sape nak itut angkat kaki~ ;P

Thursday, July 29, 2010

kamu tak bersalah, tapi saya yg xleh terima..

assalamualaikum..

thot i think overmuch bout him..

that now i cant eat very well..

dun even feel hungry..

so frustrated that my family name is being used by people who doesn't deserve to use it

how i feel phobia with d name..

now i know

how reflective i am...

dun even haf d courage to fight fer my right..

stop using dat name please.....

Monday, July 26, 2010

memandang hidup sebagai satu petunjuk

assalamualaikum...

wello~!! hihi... rase macam nak cakap sumthing yg sepatutnye aku ckp direct kepada seseorang itu..tapi macam xde kekuatan nak membebel kat die. so many things to think about him..n it.

hidup memang x selalunye indah. in fact, hidup ni penuh dengan masalah. yang indahnya hanya bila masalah-masalah tu semua selesai. maknanya, dalam hidup kita ni, masalah tu lagi banyak daripada yang indah. tapi tu semua bergantung pada penerimaan kita. kalau kita fikirkan masalah tu sebagai masalah yang menyusahkan, susahlah kita. tapi kalau kita pandang masalah tu sebagai petunjuk atau cabaran dalam hidup kita, insyaAllah masalah tu akan tumpang lalu je dalam hidup kita.

seringkali kita perlu membuat keputusan dalam hidup. atas rasa hormat pada harga diri, bertanggungjawablah pada keputusan itu. kalau keputusan itu memberi jalan selesa kepada kita, bersyukurlah pada Allah.. tetapi, kalau keputusan itu membawa kepada duka, positif lah, kita yang membuat keputusan itu sendiri, kita harus sedar risiko dan akibatnya.

tetapi kadangkala, ada keputusan dalam hidup kita dibuat oleh orang lain. seperti contoh, pilihan ke universiti atau ke maktab, ibu yang membuat keputusan untuk aku. bukan dia tak tahu yang aku tak pernah minat untuk jadi guru..tapi apa yang aku fikirkan ialah restu dan pilihan ibu itu lagi penting daripada kehendak aku, sepertimana pentingnya redha Allah dalam hidup kita.. maka dari situ, aku mula melihat keputusan hidup yang terjadi dalam hidup aku sebagai satu petunjuk aku meneruskan langkah. semua yang terjadi di dalam hidup aku fikirkan tentang petunjuk itu..tentang semua.

aku memilih maktab. perjalanan belajar yang panjang. manusia yang aku jumpa di dalam perjalanan ini mengajar aku menjadi berani.

ditinggalkan kekasih. hidup perlu realistic. Allah tak makbulkan doa ke arah maksiat. boyfriend bukan hak milik mutlak kita. dan die juga ada perasaan yang kita tak boleh nak kawal. kenapa nak menyusahkan orang lain dengan perasaan kita?? nak pulak kalau dia kembali atas rasa kasihan. untuk apa?? untuk ditinggalkan untuk kali kedua?? Allah dah sediakan kita dengan jodoh yang melengkapkan diri kita, hati kita. yakinlah dengan janji Allah.

ujian kesusahan dalam hidup. tak semua orang boleh merasa susahnya hidup. sangat bertuah yang berjaya melepasi kesusahan itu. kenapa nak mengeluh? sedangkan ada manusia yang lagi teruk diuji Tuhan. jangan sesekali mengeji dan menghina orang yang susah. kamu yang senang juga sedang diuji. boleh jadi jugak kamu disenangkan Tuhan kerana kamu tak sekuat orang yang susah.

hidup berjauhan daripada boyfriend. mengajar aku erti rindu. buat aku berfikir tentang dosa dan pahala. hubungan itu tidak halal. maafkanku jika aku slalu berkasar. kerana kejauhan kita banyak membuatkan aku sedar tentang hakikat hubungan kita yang penuh dosa. kita akan lalai jika kita dekat. kita akan mengumpul banyak dosa jika kamu tidak se-busy skrg. ketentuan Tuhan adalah segalanya yang terbaik untuk kita. aku sedar itu dan moga kamu juga tahu. terima kasih kerana mengajar saya menjadi dewasa dengan kejauhan kita selama ini. ;)

apa saja yang kita lakukan, fikirlah kesannya kepada orang lain. kalau ada kejahatan yang singgah dalam hidup kita, muhasabahlah diri. mungkin ade kesilapan tanpa sedar yang telah kita lakukan kepada orang lain.

tu aje.


daaaaaaaaaaaaaaa

with love
t.i.c.k.d.i.e.a

Friday, July 23, 2010

susahkan jadi perempuan??


.
.
.
.
.
asal ade duit je, nk shopping

asal tengok barang cantik je, nak beli

asal ade org mntk sedekah je, kesian

asal ade org promote pape je, tergoda

asal nama perempuan je, mesti nak macam2 kan???

hmmm.. kenapelah hati perempuan ni lembut sangat ekh??
.
.
.
.


cakap kosong

kenapalah aku suka sangat berfikir?? n last skali buat aku sakit je...

penat la kalau nak kna fikir, hari ni nak ubah mindset macam mana nk bg sesuai ngan apa yg die buat hari ni.. besok nak kna fikir mindset lain plak. lusa, tulat, tunggeng pn sama..

derh.. kalau macam ni, aku makan selori daun pegaga sehari pn belom tentu boleh jadi awet muda tau x???

Tuesday, July 20, 2010

oh kamu yang cantik



assalamualaikum...

korang pernah x dengar pasal jus pegaga?? ulam pegaga?? mesti pernah kan... ulam pegaga or daun pegaga selalunye kita boleh jumpa kt kedai-kedai makan yang menyediakan masakan kampung..

daun pegaga ni banyak khasiatnye tau.. klu kita tanye mak2 or nenek2, selalunya dorang akan ckp mkn ulam2 (termasuk pegaga) ni bagus.. boleh buat badan kita sihat..bila dh sihat tu susahlah nak dapat penyakit..pastu bila dh susah sakit tu senanglah kita nak buat kerja.. masa aku sekolah dulu, jawapan ni aku rasa dh paling bagus la.kiranya boleh dapat markah penuh r... tp bila aku start buat resarch pasal daun pegaga ni...specifically khasiat dia.. aku rasa skema jawapan org2 tua ni patut diubah sket la... oke, sebelum aku bercakap banyak pasal khasiat pegaga secara saintifiknya, meh nak citer asal usul research aku nih dulu..

alkisah, adalah sorang member aku ni... die ni dh nk jadi bini org.. so dalam persediaan die utk bergelar isteri org tu.. die mengamalkan minum air pegaga... masa mula2 die duk minum dulu, semua org buat dek je.. mungkin lah ade org xbuat dek sgt tp aku xtau kan.. tapi lama kelamaan, kitorang perasan 1 perubahan kat muka die nih.. kulit muka die nampak cerah, lepas tu cam gebu sket bak kata mardidi.. so since then lah baru semua org pn mula lah merisik khabar amalan minum air pegaga minah nih...

berbalik kpd cerita aku plak.... kalau kawan2 yang selalu tengok aku makan, dorang dah kenal aku ni cane. penggemar sayur-sayuran tahap taleh blah.. klu time makan, aku dh x nampak dah lauk lain..memang pinggan nasik aku akan dipenuhi dengan sayur je.. ulam2 tu mmg lauk wajib r.sampai ade sorang hamba Allah ni panggil aku kambing. fine lah, kambing pn kambing r.. tapi, berdasarkan pengalaman lalu, bila aku makan ulam pegaga, aku mengalami penyakit ke toilet atau nama lain die cirit birit. lebih kurang 3 kali aku try makan, dan 3 kali lah jugak aku kena cirit birit.. so lepas tu aku dah tak pernah makan dah daun pegaga.

tu kisah 3 4 tahun lepas. setelah 4 tahun aku stop makan daun pegaga tu, aku dah mula berminat nk try balik ulam ni..mane lah tahu dah xde penyakit g toilet tu kan...nak pulak boleh buat muka aku gebu cam member aku tu kan, lagi lah tergedik2 aku nak try... lgpun 2 3 hari ni, aku n few frens ada jugak sembang sal jus pegaga tu.. dan perbincangan kitorang tu lebih kpd mana nk dapat benda tu sbb khasiatnye kitorang refer muka member kitorang tu je.haha

so aku pn start la buat kajian sal pegaga nih.... basically, khasiat daun pegaga bukanlah tertumpu pada bidang kecantikan pn.. tapi die punye mineral dalam daun tu boleh membantu ke arah untuk improve kecantikan..



Pegaga atau nama saintifiknya, Centella asiatica berasal dari kawasan Asia iaitu India, Sri Lanka dan Madagascar dan juga Afrika Timur.

''Amalan memakan daun pegaga boleh mengekalkan awet muda dan masalah kegemukan," ujarnya tersenyum.

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2009/01/khasiat-daun-pegaga.html#ixzz0uClpgLxk

kalau hasil bacaan dari HPA, pegaga ni boleh menjadi penawar batuk buasir demam kelesuan dan jugak batu karang.. dimana dia melancarkan sistem pembuangan kita dan meningkatkan tahap kesihatan badan kita..(mungkin jugak sbb ni lah aku mendapat penyakit tu...hoho) klik sini utk cari info dan barangan HPA

Baru-baru ini WHO telah mengumumkan bahawa pegaga terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak. (sumber dari http://www.kedaisiber.com/diari/2008/03/29/khasiat-pegaga/)


PEGAGA

Keseluruhan bahagian pegaga (daun, batang, bunga, buah dan akar) banyak kegunaannya dan mengandungi khasiat yang tinggi. Jika terlalu banyak dimakan pegaga boleh menyebabkan penyakit neurotisme. Pada zaman dahulu pegaga digunakan sebagai racun sumpitan untuk memburu binatang. Masyarakat Melayu khususnya amat yakin pegaga berkhasiat untuk memanjangkan umur dan awet muda. Berdasarkan kajian untuk mendapatkan kesan yang positif pagaga boleh dimakan dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Jika pengambilan berlebihan, pegaga akan menyebabkan kesan narkotik dan keracunan kumulatif yang meransang tumor untuk jangka masa yang panjang. Pagaga mengandungi sebatian kimia dan bioaktiviti yang terbukti mengandungi antibakteria, antispasma, antiinflamasi, hipotensif dan insektisid. Dalam bidang perubatan tradisi, pegaga digunakan sebagai agen analergi, antikanser, antidiarea, anti disenteri, peransang pembuangan urin, hipotensif, stimulan, tonik, menyejukkan badan, membuang batu karang, penawar kencing berdarah, kusta, gonorea, luka, kudis dan sakit kerongkong.

sumber dari http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/juliana.html

so, untuk korang yang mahu cuba amalkan minum air pegaga or makan ulam pegaga, bolehlah buat kajian macam yang aku buat ni demi kepuasan hati masing2...

rumusan yang boleh aku buat berdasarkan research ni.. ulam pegaga dan air pegaga adalah sangat baik untuk kesihatan kita dan mungkin jugak untuk kecantikan kerana mineral2 dan khasiat2 yang ada dalam daun pegaga tu.. tetapi, kalau diambil secara berlebihan atau dijadikan makanan ruji, dikhuatiri boleh menjadi racun dalam badan kita..

nak info lebih, silalah tanye incik google yer..

by then, chow~!! ;P

with love
t.i.c.k.d.i.e.a


Saturday, July 17, 2010

Tuhan permudahkanlah hidup dia....


betapa tak prihatinnye saya...
betapa tak caringnya saya..
betapa selfishnya saya...




saya minta maaf.....




saya dah nanges nanges nanges sampai penat...sampai sekarang....

can't stop~!! help me~!! ;P



HELP~!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

oho..assalamualaikum..
Justify Full

hari ni hari sabtu. hari ko-k di UUM. macam sengal kan?? hari sabtu pn nk kna g kelas.. kelas yg x payah blaja ape2.. fortunately dapat cikgu hamdan yg sempoi tu.. boleh sembang sambil buat hal sendiri..haha..x macam kelas pun.. tapi still kena pki baju ko-k yg warna putih tu.. tp hari ni masa cam laju sket bergerak sebab kitorg dpt vest khidmat masyarakat..warna coklat..quite nice la.. saiz pn oke..

in d afternun plak, ikut mira g changlun.. banyak barang yg nak kna beli sebenarnye..almaklumlah..aku ni sangat la berbaik hati memberi sedekah barang2 aku kt pencopet...tak mau banyak pulak kan kamu curi...hmmm.. xpela.. dh rezeki kamu...

tapi, bile sampai je kt depan C-Mart (shopping complex yg paling terkenal la kt changlun..erk..haha).....


homaigod~!! aigoo aigooo~!!!

ade ekspo la~!!! maka mata aku pn tetibe terbling2 kejap... tapi sungguh, dlm hati aku dah bising.. lau x terbang barang 50 hengget xnama zuhairah dahria lah aku hari ni.

kenapa weyh..kenape aku xboley stop shopping?? walaupun aku dh janji xnk beli ape2 dh sem ni... adakah aku termasuk dalam golongan org munafik?? o men...

dan benda pertama yg mata aku tangkap is xlain n x bukan. .. shawl. ramai org tahu bahawa aku adalah tokey tudung bawal. tp selama aku jd tokey tudung bawal, x pernah plak aku giler beli tudung setiap kali keluar tudung ngan pesen batu baru.. xde pun. tapi klu shawl. oke. bnyk sgt kut syaiton dalam kepale.

dalam masa yg sangat singkat td ngan nak beli pelbagai barang kununnye tu... aku rembat jugak 2 lai shawl ni.. sbb cantik kut..

asek pink.


dan dgn rasminye kehadiran 2 lai shawl ini telah menggenapkan koleksi shawl aku ke angka 30 helai. whoaa~!! eh, ke lebih?? haha..

ni koleksi b4 blk cuti sem lps lps... masuk sem baru, tambah lg 7 lai.hehehehe
tapi aku still xdapat shawl polka dot cotton macam nanan.ish, jeles.

shud i buy a shawl organizer?? hmmm...

huh, mcm boleh bukak kedai plak... tp yg bestnye hampir semua shawl ni aku beli ngn harga kurang drpd rm8 termasuklah 2 yg terbaru tuh..hihihi... beli murah tapi klu x reti nk stop buying, abes jugak duit nnt kan kan kan?? insaf lah wahai zuhairah dahria...

itu sahaja untuk hari ini. mlm ni nk mkn soto koteow lg.hee ;)

with luv
t.i.c.k.d.i.e.a

p/s: zahirah dahria, sila jeles.
p/s: shud i sell shawls too?? hmmm....




Friday, July 16, 2010

bertukar~!!!







taraaaaaaa~!!!!


cukup dewasa tak?? mwehehehe..macam tak jer..ah lantaklah. janji dh tukar.

;)








.
.
.
.
.
..
...
.....

saya nak tukar belog kanak2 ribena ini menjadi belog orang dewasa ribena, bolehkah???

;)

.....
...
..
.
.
.
.

Tuesday, July 13, 2010

.
.
.
.
.
.
.
.
tak hidup dek puji
tak mati dek keji
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






~takde mood sesangat~

Sunday, July 11, 2010

nanges nanges nanges tido


assalamualaikum..

oke hari ni 1st day klas..tp xde klas. xde klas tu best sebenarnya.. tapi bukan untuk hari ni.. sebab aku betul2 berharap aku leh tau cane gaya klas inovation tuh alsebab aku terpk utk drop n add subjek parenting dsebabkan subject CM yg kununnye dh full... tp sebab klas tu cancel, so aku xde reference utk aku make decision, to stay or change subject. pastu plak, lecturer CM plak kata yg die open je klas tu utk semua TEYL students, dan d lecturer adalah agak best. oho...

so dgn ketiadaan klas tu, aku pun blk lah bilik, kununnye utk mengemas bilik lah..dari smlm aku dh start angkut brg dr stor, dan kununnye jugak semua barang dh diambil termasuk 2 lai seluar aku yg duk bersidai ats kerusi lam stor dlm keadaan berhabuk (n aku btl2 wonder mcm mane seluar2 tu boleh ade kt luar beg, bkn dlm beg). tapi bila aku unpack semua brg td..ak dh rasa macam banyak je benda yg xde. memang sungguh. stok shower foam aku xde. brown skinny jeans aku xde. bekas tmpat isi kain baju kotor aku pun xde. dan aku xtau ape lagi barang2 lain yang hilang.. demit..aku mmg rs down, so badly oke. dh la cermin besar aku mak cik cleaner dh sapu.. naseb baik perahu reebok yg wak bg still ade.. lau yg tu pn xde.. mmg aku bertukar jd monster r..

then, bila turun mkn, nurah plak gitau yg beskal yg kitorang beli dengan harga RM180 (abe yoe sponsor)+rm30 utk brek baru tu xde kat tempat yg kitorang letak pada sem lps.. n kitorang baru teringat yg kitorang lupa utk alih beskal2 tu ke tempat parking motor.. o man.. adakah aku sangat malang hari ni o wut....?? aku sayang kut beskal tuh... :'(

sangat rasa mau nanges..

org yg nak pegi sabah pn x msg pn lam 2 hari ni.. belom pergi dah kna tinggal.. klu dh pergi xtau la..

k la, nk nanges dan tido.

makin kurang kasih sayang..
t.i.c.k.d.i.e.a


p/s: Ya Allah, berilah aku petunjukMu untuk aku tabah..makin tabah..dan makin tabah...amiin..

kenapakah???

assalamualaikum...

waduh3.. penatnye nek bas siang dari jerteh ke uum... rasenye perasaan oke-nak muntah-oke-nak muntah ade la dalam sploh kali bersilih ganti time aku duk lam bas tu... tapi kenapa yg pertama, kenapalah aku tegar sangat mau update belog nih sedangkan aku sangat lah mengantuk pada saat dan ketika ini...??huhu...

subject matter pertama since aku bertapa kt bilik nurah td..was kawen. cik tun ataupun skrg dh tukar jd puan tun, dh kawen. maisarah mansor matarudi pn br bertunang n bkl kawe. cik chupp tgh buat persiapan kawen. tiqah mekap pn dh start memujuk ayah die utk bg die green light utk kawen. oke.semuanya adalah tentang kawen. so, kenapakah semua org sudah sibuk mau kawen~!!!!?????

kita dah besar ke weyh~?? kita dh kna kawen ke~???

kalau xnak kawen lagi boleh tak???

nk tunggu prince charming turun dr langit~! aha..

personally, aku rasa xperlu lagi la kut kawen lam ms terdekat ni... nampak mcm lebih kpd kehendak, bukan keperluan.. dh la semua bnda kawen mawen tu duiiittt jek..uish.. xkut ngah xde2 duit nih... tp xtau la org lain pk ape kn.. up to u la guys.. korang pk la ape yg terbaik untuk hidup korang k.. sbb bagi aku, untuk kawen lam ms terdekat ni, mcm lebih kpd menambah problem je..kenapakah??? oh, ini aku ada jwpn..sbbnye..

1. aku tak bersedia lg utk kawen.
2. aku tak pandai masak.
3. aku tak pandai mengemas umah.
4. aku tak bersedia lg utk pk perlindungan yg mcm mana yg patut aku guna utk elakkan diri dr pregnant, sbb klu aku prgnnt b4 abes blaja, aku kna sack n kna byr blk scholar yg beratus riban tuh...
5. aku tak bersedia lg utk pk sal hidup aku independantly.
6. aku still nanges2 tak tentu pasal n hemo2 kt boyfren bagai org sawan.bukan ciri2 isteri yg cemerlang kan??? *tp at least ak x pernah tengking or maki hamun die tau..slalu marah bnda lain, saje buat die jd kaunter lps geram..hehe
7. klu kawen pn aku ttp jd penghuni tetap kolej YAB uum.
8. xde lg org yg kata nk masuk meminang ak lam ms terdekat nih..


so xkan kawenlah aku lam ms terdekat nih. aku rasa aku baby lagi.haha.sewel kan??ah, sukalah hati~!!

nak tido dah. sape2 nak kawen tu, jemput lah aku ye~!! ;)

kurang kaseh sayang
t.i.c.k.d.i.e.a

p/s: kawen bwh pedang tu best kan??? wink2*~ gatal ;P

Friday, July 9, 2010

no more weird titles~back to normal, aha ;)



assalamualaikum..

oh Gosh, tonite's gonna b d last nite b4 i'm going back to uum in d peaceful hutan of sintok.oho..

it's gud to b home u know (despite of d almost-everytime stress time dat i've been thru since d 1st day i was home, huh)

but still, it's gud to b home when u can sleep on a big bed, looking at the fan not the rumet's bed instead, wake up at anytime u wish (but still haf 2 b ready utk kna marah ngn mama,haha), eat anything in the kitchen without very much worrying bout paying d fud cuz it's free la katakan.. n olso books and tests free~!!! yg tu paling best~!!

but then, when people r going back to work, n school, one by one, life turned to b kinda hell.. i've to do soooooo many things dat i'm very liat utk buat.. u know.. vakum lantai almost everyday..jemur kain yg banyak setiap hari wpun penghuni umah ade 4 org sahaja, i really wonder y.. n go out meeting the very hot sunlight utk selesaikan keje2 org lain (demn, it makes me tanned, oho, no, it's dark actually) n at the same time haf 2 berebut kereta ngan papa, oh pelis lah kereta baru turun dr langit untuk kami.. but thanks God adik's home. at least i still haf sumone to suruh2 utk buat ape2..hehe..n thanks God again my adik is very d good boy, aha..(smayang 5 waktu kt masjid, slalu mengulang hafal Quran n bla bla bla..oke adik, give me 10 bucks fer praising u ;P)

mama asked me like fer 104 times untuk kemaskan umah..kemaskan tupperware, kemaskan mangkuk2 kaca..but honestly mum, i cant do it when u keep giving me other 5 arahans at the same time..how come?? fortunately i got time today untuk cuci dapur, vakum n mop lantai tingkat bawah. huh, ade lah jugak yg beres kn...bersih lah sket lantai umah sementara menunggu kepulanganku untuk kali yg seterusnye 2 do d same cleaning.haih.rasa macam anak sulung kpd 18 org adik plak.

huh, cant wait to b back at uum. meet my bestie n rumets..hohoho.. tp kna nek bas di siang hari is not a good idea tho~really makes me feel dizzzzzzy...

oke lah. got to go. still not packing anything.

dadiduuuuuuuu


with luv
t.i.c.k.d.i.e.a


p/s: can i haf a room like dis?? at least b4 i get married..?? :'(

Tuesday, July 6, 2010

mengapa dibenci...

assalamualaikum...

apa khabar?? (oke tukar mode sebagai penceramah bebas jap..ehehehe)

hari ni..rasa macam nak berkata2 tentang sesuatu yang mungkin ada kaitannya dengan kamu, dia, mereka dan mungkin kita juga... tentang cinta, cinta tiga penjuru dan cinta sang pencinta terhebat.

kita mulakan dengan cerita cinta. cinta. siapa tak kenal cinta?? orang yang tak bercinta juga tahu apa itu cinta. dan mungkin mereka sebenarnya lebih memahami erti cinta sebenar daripada orang yang dikatakan mabuk dalam cinta sejati. bila sepasang manusia, lelaki dan perempuan mula menyukai satu sama lain, maka yg dikatakan cinta itu wujud. cinta itu berkembang atas dasar dua insan ini selalu bertemu, berpegangan tangan, bersembang cinta dan ada juga yang ber'ringan-ringan'an.

tetapi, lama-kelamaan, bila cinta yang dibina dan berkembang atas desakan nafsu semata itu menganjak ke tahun kedua, ketiga dan seterusnya, maka satu perasaan normal akan timbul dari hati sang pencinta iaitu perasaan bosan. bosan bertemu, bosan berpegangan tangan, dan bosan bersembang bagai udah berumah tangga. maka dari sini, perasaan cinta mula menunjukkan signal, mahu menukar laluan.

maka dari cinta pertama, sang pencinta yang sudah tak setia mula membuat onar, mencari cinta baru, yang lebih segar dan menyegarkan. cinta pertama yang berhabuk dek dosa ditinggalkan tanpa pampasan..hanya isyarat tiada lagi cinta yang bertandang.. kasihan sang pencinta nestapa..

dari cinta pertama, beralih kepada cinta kedua, yang menghasilkan penjuru ketiga dalam cinta. segala keburukan sang pencinta nestapa sudah lali di telinga sang pencinta baru lagi "sempurna". sang pencinta masih sama, membina cinta bersama cinta baru berasaskan kembangnya hati. bila hati kembang, cinta barulah segalanya, bila hati layu, cinta baru yang dipersalahkan.

bila cinta kedua juga hilang.. muncullah sang pencinta terhebat menyelamatkan keadaan. dan sang pasangan cinta meneruskan cinta untuk kesekian kalinya dengan modal yang sama.. bahagia bila hati berbunga dek baja dosa...

dan sehingga suatu ketika, sang pencinta mula terlihat..yang cinta selama ini bukanlah cinta yang sebenar..bagaimana mungkin ada cinta yang bertukar2 ganti yang akhirnya cinta itu menjadi benci?? kebencian yang tak mungkin termaafkan...

(oke, tukar mode pengkritik af)

korg paham tak cite kt ats tu??

dalam bahasa senangnye..dari orang yg bukan bergelar ustazah cam aku ni...

korang bercinta lah macam org dah kawen, lepas tu bila korang kawen nanti, laki korang kna outstation, korg mula dibayangi dosa lalu, klu ngn korang boleh mengarut2 wat maksiat, mestilah die pn tak malu nak buat macam tu ngan perempuan lain.. tu kalau korg kawen ngn boyfren or gefren korg.. klu tak kawen ngn dorg?? tak rasa bersalah ke kt laki or bini korg time tu?? tak kurang jugak, korg akan fikir, adakah dulu die buat bnda yang sama yang mcm korg buat dengan bf n gf korang dulu...


klu lah kita boleh google semua kisah cinta kt dunia nih, korg akn jumpa berjuta2 lemon kisah cinta yg macam kat ats tu... dan korang kununnya akan geleng2 kepala...takpun korg akan sumpah seranah sang curang tu.. tapi basically..semua pun memainkan peranan penting untuk bnda jadi macam tu..

maybe jugak dalam certain kes, ade yg tak bersalah, contohnye

A dan B bercinta. A demand mcm2 yg bukan2 dan B pertahankan maruah dia sampai A curang. dan B x pernah berdendam dengan pengganti dia.

AKU SANGAT TABIK KEPADA B.
BIARKAN A PERGI SEBAB A TU TAK CERDIK.

oke, mungkin jugak dalam kes sang pencinta terhebat, segalanya dituruti atas dasar cinta yang amat sangat. terlalu menguasai hingga pasangan tak boleh bergerak.segala disekat hingga pasangan hilang kawan.

AKU TAK RESPECT LANGSUNG LAH KAT ORANG MACAM NI. BE REALISTIC OKE. KITA MERANCANG, TAPI ALLAH MAHA MERANCANG. SELAGI TAK DIIJABKABUL, DIA MILIK MAK AYAH DIA. JANGAN PERASAN DIA MILIK KAMU OKE. DIA JUGA ADA LIFE. YANG KAMU DUK SEKAT2 KAWAN DIA TU KENAPA?? TAK PERCAYA KAT DIA?? ABES TU KENAPA NAK BERCINTA DENGAN DIA??

untuk kamu yang terlalu menguasai..

sangat biasa kita jumpa manusia begini>> bila dilarang, makin die nak buat,bila disuruh, xmahu pulak die buat.

perkara biase terjadi ni mmg kita boleh praktikkan dalam bercinta.

kamu mengamuk, kamu halang die dr berkawan dengan org yg tak pernah pn berniat jahat ngan kamu, satu hari nanti, kamu akan lihat die sayang orang itu. tapi klu kamu biarkan die hidup, atas dasar percaya dan redha atas segala urusan Tuhan, kamu akan rasa diri kamu bertuah, disayangi malah dipercayai kerana kamu terlebih dahulu mempercayai dia.

dan kamu yang memiliki pasangan yg sangat possessive, fahamilah jiwanya. dia terlalu sayang pada kamu. sayangilah dia juga.

tetapi, kalau setakat bercinta bagai nak rak tanpa tujuan dan perancangan untuk kawen tu, wa xnak ckp banyak lah. sila baca buku aku terima nikahnya by ustaz hasrizal abdul jamil. kalau korang xde rasa bersalah, or berdosa kt Tuhan, sumpah korang memang sewel. silalah teruskan cara korang bercinta sampai korang kna cekup.

akhir kata, sorry ye klu bahasa ni kasar sangat..tapi standard lah, ceramah agama yg baik2, yg sopan2, hanya org yg baik2 dan sopan2 je yg dgr.kan?? fikir2kan, dan selamat bermuhasabah diri...

astaghfirullahal azim...astaghfirullahal azim..astaghfirullahal azim.. (yes, korang dah tambah pahala bila baca nih..baca lg banyak2 yer~!!! ;)

with love
t.i.c.k.d.i.e.a

p/s: bercintalah dengan akal yang sihat, bukan pakai akal kt kepala lutut tu oke~!! ;)

Monday, July 5, 2010

kek sploh tingkat.whoa~!!




Tuhan,
jika benar dia untukku, aku bersyukur. redhakanlah dirinya atas segala kekuranganku.
dan jika dia bukan untukku, aku bersyukur mengenalinya. redhakanlah hatiku menempuhi segala ketentuanMu.

assalamualaikum.

thanks to Him, and him ;)

balik Ipoh sorg2, n travel to Manjung, jugak sorg2, cari umah datin itter, bersama pacik teksi,ekekeke..met incik leftenan, wah~!! rasa macam.. bukan mimpi ke ni???

alhamdulillah... semuanya oke. walaupun pada awlnya aku bapak kompius, betul ke nak pergi lumut...sorang2?? nasib baik kg kt ipoh.. xde lah berat sangat nak lepas kt imegresen umah neh hai..

boleh tak kalau nak senyum sampai taun depan??hehehehe... macam orang sewel je.. poyo giler macam ni..

untuk yang tak paham..alkisahnya macam ni.. last week... aku diberitahu oleh kawan si incik boyfee yang dorg ni will be posted to merata tempat yg ade navy base lah tgh bulan 7 nih insyaAllah.. and dat incik gewe will be going to kota kinabalu...wowowowo..jauuuuhnya...kata beliau lah.aku tak rasa macam jauh pun...dan aku paham sangat..maksudnya ialah jauuuuuhnya dengan family and rumah dia.bukan jauh dari aku oke. alsebab kitorg mmg jauh dari dulu pun...oh, beliau sungguhlah perumah jugak.

aku xde lah rasa ralat sangat pun dengan berita tu..sebabnya dorg g sana 6 bulan je.. 6 bulan 'je'?? haha..marah beliau kalo tawu neh..hehehe.. ala.. dulu pun dorg dh pernah nek kapal 6 bulan..ssh nk contact..msg pn ssh..semua pun ssh...oke, saya dah paham ye tuan..so untuk kali ni dan kali2 yg akan datang pun asenye memang dah bersedia kut..and perasaan pun macam normal je la..hehe

sehinggalah pada suatu hari yang tak berapa nak cerah sangat sebab hujan, datin itter ajak aku turun lumut. oh itter, ketahuilah kamu bahawa aku takkan pernah menolak jemputan kengkawan walaupun ke hujung dunia. start dari situ lah aku mula terpikir, ke lumut?? wow~!! mesti best sebab aku tak pernah sampai lumut and aku memanglah suka travel.hehe..

tapi..ade tapi jugak.. macam manalah nak gitau mama yang aku nak pergi lumut. kepada sesiapa yang membaca n tau my mama tu macam mana, korang paham kan?? tapi entah macam mana sekali je aku cakap nak gi lumut, die tanye nak buat ape gi lumut, aku cakap nak g umah kawan n jumpa azhar, itu saja. itu saja soalannya. WAH~!!! aku tak percaya~!!

things went so fast. 30 jun beli tiket, 1 julai naik bas, pagi 2 julai sampai ipoh, 3 julai pegi manjung. oke.part pergi manjung tak fast sangat lah. aku naik bas yg terhenjut2 dan drivernye adalah orang melayu yang berhenti beli nombor ekor, sungguh aku nak muntah naik bas tu. oh pelislah pakcik bas, takkan kayalah kamu kalo beli nombor ekor tuh. kompem.

sampai je kat manjung, i took a cab untuk pergi umah itter, alsebab her daddy xde kat umah. dan sampai umah itter, mak die start memasak.mak itter teramatlah rajin tawu tak..setiap masa asenye die masak... sampai je aku belasah nasik sepinggan, pastu mak die buat muffin, pastu dinner plak, pastu tido, bangun pepagi buta tu dah start masak lagi..pas bfast, masak untuk menyambut ketibaan tuan syafiq tinggi nak mampos and tuan azhar chumil (kikiki) plak. nasik ayam penyet n puding laici. dan mee goreng. dan mereka pun melantaklah sehingga incik azhar masuk toilet 3x kat umah itter.oh beliau memang sakit perut pada pagi itu, dan masakan mak itter adalah bertaraf 5 n a half star oke~!! ;)

aftter dorang melantak tu, kitorang pn bergeraklah keluar..

destinasi pertama, Pangkalan TLDM Lumut~ sangat serunuk...tempat dorang best..tepi laut..angin sejuuuk jek..laut pun cantik....(bunyik cam jakun gila kan??) maklumlah, xpernah pergi sana...ekekeke

lepas tu kitorang bergerak ke Mr cendol (ke hape tah nama die??) kt stesen minyak (pun lupa stesen minyak ape..) aku order cendol aiskrim tapi aku mkn aiskrim je..hehe.. dan azhar order rojak pasembor dan aku belasah semua, kesian beliau, tgk aku makan cam gorila kelaparan...sorry la yer.. esaited tgk rojak pasembor yg penuh ngan sayur.hahaha

pastu kitorang gi solat kat masjid manjung.. plan asalnye nak jalan berempat, or berlima termasuk adik itter, tapi x jadi plak alsebab aku naik bas kt ipoh mlm tu...and incik gewe dengan berbesar hati mau hantar balik ke umah nenek.oh, sungguhlah serunuk..perjalanan dr Lumut ke Ipoh sangat menarik oke..aku tido je..incik gewe bawak kete sengsorang.. rasanya memula tu kitorang sembang gak.. pastu tetiba je suare2 semua hilang..sedar2 je..oh, dh sampai Ipoh eh??hahaha.. datin diea adalah tido sepanjang jalan. blame dat pasembor, sebab buat perut aku kenyang.har har...

boyfren saya sangat bijak lah~!! oh, sebenarnye yg sangat bijak itu adalah gps hp beliau. sekejap je dh sampai Ipoh Parade..hehehe... kitorang pn melepaklah kt IP tu sambil makan2 (lagi??)... dan bersembang.. oh jap, masa lepas solat zuhur kt manjung tu, beliau bagi hadiah. buku aku terima nikahnya by hasrizal abdul jamil, yg kaler biru tu... dan simkad celcom yg dulu aku mau buang tu..hohohoho...

masa kat IP tu, kitorang banyak sembang sal bisnes and tuuuutttt..haha..pasal agama lah...korang pk ape ha?? memanglah aku ni cam gila2 sewel ala2 berani kerana tak tawu takut gitu, tapi aku memang bersyukur sangat leh kawan ngan dia... sebabnye...rahsia~!!! hahahaha...oke2..t aku buat satu entry khas untuk beliau oke... ;P

about 6 sumthing camtu, kitorang bergerak dari IP, n beliau hantar aku ke umah arwah nenek kat pasir puteh..ala, dekat je pun.. xsusah pun cari kalo aku ni bukan jenis pelupa..hohoho..sorry yer wak...sesat cari jalan pulang.walaupun sebenarnye tak patut pun...

beliau tak lama pun kt situ..dan beliau pun bergerak balik lumut...

walaupun date tu tanpa muvie, tanpa bowling, tanpa shopping, dan tanpa aktiviti terancang, tapi aku sangat happy. kenape weyh?? tak tahu.sebab aku happy la~!! ;DD

and dat night, aku bergerak pulang ngan bas shamisha yg aku sumpah xmo naik dah bas tu lepas ni. sepanjang jalan aku tak tido sebab banyak sangat sesi tukar bas.eee...~!!! dan lepas subuh aku tido tak sedar diri n bangun tengah hari kebengongan dan mandi dan online dan solat dan berapa kali dan daaa... dan mkn panadol actifast dan tido blk sampai kul 7.wallaweyh...

hoh, penatlah bercerita. weyh, nape xde gambar??? mmg x amik gambar sangat pn...menikmati percutian dengan mata dan hati sahaja.hohoho...

thanks mama, thanks kak yang, thank itter, mak itter, adik beradik itter n thanks wak~!!! ;D

gambo dr itter..thanks itter~!! sgt suka.weeeee ;D

no komen...ahaha

with beribu2 sayang
t.i.c.k.d.i.e.a

p/s: buku aku terima nikahnya sangat best.seronok je baca. klu nk baca, silalah beli satu, ataupun mintak ngan gewe, ataupun tunggu je gewe bagi.tp sblom tu kna cari gewe yg suka baca buku agamalah dulu.choww~!! ;)