rasa macam nak buat segala benda.. tapi dengan perangai suka tangguh-tangguh keje nih?? hmm.. mimpi je la..
rasa macam nak study. tapi kaki tangan badan semua rasa malas nk beranjak dari skrin lappy..
rasa macam nak bergayut tepon.. tapi mesti tengah busy baru sudah kawad dan bersiap-siap nak gi masjid bla bla bla..
rasa macam nak cari benda-benda berfaedah.. tapi internet free sangatlah slow macam siput babs..
tapi yang paling.. rasa macam kecik hati bila...
me: waaaaaaaahhhhhh... ikhsan ngan ijun dah nak kawen..... baru je bertunang.. dah nak kawen.....!!
he: ye lah... dorang dua-dua keje.... (dengan nada dan intonasi meyakinkan)
me: oo..so salah orang la sebab orang tak keje lagi?? mesti lagi salah besar bila orang nak jadi surirumah je kan?? (nada mula meninggi)
he: (sambil gelak-gelak) bukan macam tu... maksud orang dorang keje sama-sama.. dorang dah lama bincang.. dari zaman upnm lagi kot.. kita setahun jumpa 3 4 kali je...
me: hmmmm...
rasa macam nak marah lagi tapi memang betul pun kalau dia tak defend diri sendiri pun, saya masih sedar yang menyebabkan marah tu diri saya sendiri. saya yang tak menerima ayat itu dengan maksud dan niat yang betul. hmmm... sensitif pulak dua tiga hari ni..
dan di sebalik kekecilan hati itu (eh ada ke perkataan tu??), saya masih mampu berfikir secara logik. orang sekarang nak kahwin, paling-paling tidak, nak jugak tong tong duit belanja. nak bersederhana takat mana pun, akhir sekali berhabis beribu riban jugak. nak pulak yang kahwin tu kejenya tak lah gah sangat tapi menuntut masa yang maha banyak. komitmen yang melebih-lebih sampai untuk kahwin pun sanggup serah seratus-peratus kat family untuk selesaikan. bila dah semua bersuruh, duit lagilah maknanya.
dan fitrahnya pulak, perempuan, ada ke yang tak cerewet. cubalah berlakon cool macam mana pun, ada ke nak pakai tshirt renyuk, kedut-kedut?? mesti nak iron jugak walau tengah rushing. busy lah macam mana pun pasangan dia, tak bergaji, tetap mahu semuanya sempurna. sempurna dalam tak sempurna lah. mana ada benda yang sempurna melainkan Dia.
tapi sungguh penatlah bila kita fikir banyak sangat, bila ada banyak benda yang perlu kita luahkan.. bila bebelan kosong takde lagi tempat sasaran, rasa sangat down..sangat tak bersemangat...
satu pengajaran hidup yang paling jelas...
kalau anda mahu hidup berpasangan, hidup berkeluarga dengan matlamat anda akan dapat capai orang yang anda perlukan di saat anda memerlukan, navy bukan satu pilihan yang baik. mereka juga manusia, lumrah perasaan mereka sama seperti kita, cuma mereka tidak punya masa dan peluang untuk memenuhi matlamat anda. dan kalau anda pasti kecomelan anda boleh merubah tingkahlaku mereka, anda perlu bersedia untuk gagal. tapi, bukan semua yang berpasangan dengan mereka itu berakhir dengan masalah. in fact, anda mungkin lebih bijak, lebih kuat dan lebih berjaya dari orang lain. semua itu ujian Allah. dan Allah menguji manusia dengan apa yang mereka mampu tanggung, bukan sebaliknya. kan??
akhir kata..
me: jangan bangkang-bangkang orang boleh tak????!!! dah berapa kali orang sedih nangis-nangis sendiri tapi abang busy??? boleh tak bayar balik susah payah orang tu dengan setuju je semua benda yang orang cakap??? boleh tak???
nak cakap macam tu sebenarnya tadi.. tapi takut jadi masalah lain pulak yang mungkin perlu cari masa yang lain lagi untuk diselesaikan. haha.. so baik jangan cakap.
;)
p.s: dari wak dah jadi abang. rasa macam dah boleh hilangkan rasa fobia dengan panggilan tu kut. tapi rasa aneh jugak sebab dia adalah adik sebenarnya. tapi sebulan je pun.. apa la sangat sebulan tu kan kan kan??? *wink2
4 comments:
Assalamualaikum, Perkahwinan adalah ditangan pasangan masing2 dan ia bkn ditangan ibubapa lagi. Jika btul2 ingin berkahwin xsemestinya beribu2 ringgit. Ia ada pelbagai cara utk menyelesaikan masalah tersebut. Contohnya jika lelaki tersebut telah bergaul baik dgn keluarga perempuan bleh la memendekkan proses merisik dan bertunang. Combine Nikah dgn bertunang. Bab hantaran pihak lelaki xperlu bg duit kpd pihak perempuan jika pihak lelaki yg membeli semua persediaan nikah dan dlm borang hanya isi angka utk mencantikan tpt tu sedangkan Jabatan Pentadbiran Islam xakan menanya berapa hantran seblknya mereka melihat Mas Kahwin sahaja. Memperbykkan meminta restu dari Allah s.w.t utk memberkati hubungan kamu berdua agar segala persiapan akan berjln dgn lancar. Hanya Allah yg tau apa akan terjd pd kamu berdua. Kesabaran amat2 diperlukan dlm kekeluargaan. Mesti harus dpt menerima segala baik buruk pasangan masing2 seblm masuk ke alam perkahwinan.
wow abang suda? aww :')
david, waaaaaaaaaaaaaaaaaahhhh..pannnnnjangggggnye comment david. thabks~!! ;)
nanan, sepiceles tak???mwahahahahahaha
abang sayanggggg..hiihiihii ;)
Post a Comment