assalamualaikum...
wello~!! hihi... rase macam nak cakap sumthing yg sepatutnye aku ckp direct kepada seseorang itu..tapi macam xde kekuatan nak membebel kat die. so many things to think about him..n it.
hidup memang x selalunye indah. in fact, hidup ni penuh dengan masalah. yang indahnya hanya bila masalah-masalah tu semua selesai. maknanya, dalam hidup kita ni, masalah tu lagi banyak daripada yang indah. tapi tu semua bergantung pada penerimaan kita. kalau kita fikirkan masalah tu sebagai masalah yang menyusahkan, susahlah kita. tapi kalau kita pandang masalah tu sebagai petunjuk atau cabaran dalam hidup kita, insyaAllah masalah tu akan tumpang lalu je dalam hidup kita.
seringkali kita perlu membuat keputusan dalam hidup. atas rasa hormat pada harga diri, bertanggungjawablah pada keputusan itu. kalau keputusan itu memberi jalan selesa kepada kita, bersyukurlah pada Allah.. tetapi, kalau keputusan itu membawa kepada duka, positif lah, kita yang membuat keputusan itu sendiri, kita harus sedar risiko dan akibatnya.
tetapi kadangkala, ada keputusan dalam hidup kita dibuat oleh orang lain. seperti contoh, pilihan ke universiti atau ke maktab, ibu yang membuat keputusan untuk aku. bukan dia tak tahu yang aku tak pernah minat untuk jadi guru..tapi apa yang aku fikirkan ialah restu dan pilihan ibu itu lagi penting daripada kehendak aku, sepertimana pentingnya redha Allah dalam hidup kita.. maka dari situ, aku mula melihat keputusan hidup yang terjadi dalam hidup aku sebagai satu petunjuk aku meneruskan langkah. semua yang terjadi di dalam hidup aku fikirkan tentang petunjuk itu..tentang semua.
aku memilih maktab. perjalanan belajar yang panjang. manusia yang aku jumpa di dalam perjalanan ini mengajar aku menjadi berani.
ditinggalkan kekasih. hidup perlu realistic. Allah tak makbulkan doa ke arah maksiat. boyfriend bukan hak milik mutlak kita. dan die juga ada perasaan yang kita tak boleh nak kawal. kenapa nak menyusahkan orang lain dengan perasaan kita?? nak pulak kalau dia kembali atas rasa kasihan. untuk apa?? untuk ditinggalkan untuk kali kedua?? Allah dah sediakan kita dengan jodoh yang melengkapkan diri kita, hati kita. yakinlah dengan janji Allah.
ujian kesusahan dalam hidup. tak semua orang boleh merasa susahnya hidup. sangat bertuah yang berjaya melepasi kesusahan itu. kenapa nak mengeluh? sedangkan ada manusia yang lagi teruk diuji Tuhan. jangan sesekali mengeji dan menghina orang yang susah. kamu yang senang juga sedang diuji. boleh jadi jugak kamu disenangkan Tuhan kerana kamu tak sekuat orang yang susah.
hidup berjauhan daripada boyfriend. mengajar aku erti rindu. buat aku berfikir tentang dosa dan pahala. hubungan itu tidak halal. maafkanku jika aku slalu berkasar. kerana kejauhan kita banyak membuatkan aku sedar tentang hakikat hubungan kita yang penuh dosa. kita akan lalai jika kita dekat. kita akan mengumpul banyak dosa jika kamu tidak se-busy skrg. ketentuan Tuhan adalah segalanya yang terbaik untuk kita. aku sedar itu dan moga kamu juga tahu. terima kasih kerana mengajar saya menjadi dewasa dengan kejauhan kita selama ini. ;)
apa saja yang kita lakukan, fikirlah kesannya kepada orang lain. kalau ada kejahatan yang singgah dalam hidup kita, muhasabahlah diri. mungkin ade kesilapan tanpa sedar yang telah kita lakukan kepada orang lain.
tu aje.
daaaaaaaaaaaaaaa
with love
t.i.c.k.d.i.e.a
No comments:
Post a Comment