sape nak itut angkat kaki~ ;P

Monday, April 23, 2012

i love Lumut

bismillah...

saya memang sangat suka balik rumah.

tiap-tiap minggu saya balik rumah.

dan saya tak suka sebok hal orang.

kadang-kadang (mungkin jugak selalu) saya anti sosial.

tak pasti apa yang jadi.

dari dulu lagi memang macam ni.

tapi sekarang bertambah teruk sebab selalu kena kejar bas sri maju balik lumut pukul 2 petang di hari jumaat.

menunggu bas sambil menyedut asap rokok adalah sangat tak menyihatkan.

saya tak punya kereta.

suami juga hanya mampu pakai kereta turun temurun. comel kan?

siapa yang takde masalah?

tapi layan pun bukan selesai kan?

so senyum buat macam takde apa-apa yang jadi. orang lain pun tak effect apa.

selamat menghabiskan praktikal cohort 5 mate.

but lately Lumut sangat panas.


p.s: weekend ni tak boleh balik?? ohno!!


Tuesday, April 10, 2012

=)

random.

i love

white
pink
chocolate
almond
raisin
vegetables
fish
my husband's light brown eyes

and

tomyam

=)


Monday, April 9, 2012

nota untuk abang askar

bismillah...


"kalau mogok x nak bercakap, ingatkan orang, orang rugi satu hari"


takde rasa marah, walau seteruk mana rumah disepahkan. takde rasa penat, walau sepanas mana perlu ditempuh untuk sampai rumah dan pulang dari rumah.


tak nak satu hari berlalu tanpa menyayangi beliau.

Allah, kuatkan hatiku jika ini petanda ujian untuk kami.

saya takut.. sebab saya paling bahagia bila boleh pandang matanya, bersembang sepanjang hari.


takut kehilangan beliau.




Monday, April 2, 2012

permudahkanlah segala urusanku ya Allah...

i just want to go home..

i miss my husband so much.

can't even type a text without crying..

thinking bout him for every hard breath..

him, mama and papa...

but all are far away...


sangat tertekan dengan praktikal..

Ya Allah......

Allah Allah Allah Allah...

::i'm tired of crying::


permudahkanlah segala urusanku ya Allah....


Friday, March 30, 2012

dua puluh lima hari lagi..... ;)

bismillah....

Ya Allah.. sangat susah menjadi seorang cikgu praktikal...

keje berlambak-lambak nak buat dalam masa yang singkat. like every sem, mesti ada sorang lecturer yang mampu buat saya rasa syahdu setiap hari. i'm originally ratu air mata. so saya memang selalu berdoa setiap awal sem supaya takkan ada yang boleh buat saya menangis setiap hari. tapi ntah malang ke ape, ada lagi seorang untuk sem terakhir. and the special lecturer award goes to......................

drumrolls
.
.
.
.
.
.
........ mr kwan~!!!!! yay. nah amik trophy berisi air mata yang saya kumpul setiap hari.


ceritanya lah kan...

mr kwan ni ialah lecturer pembimbing saya sepanjang praktikal. he's a good friendly chinese man i could say. But he's really different from kebanyakan lelaki. selalu lelaki suka memudahkan keje dengan atau tanpa amik mudah keje tu. tapi tidak untuk mr kwan.

untuk praktikal, bagi setiap subjek major, lecturer pembimbing hanya perlu membuat dua atau tiga kali penyeliaan wajib. rasa weird pulak cakap dalam bm untuk observation.hehe.. dan bagi subjek minor pulak, hanya dua kali observe wajib. my major ialah English. dan minor pulak ialah PJ. dan sangat lah bertuah rasanya diri ini bila mr kwan ialah lecturer pembimbing saya bagi kedua-dua subjek. tahniah untuk diri sendiri. dan lebih tahniah lagi ialah, kata beliau, minimum observation for major will be three times. but if i want to do more, it's up to me.

thank you sir.

cerita nombor dua. praktikal bagi pelajar TEYL ialah selama 10 minggu. saya mempunyai kelas setiap hari sebab saya dapat jumlah hampir maksimum iaitu 11 masa seminggu berbanding ramai kawan-kawan yang mendapat minimum 8 masa seminggu dan ade jugak beberapa kawan yang lebih bertuah, dapat maksimum 12 masa. masa yang banyak adalah sangat memenatkan badan dan kepala anda bila kedua-dua kelas yang anda ajar ialah kelas kanak-kanak berpencapaian rendah. most of my kids from 5L cannot read English and all of 5J cannot read, cannot write, and do not know how to listen. mereka datang ke sekolah hanya untuk practise fighting.. wachaaaa~!! FYI, i teach 5L on Monday, 2 masa, 5J on Tuesday, 3 masa straight, 5J on Weds, 2 masa, 5L on thursday 2 masa n on Friday PJ 5J 2 masa. 3 masa straight ajar klas 5J adalah perkara yang paling menyesakkan otak. i think the PK1 didn't think straight when he decided my class. thank you very much sir. proud of you.

cerita nombor tiga. kembali kepada mr kwan. dalam minggu kedua gitu, mr kwan dtg untuk melawat dan tengok-tengok kitorang dan jumpa guru pembimbing. and he told us untuk observation, hanya observation pertama sahaja yang akan diberitahu terlebih dahulu. the next observation will be.. surprised~!!!!

and he really did it. last Friday, he came to SXC to observe my PJ lesson. and as stated in the rule, we have to send our RPH book to the GB every Friday with complete lesson plan for next Monday. dan minggu lepas ialah minggu boyfren saya di draf ke kapal. beliau melapor pada 26hb dan akan belayar on the 28th. jadinya, disebabkan kami tak pernah balik JB since kahwin and saya pulak tak pernah pun pergi rumah family beliau di JB itu since berkenalan 5 tahun lepas, maka beliau telah membuat keputusan untuk balik jugak ke JB pada weekend yang lepas. jadinya, saya pun telah menyediakan segala ABM untuk Monday's lesson jugak...

semua orang tahu, JB tu jauh dari Penang. on that Friday after school, i went to jetty straight away from school. bungkus kain baju siap2 di malam jumaat sambil menyediakan dua lesson plan dan segala props yang bersesuaian. saya naik bas ke Lumut first. rumah saya sekarang ialah di Lumut. sampai around 5.30. tapi tak leh terus ke JB cuz boyfren ada dining out. so kenalah tunggu sorang-sorang di rumah. on that Friday night, kami bertolak pada pukul 11.40 malam dengan menaiki Mazda pokok ke pokok boyfren( Mazda 323.hehehe...). mula-mula, rasa perjalanan sangat jauh sebab badan penat dan jalan sangat membosankan dan saya tak boleh drive kereta boyfren sebab seat sangat jauh dari pedal, dan tak boleh didekatkan dah. tapi bila tertido, terbangun, tertido, terbangun, tertido dan terbangun, eh, dah sampai Johor.. hahaha. saya hanya tidur sepanjang jalan... kami singgah solat subuh kat mana ntah dan meneruskan perjalanan ke JB. sampai rumah di Taman Seri Austin pada pukul 8.30 pagi...

pada hari sabtu itu, kami hanya sempat melawat JPO. ok. kalau nak pergi JPO, jangan lupa sediakan duit satu guni. baru puas hati blah dari situ. malamnya kami dinner sekeluarga di sizzling stone grill kat jusco Tebrau. sebab abang ipar yang satu tu nak belanja makan, maka saya telah memilih meal yang paling mahal di restoran itu...hahaha.. RM 60 satu meal, mesti along serik. haha... tapi along tak kata ape. die kata lain kali kat tempat lain pulak. nak belanja lagi ke?? saya patut ada 11 orang abang ipar.haha

Sunday pulak tak pergi mana-mana.. sepanjang kat JB, mama tak bagi masuk dapur, mama hidang aiskrim, buat air, paksa tengok tv, suh g tido saja. dan masa balik, pukul 2.30 dari JB, mama bekalkan nasi dengan lauk sambal sotong, udang goreng, ayam goreng, sayur petola, kuih bengkang, sambal ikan bilis, air kotak, air tin dan pelbagai lagi untuk 10 orang makan. tapi makanan tu memang untuk kitorang je. rasa macam menantu kesayangan. mak mertua saya sangat sangat sangat sangat comel oke.

disebabkan JB ke lumut adalah sangat jauh, maka boyfren decided untuk hantar saya ke penang dan baru dia akan patah balik ke Lumut. kami sampai Penang pukul 1 pagi Isnin dan beliau pulak sampai lumut pukul 4 pagi. saya tido pukul 2 pagi. bangun dan terus ke sekolah. buku RPH memang tinggal dalam kereta je since Friday.

di pagi Isnin yang blur itu, guru pembimbing asked me if she can observe me for second time or not, but when i told her i've prepared the lesson, but i'm not feeling good because i just arrived at 1am, then she said ," OO.. never mind, we'll do it later, no worries, go have a rest" dengan senyuman menawan. ok lega. so saya pun pergi lah rehat-rehat la kononnya sambil menunggu kelas pukul 9.15.. then suddenly around 9.. i heard Efa's voice " sir!!?? why are you here so soon??" then i saw him entering bilik guru smiling. "where's Dahria?"

oke. saya diobserve. dan atas arahan, puan Deviga juga perlu observe bersama, dan budak2 praktikal lain juga perlu berada di dalam kelas itu juga mengobserve saya yang kebingungan.


result observation, sangat mengecewakan. comments? sangat mengecewakan. down sampai hari ni. you have like 30 years experience in teaching, yet you don't know how to be considerate.

saya hampir tumbang dalam kelas. tapi hanya mampu menangis selepas waktu sekolah. dan saya rasa Mr Kwan tak suka saya sebab saya suka menjawab. mana taknya, dia kata saya tak round kelas check student's progress. and i defend myself saying i did it several times. dan dia macam tak nak dengar apa yang saya cakap. dan b4 observe, when he checked my lesson plan, dia kata plural for food is foods. mana ade foods. food la plural ke singular.. saya telah menjawab dan dia nampak geram. puan deviga ade bukti saya round klas sebab dia tulis dalam ruang comment "i liked it when you go to your students and check individual work during the lesson." 1-0..haha

tak sangka semengejut itu.

nasib lah. nak nangis setiap hari pun penat jugak. tapi tu lah. macam tak leh berhenti menangis jugak.


tapi kan.. saya still rasa.. yang Mr Kwan tu baik sebenarnya.. tapi disebabkan dia macam menilai pengajaran berdasarkan keadaan students, saya jadi stress. students saya lemah dan sangat nakal. even cikgu diorang pun tak boleh kawal kelas, what do you expect from this experience-less teacher??? (ada ka perkataan macam tu??haha) Efa pulak take over cikgu disiplin punya klas dan kelas first pulak tu. dan Efa ada suara yang kuat, tak macam saya. dan Efa ada talent mengajar. tapi saya hanya ada saya, suara kecik, tak reti marah budak, dan kelas terus bising kecuali kalau saya mengamuk. dan lepas tu saya sendiri rasa sedih, pastu gi mintak maaf ngan students. mengong. dah ada students hantar love notes pun. sekolah lelaki lah katakan. sweet sangat. memang tak berkembang lah budak-budak tu di bawah jagaan saya.

bila tiada orang observe, saya jadi lebih happy. you know why?

bila ada lecturer:

kena start kelas dengan set induction. sebelum tu tulis hari dan date kat board.
then baru mengajar.

bila takde observer:

masuk klas terus tampal text kat board, "read it silently"

bila ade lecturer:
is there any word that you don't understand?
S A: teacher.. what is soy sauce?
me: class, who knows what soy sauce is? tunggu jawapan 2 3 minit...
S lain: bla bla bla... (bg idea..)
me: soy sauce is the black sauce you usually use in cooking. like in mee goreng.. bla bla bla....
Ss: ape tu teacher?
me: English please...
Ss: (thinking first, searching for words...) what teacher?
me: it's in a bottle.. black in colour..
Ss: oo..kicap eh teacher??
me: yes.good

tu baru satu word. kalau satu test ade at least 5 words yang dorang tak tau?

kalau takde orang observe,

S A: teacher, soy sauce tu ape?
me : kicap.

see the difference. then lecturer senang-senang nak kata:

"you have very poor time management.
it would be easier if you can bring pictures."

haah, memang boleh teka perkataan yang student nk tanya. boleh prepare semua benda setiap hari. bila bawak gambar, lain pulak ceritanya.

"the picture size is not suitable. should have made it bigger." memang saya lah yang jaga kedai photostat uncle kafe tu tiap-tiap hari.

stress betul. bukan budak pandai. bagi lah masa diorang fikir. nak achieve semua benda dalam lesson plan, rubbish tau tak? berapa peratus cikgu yang masih mengamalkan penulisan lesson plan sepanjang kami punya setiap hari?

dah tu pulak hari isnin tu lah jugak yang saya buat experiment kat bebudak tu, try guna text yang panjang, tapi words yang senang. resultnye.. mane nak sempatnye, dalam borang markah ade comment kebersihan kelas sekali.meaning masuk-masuk kelas kena check kelas bersih ke tak dulu. logik tak boleh abis lesson dalam sejam dan pastikan semua students yang sangat lemah itu dapat semua benda dalam lesson?? lagi 20 tahun saya nak try lagi lesson plan tu.


praktikal ni sepatutnya bagi kita pengalaman menyesuaikan diri dengan keadaan sekolah. tapi kenapa suruh buat benda yang cikgu-cikgu tak buat?

praktikal ni sepatutnya fun. dan lecturer pembimbing tu bagi kita kekuatan untuk jadi cikgu yang bagus. tapi sibuk nak suruh ikut prosedur yang ntah ape ape ntah. tak salahkan sesiapa. faham jugak yang IPG pun bukannya tahu yang saya ni kaki menangis. dan mungkin jugak IPG tak tahu yang observation tu sebenarnya memburukkan motivasi, pencapaian dan moral sesetengah cikgu praktikal macam saya. mungkin lebih baik kalau IPG tetapkan jumlah observation, dan tetapkan so that lecturer kena bagi tahu cikgu praktikal bila nak observe so that cikgu ni tak payah lah nak beria-ria prepare lesson gah setiap hari. penat kut. then terpaksa cakap kat cikgu lain yang mintak tolong buat apa-apa di petang hari" sorry cikgu, kami penatlah hari ni.. takut esok lecturer datang lagi" then hubungan dengan cikgu pun dah jadi masalah..last skali sape jugak yang susah?? untuk saya macam tu lebih baik, sebab

bila ajar kelas lemah, set induction dan closure dalam plan adalah tak praktikal langsung. mereka perlu diajar apa yang mereka lemah. bukan pening dengar teacher tergopoh gapah nak habiskan satu lesson sebab nak integrate content. all four skills, moral value, grammar, sentence pattern, drilling, students centered activities and so on and so forth dalam masa sejam. apa yang student dapat? none.


itu je lah cerita panjang kali ni... mungkin kalau ada pembaca yang satu hari nanti terlibat dalam kerja-kerja pengurusan praktikal, cubalah fikir pasal benda ni... tak semua keadaan boleh masuk dengan peraturan yang ditetapkan tu....

dan seperti biasa jugak, kita perlu yakin dengan Lesson Plan Allah..hehehe.. tapi mungkin kita boleh fikir untuk penambahbaikan...insyaAllah.....

ok.

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....


p.s: munie, thanks... enjoy reading.hehehehe... ;)

Wednesday, March 21, 2012

Tuhan bersihkanlah hati ini...

bismillah...

semoga kita semua terus berada di bawah lindunganNya. amin..

i suppose to be busy. seperti orang lain. tapi tidak untuk minggu ini. sebab. minggu ini ialah minggu exam di SXC. exam cuma tiga hari, tapi hari keempat ialah hari mendiskusi jawapan exam..maka, tidak perlu merancang pembelajaran. cuma masuk kelas distribute exam papers and wait and kill time.hehehe..

justeru, banyak lah masa terbuang untuk facebook jugak.agagagagaga...

tatapi. sometimes i hate it when i have much time wandering.. banyak masa untuk fikir masalah dunia.. dan syaitan mulalah nak mencucuk-cucuk hati... dan perasaan, dan air mata tumpah, dan meroyan. Alhamdulillah, masih boleh sebut kalimah Allah. dan ia berhasil. cubalah. kalau mahu.

khuatir bila hati makin kotor, ucapan menjadi penghiris kalbu insan lain.

diam mungkin solusi terbaik. maka saya yakin, saya tidak mampu menjadi insan yang sama. kurang kekuatan menghalang diri dari berubah. buat masa ini mungkin. cuma menyesuaikan diri dengan budaya baru.

main lagu biar sampai bintang dari asmidar berulang ulang kali.

dan akhir-akhir ini mimpi agak aneh...

suami pula draf kapal.semoga hari hari beliau yang mendatang lebih menyenangkan beliau. jika beliau gembira, saya gembira. kerana saya hanya ada keluarga, dan beliau sahaja.

saya pegang Kalam Allah.

"inna ma'al 'usri yusro. fa inna ma'al 'usri yusro"

sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. dan sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.

Ya Allah ya Tuhanku, Kau ampunilah dosa ibu bapaku, dosa ibu bapa mertuaku, dosa adik beradikku, dosa suamiku, dosa ahli keluargaku, dosa guru-guruku, dosa kawan-kawanku dan dosaku. Kau tenangkanlah dan kuatkanlah hatiku yang berbolak balik dengan dugaanMu. Sesungguhnya aku berlindung di bawah kuasaMu yang satu. amin....

dan hari ini ialah hari result SPM. hari adik. hohoho.. semoga Allah berikan hanya yang terbaik untuk adik.. ;)

assalamualaikum..


Tuesday, March 20, 2012

al fatihah... but i really miss her...

bismillah... whenever i think of them.. i miss her...

bonda, i miss u...

what shud i do to be strong?? how long shud i wait to forget about all these things...

how long i shud lie myself that i dun feel it hurts...

i'm really not that strong..

i feel sad.. i feel ashamed, i feel scared..


Friday, March 16, 2012

Al-fatihah......






bismillah....

Allah, Kau ampunkan segala dosa bonda, dan tempatkanlah dia di syurga.amin...

04.30 p.m
07.03.12
assalamualaikum bonda. how r u today. hope u're happy, like me..kekeke.. sorry tak slalu msg bonda, tanya kaba, tapi org selalu ingat bonda.. bonda, 1st obsrvtion done. n for d 1st time in my life, someone said that my voice projection is good. haha..my students were sooo good today, but i dun like it. i like the real them. tp ok jugak for at least mr.kwan can hear my voice.hehehe...

message terakhir.
untuk insan yang saya sayang.

tp mungkin tak sempat dibaca. kerana saat itu, dia sedang bergelut dengan kesakitan. dan kematian.

terlalu banyak... terlalu banyak yang saya belajar dari bonda.. bonda bukan sekadar lecturer, tapi lebih kepada ibu..

6 tahun mengenali bonda, kami lalui bnyak benda bersama. dari sebesar-besar kegembiraan sehinggalah ke sebesar-besar ujian Allah.

hutang budi.. tak payah cakap. terlalu banyak.

bukan bonda sahaja.



mereka jua. kak wani, abang asraf, kak cik, nana kecik dan uncle mizi. kenangan manis dengan dorang, sangat banyak.

saya terkejut, terkilan, kerana tak pandai menzahirkan rasa menghargai. tapi jauh di sudut hati, saya sangat bersyukur mengenali bonda sekeluarga.

bila ada masalah, bondalah tempat bercerita. nasihat bonda buat saya jadi lebih positif.
bila senang, rumah bonda jadi tempat saya dan kawan-kawan lepak. sungguh saya tak rasa bonda seorang lecturer. bonda adalah seorang bonda.
bila bonda sakit, saya rasa tak senang.
bila saya kahwin, bonda dan uncle datang dari jauh.
bonda tetap positif, walaupun saya ignore segala gurauan bonda. "orang rumah abang". saya akan ingat sampai bila-bila. abang akan jumpa jodoh dia yang terbaik bonda...

saya hanya mampu sedekahkan surah fatihah untuk bonda. saya tukarkan kesedihan saya dengan doa untuk bonda. sebab bonda ajar saya jadi kuat.

saya sepatutnya boleh mengagak.

bila Allah ambil balik banyak rezeki satu persatu, saya patut bersedia.

banyak yang Allah ambil balik.. kepercayaan, rasa sayang, kegembiraan, persahabatan...

tapi. pasti ada hikmah. pasti.

satunya, Allah ambil orang yang dekat dengan kita sebagai peringatan, masa kita juga pasti akan tiba. gunalah nyawa yang ada untuk mengumpul bekalan ke sana...

semoga hubungan ini berkekalan sampai bila-bila...

dan sesungguhnya, orang yang sangat tidak pandai menzahirkan perasaan itu adalah saya.

kenangan terakhir bersama bonda...




Al Fatihah....... bonda Dr. Yasmin Osman....

Friday, February 24, 2012

bismillah..

astaghfirullahala'zim...

dengan ini, saya zuhairah dahria mohamed basri menarik balik segala kata2 saya di entry terdahulu. (2 org yg sy xkan maafkan)

tak tenang pun sy buat mcm tu... jenuh duk rasa bersalah pulak.

semoga Allah beri petunjuk kepada kita untuk melaluinya dengan cara yang betul.

insyaAllah.

ps: sy pun berharap Allah ampunkan dosa saya. dan tenangkan hati saya.


kepada mereka yang saya anggap kawan dan adik beradik.

hi.
busy sangat kut sampai tinggal rumah berhabuk.
rumah ni dan rumah betul.
baru 34 hari nikah, tapi hidup dah kelam kabut.
masih boleh kira berapa hari.. tunggu lah lagi tiga empat bulan, mesti dah tak terkira.
konon sebulan, dah reda sket perasaan busy kesan2 majlis yang memenatkan dan terus kena datang sekolah dan sambung dengan masalah lecturer salah paham dan microteaching yg macam kapal karam.
ok.
tup tup muncul masalah baru pulak.
buat hati rasa fedup.

fedup dengan perangai manusia yang aneh.

manusia.bukan haiwan peliharaan.

manusia. yang selama 6 tahun ni, namanya kawan.

kawan.
tapi spesis tak makan makanan. tapi makan kawan. makan sket-sket.

sakit hati ke klu baca ni?
tak fikir time korang duk santap kawan-kawan tu??
selama ni, korang kata lah kt sape pun. klu saya dengar, insyaAllah habis kt telinga kiri dan kanan ni je.
sebab ape?

sebab saya cool je. rasa diri ni kakak, xpayah ikut sangat adik-adik muda.

kalau saya yang salah, ingat saya ni musang ke boleh hidu bau teguran dari jauh??
nak jugak practise busukkan lagi hati tu, kata macam-macam kat belakang.

tak nak ada contact?
saya pun tak kisah.
ada contact buat ape tah dengan talam 14 muka.

kata lah. bahagian salah saya tu memang saya mintak maaf.
tapi kalau ade geng makan daging kawan baca ni, elok jugak lah bagitau kat kawan-kawan lain.

yang ikut mengata sebab memang dah ajar diri dr kecik lagi, saya maafkan. tapi untuk kesekian kalinya, berhenti lah ajar diri dengan benda-benda macam tu. tak elok pun. dosa yang kita x nampak pun mungkin dah cukup banyak, kurangkanlah dosa2 kering tu.

tapi dua orang ni:
1. yang mulakan benda tu dengan cara yang salah,
dan,
2. org yang buat fitnah yang saya kata baju pink xleh datang akad nikah.

2 orang ni, saya takkan maaf.

maaf saya akan sampai bila korang betul2 insaf dan stop makan daging kawan. time tu, tak datang mintak maaf pun takpe.

ayat ni: "nape besar sgt ke baju putih tu? x sah ke akad nikah klu tak pakai baju putih?"

ayat ni muncul lepas fitnah tu. just bayangkan lah

saya x bagi korang datang awal, sebab takut kena buat kerja. tak tolong pun takpe. datang lah bergembira.

tapi korang sampai malam dengan penat2, tak tahu menahu pun pasal keadaan kat rumah, pastu salah paham dengan saya, boleh pulak nak cakap kat belakang, tak proper lah, ape lah. saya dengar ke?

"beb, i rasa better u dtg sbb kitorg penat, tak proper lah kami yg kna g mintak kunci."
bukan ke bagus kalau kawan baik saya boleh cakap macam ni.

kalau korang nak tau, ada yang beria cakap nak tolong buat doorgift. mana? ada buat ke? saya bersyukur korang tak perlu buat. memang tak nak susahkan korang.

kecewa sangat dengan perangai kawan-kawan.

kalau ada yang tak kena, pakai lah bahasa yang elok, bagi tau lah. bila saya pernah serang orang sebab tegur saya?

tahniah lah. kawan baik saya pun korang boleh trap sekali.

tahniah.

tahniah jugak sebab buat saya tersepit. makan budi korang. selalu fikir yang elok2 untuk korang. doakan korang.

terima kasih atas semua layanan baik.

habis belajar ni, tak perlu contact pun tak pe. saya memang tak pernah ada geng pun dari dulu lagi.

tak payah lah tegur saya. hati tengah pedih lagi.

apa yg saya boleh buat??
saya tetap percaya doa akan sampai walau sejauh mana pun, walau untuk org yg dh mati.

mak ayah dan tok tanah liat, diea doakan mak ayah sihat, terus kuat, sebab mak ayah adlh yang paling cool.
mak abah dan tok selama, diea sangat selesa kenal korang, terima kasih bagi makan minum, diea doakan mak abah sentiasa murah rezeki.
mak abah taiping, sbnrnya diea belajar jd kakak yang cool dari ank mak ngan abah. diea doakan mak abah terus cool jugak.
mak ayah kuala nerang, terima kasih sbb tau mknn kegemaran diea. diea doakan mak ayah terus sihat, sbb dah bg kawan baik kt diea.

saya tak pernah rasa ada datuk dan nenek. tapi saya tumpang datuk dan nenek kawan2. sebab tu saya selalu doa yang baik untuk kawan2.

saya tak benci korang. tapi saya sangat kecewa dengan korang.

thanks kepada yang sudi datang dari jauh.

thanks tolong di hari perkahwinan. walau tgh panas.

yang selalu datang time cuti.

yang sudi jadi kawan baik.

yang sudi jadi adik.

yang sudi ajak balik.

Allah rahmati korang.

saya tak kuat untuk jumpa korang.

harap korang berubah.

terima kasih sebab jadi kawan.


Friday, January 13, 2012

Allah Allah Allah.

bismillah..

dah lama x update. kan?

sy sangat sangat sangat stress pada saat dan ketika ini. rasa macam (kalau boleh) nk duk dalam swimming pool, tutup mata, senyap, terapung.

Allah je yang tahu perasaan ni..

tertekannya....

baju bertandang x g amik lg kt tailor. ingat nak g lumut esok. pagi2 naik bas tgh hari sampai kononnya nk g umah tailor kt teluk intan. igt esok je yg ade utk curi g teluk intan, sbb abg azhar duty hari ni dan ahad. tup tup, die ade event pulak esok.so x boleh pergi. pastu, nak suh pakai baju kelas je ke g kenduri side laki nanti?? rasa nak menangis bila selalu kena susahkan orang. rasa lagi nak menangis bila satu-satunya orang patut jadi sandaran tak boleh ditumpang pulak.

rupa pun xtau lg mcm mana. mekap x jadi2. sakit jiwa. paling penting, macam mana nak balik pun tak tau. balik hari apa pun x pasti lg. gila.

satu persatu benda jadi tak kena.

tu belom masuk masalah kat rumah lagi.

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

8 hari lagi. 8 hari yang menyakitkan jiwa.

Allah, tlg kuatkan hati aku.amin.

p.s: tolong pergi jauh2 sket benda2 yang boleh buat ku emo.

dengan elaun tak masuk lagi.


Tuesday, November 29, 2011

hati tolong jangan susah.

bismillah....

we're now heading to december.. and 2012. wahhh!! tak lama lagi dah masuk final sem. yeah~!! belajar macam hape tapi tak pandai2 and dah nak habes belajar dan jadi cikgu. woah~

bila dah balik maktab, maka cuti pun dah ikut sekolah... cuti lebih kurang 2 bulan... sepatutnya digunakan untuk buat persiapan tettt.. tapi hape pun tak bergerak..

bila hati tak senang, rasa takde motivasi nak mengerjakan segala urusan menambahkan masalah hidup tu...

tapi kan... ade satu perasaan aneh yang membuatkan otak saya bekerja sket..

consider this..

ada satu ketika, bila ada masalah, saya rasa macam nak lari je dari masalah tu semua. and i did. i didn't put effort to think on how to solve it.

dan satu ketika yang lain, bila problems keep coming, dan rasa semak sangat otak dan hati, but i didn't escape. i face it.

ada ketika kita hanya mahu berseronok. tapi di ketika yang lain, kita mahu bertanggungjawab untuk setiap keseronokan itu...

i think that's my view about cinta dan tidak.

i neva thought this way before.

mungkin kalau ada yang mengenali, saya tak mudah menurut. selalu nak membangkang.

but not now.

i started to feel like listening more, adapting to his situation, making adjustment to my ambition and dreams..

supaya semuanya kena dengan hidup dia..

it makes me think...

mungkin...

orang yang betul diciptakan untuk kita, akan buat kita tidak menjadi diri kita sendiri, tapi berubah kepada yang baik sesuai dengan keadaannya. orang yang betul-betul diciptakan untuk kita, adalah someone yang mampu melakukan sesuatu yang orang lain tidak akan lakukan untuk kita.

dan someone itu adalah seseorang yang kita mampu terima kekurangannya, seadanya. walaupun. walaupun susah untuk dapat kesenangan dari dia.

paranoid kah saya?? or saya tengah pening memikirkan masalah beliau dan cuba untuk merasionalkan segalanya???

huuuu......

mungkin....

sebab terlalu banyak yang difikirkan...

susah bila kita ada our own dream wedding, tapi ianya berbeza dengan our mum's dream wedding.

segalanya menyemakkan fikiran... antaranya ialah perkara-perkara di bawah..

1.boleh tak kalau saya tak nak buat sword barrel?? sbb sy rs sword barrel adalah untuk pengantin perempuan yang kurus, cantik, bergaya dan sebagainya yang elok2 sahaja. sword barrel juga adalah mahal (buang $$$...) dan sword barrel adalah satu part yang gah dalam event.

2. bile saya dah buat kad kawen yang tak macam kad kawen dan mendapat kritikan kaw2 punye dari mama, maka saya telah menempah bala untuk segala yang menyusul di kemudian hari. no more "i have my own preference whatsoever". sigh~

but still.. what's wrong with plain songket?? is it a must to be in that bling bling dress for us to be called a bride?? ape masalahnya bile saya nak yang kosong?? wajibkah jadi yang berkilat-kilat kalau kita adalah pengantin??? tak sukaaaaaaaaaaaaaa!!!!!

3. kat sini, mak. kat sana, bakal suami. kat sini susah hati nak lepaskan anak die. tapi kat sana diam tengah fikir nak amik anak kat sini...

anak kat sini risaukan kat sana sakit kepala... tapi dah tak mampu nak buat ape...

anak kat sini patut pujuk untuk tangguhkan majlis ni dulu...

nape nak berkeras jugak untuk susah...

padehal...

anak kat sini.. masak tak pandai. kemas umah, slow. cantik pun tak.

hmmmmm... susahnya hati...

4. rasa aneh sangat-sangat untuk tukar status... risau x boleh jadi yang terbaik yang dia nak. risau jadi punca dosa yang dia tanggung.. risau tak boleh jadi pembantu bila diperlukan.. risau macam-macam benda.. risau takut susahkan hidup dia...


tapi satu yang saya pasti saya telah selesaikan...

baju dayang semua dah beli. tu je.


hmmmm

Allah akan bagi kesusahan yang kita mampu tanggung kan??? semua ketidaksenangan hati ni akan berakhir kan??

hmmmmmmmmm.....

jumpa lagi di hari yang lebih ceria....

assalamualaikum.


Monday, November 21, 2011

sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead....

....

i heard that you're settled down
that u found a girl and you're married now
i heard that your dreams come true
guess she gave you things i didn't give you

never mind i'll find someone like you
i wish nothing but the best for you too
don't forget me, i begged, i remember you said
sometimes it lasts in love
but sometimes it hurts instead

....





Tuesday, November 15, 2011

you are the best thing that's ever been mine~ ;)


bismillah...

dengan nama Allah aku berlindung dari syaitan yang direjam. amin.

hmmm.. dh lamer giler x hupdate ye... skrg baru ade masa dan laptop untuk online...eh, selama ni xde laptop ke??

tak ah.. ade je.. laptop yang saya sayang sangat-sangat tu.. tapi.. boleh on, bukak ape yang ade dalam tu je.. cucuk pendrive dah x mau detect. cucuk berukben pun tamau detect jugak. keyboard memang dh hampir setahun xleh guna, cucuk external keyboard pun dah x detect. kesimpulannya, tunggu jadi Allahyarham je.

sedih giler. ntahla, laptop tu adalah sejenis kenangan. kenangan tu pula dah lama duk berlalu hilang satu persatu.

memang dah tak ade perasaan. tapi kadang-kadang teringat. kalau hidup elok xde masalah, dapat kerja bagus, dapat hidup baik-baik, alhamdulillah... saya pun sedap hati nak teruskan semua ni...

so, exam dah habis. yay! dah boleh kawen!! haha..

hmm... risau pasal banyak benda...

checklist macam takde perubahan... banyak lagi benda tak settle.. sebelum ni rasa macam lambat lagi.. tiba-tiba dah hujung november, means lagi dua bulan!

sedih bila tak boleh buat keputusan bila perlu buat keputusan..

sedih bila patutnya pergi sama-sama, pilih sama-sama, bincang sama-sama, tapi tak boleh buat macam tu...

saya memang kahwin sorang-sorang...

takpelah, at least boleh belajar sendiri. buat diri sendiri jadi bahan eksperimen. risau kad sangat tak cantik, risau kad tu nampak pelik.. risau mama marah.. (walaupun dah biasa sangat kena marah...hmmmm..)

baju pun belom siap.. barang-barang hantaran satu habuk pun tak beli lagi.. dah la kena beli untuk dua-dua belah, dengan mak ayah punya part, 20 benda nak kena beli, pastu nak kena fikir nak hias bagai pulak... oho...

dan untuk pertama kalinya, bakal pengantin sendiri yang kena escort datin hantar kad kahwin. ade sebulan je nak buat semua tu, nak kena fikir demam seminggu lagi.. memang bersedia sangat nak hangus.

ulang alik gi teluk intan, lumut, dah macam driver bas. kena fikir banyak benda... kita, dia, mak ayah, mereka, semua.

tapi... takde pulak rasa susah.. tertekan kadang-kadang je kut.. selebihnya ikut flow jek...

progress contest.. memang kitorang bersungguh sangat nak menang.. but then, rezeki tu macam bukan kami yang punya jek....kesian abang azhar, tak pernah die bersungguh macam tu.. tersentuh lak hati tengok die berusaha macam tu sekali.. takpelah.. duit boleh dicari kan??

oh, ade sesuatu yang menggangu kehidupan. ade dua gigi kecik yang cuba nak tumbuh. oho.. satu dah agak besar, satu lagi baru naik.. kena fikir untuk buang kut.. sebab die macam menggigit pipi...:( tapi the good thing is tak rasa sakit... tolong jangan. at least sampai bulan 2.

dan lepas ni.. makin banyak perubahan hidup yang perlu dibuat.. balik kampung dah kena fikir lebih.. beli kereta macam tak kut.. sebab abang azhar kena tanggung rumah. hmm.. part rumah ni pun satu hal jugak.. semua orang duk tanya kenapa dah beli rumah sedangkan saya tak kerja lagi.. kereta macam lagi penting, dan keadaan kewangan memang tak cerah sangat untuk bela rumah..

tapi.. abang azhar dah ready dengan semua alasan-alasan beliau, yang berjaya jugak menghasut fikiran saya untuk ikut je... mula-mula memang tak senang.. kalau saya dah kerja takpelah.

tapi.. tapi die tetap bertegas yang dia memang akan fikirkan pasal duit tu kemudian sebab...

sebab nombor rumah tu ialah 48.

rasa nak menangis. orang yang selalu tak tunjuk apa yang dia rasa, bila tiba-tiba berkeras untuk sesuatu, memang mudah nak nampak kesungguhan tu..

Allah tak buat die nampak sweet sepanjang masa. tapi Allah buat saya berfikir. hadiah yang jarang kita dapat lebih manis daripada layanan baik setiap hari. tapi kalau dapat dua-dua lagi best kan?? hehe

takpe-takpe.. tak dapat dua-dua sekali pun takpe...semoga beliau adalah anak yang baik, suami yang soleh dan ayah yang bertanggungjawab dalam hidup ni..

so, this journal's getting bored... dah patut stop.

doakan kami, doakan segalanya baik-baik sahaja..

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

p.s: nak bagi hadiah untuk abang azhar. tapi tak tahu nak bagi ape.. hmmmm...nak bagi ape yek???




Monday, October 3, 2011

october 2nd.2011

5.30 pm.

Ya Allah.. kalau ini ujian untuk menghapus dosa, aku terima. ampunkan dosaku.

kalau ini ujian sebagai pengingat di masa lalai, aku terima. tunjukkanlah aku jalan yang kau redhai.

tenangkanlah hatiku. moga apa yang terjadi hari ini menjadi pengajaran seumur hidup. amin...

alhamdulillah.. masih diberi nyawa untuk menghadapi hidup.