkward. lagi awkward bila saya tak benci mereka, tapi saya risau apa lagi yang mereka akan kata lepas ni sebab saya memang jenis selamanya akan dibuli. so saya pun mendiamkan diri. dan bagi peluang mereka untuk mengata lagi dek wujudnya keadaan dan kebetulan yang mengizinkan mereka untuk mengata lagi.
apa lagi yang buat saya sedih ye...
hmmm.. benda ni saya dah bagitau ramai orang.. yang tak tahu, boleh ambil tahu sekarang. yang dah tahu, mungkin lupa masa ianya terjadi...
1. bila kita tak sukakan sesuatu, cuba untuk jangan cari geng. kita tak suka, itu hak kita. kita boleh untuk tak suka. tapi kita tak ade hak untuk ajak orang lain membenci benda yang sama.
akibatnya. benda asal yang mulanya jadi pengajaran dekat kita akan beransur2 jadi kayu api untuk bakar kita kat "sana" nauzubillah... yang dah lalu dan rasa panas2 sikit2 tu eloklah.maksudnya ade rasa lah tu.
yang tak rasa lagi, ni huraian seterusnya.
bila kita tak suka akan sesuatu, pastilah ade benda yang kurang yang telah berlaku. benda kurang adalah kelemahan dan boleh jadi aib orang itu. bile bercerita tentang itu kepada orang lain, cuba untuk hanya meluahkan perasaan, bukan untuk mencari geng untuk membenci. bila kita hanya meluahkan, ada pulak risiko lain. pilihlah kawan yang sesuai. kalu rasa tak yakin, simpanlah, cerita je dekat Allah. kawan pun, mungkin masa tu dia paham, tapi nak dijadikan cerita satu keadaan lain terjadi menyebabkan syaitan mencucuk diri untuk mengaitkan benda tadi dengan hal yang berlaku tu, kawan pun dah boleh bertukar jadi benda lain.
2. kalau ade yang memberi masalah, jangan anggap diri sebagai mangsa. cuba fikir kita sebagai penyumbang masalah. contohnya. masa buat kerja bersama, tiba-tiba ada kawan kita ada masalah dan marah-marah. cuba jangan fikir nak marah sbb tiba2 kita jadi mangsa. basically, die mempunyai masalah, die dah cukup susah hati dengan masalah die. cuba offer sesuatu yang boleh redakan masalah die. contoh, offer untuk tolong part die, or jangan amik port. kalau kita rasa kita mangsa, dan marah, masalah akan jadi 3, masalah die, masalah kita dan masalah kita dengan die.
untuk orang yang kurang berperasaan (mcm saya), mungkin mudah sikit kut berbanding dengan orang yang mudah berkata-kata dan mudah meluahkan rasa bila marah..tapi, no harm in trying...
mungkin ayat "dulu kawan sekarang lawan" boleh diganti dengan "hopefully they will realize it and think about it in a good way"
ayat "aku dah kenal kau backstabber" boleh diganti dengan "Ya Allah lembutkanlah hati die, bukakanlah hatinya untuk mencari kebenaran dan menolak bisikan syaitan" (pastilah die pun tak mintak nak jadi macam tu, die pun sekolah jugak untuk tahu yang tikam belakang kawan tu tak baik, tapi kita hamba biasa je, syaitan mudah nak cucuk2)
3. bersangka baiklah dengan semua. bile die marah, mungkin untuk masa tu je. bile die terhukum, mungkin die tersilap.bile die terhina, mungkin masa tu je die termakan pujuk syaitan. 1 hari die tersilap, ada 364 hari kita gelak2 dengan die. lupa ke??
tapi bila ketiga2 jadi dekat kita, nanges je lah, bukan reti nak marah pun. nak pergi jumpa tanya face to face, lagi lah tak berani. semoga yang benci disayangi, yang hina dimaafi, yang salah dilupa, dan sayang ditambah suka....
hmm..setelah berkurun, baru nak share 2 gambar yang sangat2 saya suka dan saya print letak kt soft board dan tengok tiap2 hari dan nanges lagi dan lagi dan lagi.
ni masa kitorang bersiap kat Grand Court Hotel Teluk Intan
saya saaaaaaaaaaaaaaaaaaaangat suka gambar ni, sebab kawan-kawan saya semuanya cantik!!!
ni gambar masa kenduri kt Jerteh
(kalau benda itu tak berlaku, mesti kita boleh amik banyak lagi gambar cantik sama-sama kan?? :'( tapi tak baik cakap "kalau", bukak jalan kepada syaitan..)
pasal wedding lagi.. ari tu saya pernah rasa tak nak ada gambar kawen sebab asek duk nanges macam orang sawan. apa dah jadi?? cd gambar kawen hilang. dah gitau muiz dan pastilah die marah..huuu.. kalau xde backup, tinggal kenangan lah ye semua....
tempat ni adalah tempat saya merapu dan macam ni lah contoh rapuan (ade ke perkataan ni?).. kesimpulannya, tu semua ingatan untuk diri anda dan diri saya sendiri...
lastly saya letak kemerepekan terakhir berbentuk trivia kawen yang mungkin akan saya lupa tak berapa lama lagi...
i don't have much money,so i conteng my face by myself, jahit baju sendiri n not to have wedding ring so that i can buy baju dayang, big paperbag, mug and specially asked the dayang to do their best make-up so that they will outshine me.
so the ring yang digunakan untuk sesi sarung cincin ialah cincin pinjam.hehehe...
and now, i just want to hug my husband and forget everything about the wedding. chill!
dah habis.kbai.
p.s: congratulations aimuni abdullah dah jadi tunang orang..
p.s.s: ade rasa xsabar nak kerja supaya leh cari kawan baru...
p.m.s: nak balik jerteh oh nak balik jerteh!! homesick oh.
love,
tickdiea
No comments:
Post a Comment