sape nak itut angkat kaki~ ;P

Saturday, April 30, 2011

of cikgu cikgi and abang askar. ;)



bismillah...

assalamualaikum..hawau you.. ehekhekhek.. mood buat esaimen nih.. tgh syok. hungga hungga~!! haha.. rehat jap sambil-sambil minum teh ais (2paket teh boh 3in1+4 sudu susu tepung dutch lady perisa honey+ais) nyummeh. saya memang suka minum susu. weeee ;)

sambil-sambil minum tu kita tengok ape yang boleh ditengok kat facebook ye. oh, ternampak boyfren baru mek geng gf asko dulu.. jajanggg.. muka asko jugak??? hahahaha.. tgk info, sah asko.

kenapa tah, dorang ni memang dah takleh lari tau. kalau dah namanya askar, mesti ade semacam punya style yang kalau orang tengok dorang, orang akan cakap "oke, askar". tak pun, ayat baik sket, macam fikir dulu lah.. "muka macam askar lah". haha..

bukan tak elok pun.. elok sebenarnya.. yang buat kita cam atau kenal dorang tu sebab ape?? sebab appearance dorang. kalau cikgu takat kul 7 pagi sampai kul 2.40 petang, tu je lah limit dorang untuk pakai kemeja ngan suar slack and neck tie. lepas masa tu memang dah kurang cikgu lah, lebih artist sket menjelang petang-petang hari. tapi kalau askar, korang cakap lah kul berapa korang jumpa dorang, kat mana sekali pun, dorang tetap berambut rapat ke kulit kepala, berkasut, bertshirt tanpa gambar curt cobain mahupun hujan, dan bergaya. erk?? bergaya ke?? tak sebenarnya. bergaya askar. oke tepat.



ini adalah cikgu-cikgu. ade yang kemas. ade yang tak. berwajah ceria. stress kadang-kadang sahaja. muka mereka manis, dan ade juga yang jambu. yang penting, mereka tidak hangus. ye la, ape la sangat kalau bermain futsal setiap petang.. peluh aje yang banyak keluar, warna kulit takde terjejas mana pun.. ;P
gambar dari facebook Nuge.

teringat jugak kata-kata cikgu din. cikgu din ialah cikgu plkn saya 6 tahun yg lalu, tapi saya baru saja melawat beliau bulan lepas di rumah beliau kat Manjung. weeee ;)

cikgu din kata, itulah nilai seorang navy. navy? ye, beliau kata navy. mungkin sbb beliau juga navy. mungkin jugak beliau sebenarnya nak refer kat semua askar darat, lautan dan juga udara, tapi beliau obses kat navy, haha.

katanya, itulah disiplin yang mereka semat dalam diri mereka sampai bila-bila. rasa untuk jadi kemas sepanjang masa. rasa ingin jadi segak tak kira tempat. pendek kata, mereka ini overconfident sebenarnya. nak pulak kalau area manjung tu..mentang-mentang area dorang.. yakin jek dorang kua ngan rupa macam kembar seratus. haha.. ampun.... betul.. cubalah korang pergi manjung, pastu korang singgah billion, malam kalau boleh. bila korang selisih dengan manusia, korang mesti akan terfikir "eh, tadi dah selisih dengan mamat ni" tapi kenyataannya adalah mereka bukanlah orang yang sama. atoiyai.. paranoid sekejap perasaan.

bukan kata yang gelap-gelap berbadan tegap je.. yang muka cina macam abang azhar pun nampak lebih kurang je..sama. mereka semua berwajah askar. comel sungguh mereka ini. kembar tak main sorang dua. kembar beratus ratus barulah askar. haha.



ini pulak abang-abang askar. walau tanpa uniform, lihat tangan mereka, seperti kumpulan Raihan. disiplin tinggi. muka mau maintain ketat walau sedang senyum. oh, mereka sedang bercuti, sebab tu mereka pakai selipar. kalau tidak cuti, mereka mungkin akan ditaji angkara selipar. ambik gambar tidak formal, tapi masih mengikut ketinggian seperti barisan kawad. dari kiri, "Lt Kecik TLDM, Lt Abang Azhar TLDM, Lt Abe Noman TLDM, Lt Amir Imran TLDM dan Lt Don Iliyas TLDM" "kami adalah NAVY officers yeow~!! haha..

abang azhar adalah lebih cerah dari saya, tetapi tengoklah dah hangus. askar mana yang tak hangus?? takde. semua pun seperti butter muffin, cuma tidak gebu sahaja.
gambar dari facebook don iliyas ;)

oh teringat jugak insiden selepas blah dari rumah cikgu din. abang azhar diam tak nak bercakap. sebabnya, jeles dengan cikgu din. apeka... bila ditanya, tak nak jugak bercakap. bila saya dah tiru style dia tak nak bercakap, baru nak bagitau. jeles dengan cikgu din. sebab saya sakan gelak bila cikgu din cerita balik kenangan dekat kem 6 tahun dulu. dengan cikgu din pun nak jeles. aperda... sanggup pulak biarkan saya tak ambik gambar dengan cikgu din. syok bersembang sampai lupa nak amik gambar. seronoklah abang azhar. saya takde gambar dengan cikgu din. tapi saya cakaplah, nak kena datang lagi lah tu. terus diam dia.hahahahahahahahahahaha.

ape yang saya nak cakap sebenarnya nih?? haha.. oh, kesimpulannya, itulah askar. mereka mungkin teramat tensen dalam pekerjaan mereka, tetapi sebenarnya mereka adalah sangat fofular. kalau kawan-kawan sekolah saya dulu, semua tak suka askar. dan yang paling tak suka adalah yang end up berhubungan dengan askar. iaitu saya. sekian. ;P

3 comments:

Lady Jannah said...

yer..yer..sy sangat sokong...
mereka mmg sangat2 taksub dengan penampilan..dan penampilan tu yg buat sy terpikat.. hikhik...
tu la mereka diea.. g memane pn ley bezakan askar n org2 lain.. dr jauh da ley tau mereka tu askar..=p pape pn.. semoga mereka success selalu.. hikhik

KinosKoko said...

hahahahaa...comparing those 2 photos..memang terbaik r..ekekeke

Blog User said...

Penampilan askar, hebat. Disiplin tinggi. Tapi saya takut nak berhubungan dengan encik askarrr!
*cakap macam ada je askar nak kat kita* Huahuahua. *gelak melampau*