assalamualaikum..
tengokkan title tu cam baik sangat kan?? ala2 pelajar mithali gitu. padahal....huh, aku (menci menci menci) !!!
pagi tadi sangat indah. memang indah. bangun kul 7 (tu pun setelah pintu bilik diketuk oleh cik zaitun).
cik zaitun juga indah. dengan toileteries basket di tgn dan towel di bahu, beliau sopan berkata,
"takde air"
"kt portion lain?"
"semua,xde"
rekod perbualan terhenti di situ sahaja kerana perkataan2 yang muncul selepas itu tidak sesuai untuk dibaca oleh kanak2 di bawah umur. (sangat tuuuut...)
"takde air" itu mungkin kurang menjadi masalah jika berlaku pada hari cuti.
tapi ia selalunye tidak begitu. pagi tadi aku (kami) ade kelas kul 8 sampai 11 oke.
oh men...
selalunye air tu xde kt certain portion jer..di mana kami yang berada di portion A (yang malang) ini selalu kena gi mandi sekurang2nye di portion B (klu sempat kejar air) atau C (klu rajin) atau D (teramatlah jauh).
masa bergerak, tapi kami perlu membuat keputusan. pilihan yang ade:
*pegi klas tanpa mandi(tak mungkin.aku lagi rela xpegi klas)
*mandi dengan menggunakan air di dalam tong yang disediakan oleh kolej (hari dah cerah, aku xmahu mengangkut air dari tong ke toilet)
*mandi tgh hari kerana petangnye aku ade perjumpaan orang2 yang hebat.hhaha..hebat...
maka kami pun terus mencapai towel dan bakul mandi masing2 dan berjalan ke portion lain (dengan harapan kami menemui air) tapi kami hampa. tiada langsung.atas arahan mimie,kami pun menuju lah ke bilik cikgu munie( seorang mpp yang menerima vote tertinggi pada pilihanraya UUM yang lalu)
cikgu munie kelihatan seperti biasa sahaja. aku tahu, beliau tidak perlu risau. aku risau. aku risau kerana jam sudah menunjukkan pukul 7.30. waktu yang sepatutnye aku berada di dalam barisan menunggu bas.o man....
tapi kerisauan aku itu tidak lama.kerana. munie ajak gi mandi kat kolej sebelah, iaitu kolej muamalat. Ya Tuhan... sungguh heaven mandi di sana.. tanpa kerisauan.
maka, dengan air dpp muamalat itu, aku wujud di klas pagi tadi dengan wanginye..hehe...(klu xmandi pun xperlu risau,kerana memang ramai yang xmandi.hahahaha)
sungguh kenangan.untung sangat berada di sini.
terima kasih UUM.(kerana makanan kat kafe yab sangat murah dan sedap.dat's all)
with (luv)
t.i.c.k.d.i.e.a
p/s: hidung aku mengeluarkan darah.apa maknanya itu??
No comments:
Post a Comment