sape nak itut angkat kaki~ ;P

Tuesday, July 6, 2010

mengapa dibenci...

assalamualaikum...

apa khabar?? (oke tukar mode sebagai penceramah bebas jap..ehehehe)

hari ni..rasa macam nak berkata2 tentang sesuatu yang mungkin ada kaitannya dengan kamu, dia, mereka dan mungkin kita juga... tentang cinta, cinta tiga penjuru dan cinta sang pencinta terhebat.

kita mulakan dengan cerita cinta. cinta. siapa tak kenal cinta?? orang yang tak bercinta juga tahu apa itu cinta. dan mungkin mereka sebenarnya lebih memahami erti cinta sebenar daripada orang yang dikatakan mabuk dalam cinta sejati. bila sepasang manusia, lelaki dan perempuan mula menyukai satu sama lain, maka yg dikatakan cinta itu wujud. cinta itu berkembang atas dasar dua insan ini selalu bertemu, berpegangan tangan, bersembang cinta dan ada juga yang ber'ringan-ringan'an.

tetapi, lama-kelamaan, bila cinta yang dibina dan berkembang atas desakan nafsu semata itu menganjak ke tahun kedua, ketiga dan seterusnya, maka satu perasaan normal akan timbul dari hati sang pencinta iaitu perasaan bosan. bosan bertemu, bosan berpegangan tangan, dan bosan bersembang bagai udah berumah tangga. maka dari sini, perasaan cinta mula menunjukkan signal, mahu menukar laluan.

maka dari cinta pertama, sang pencinta yang sudah tak setia mula membuat onar, mencari cinta baru, yang lebih segar dan menyegarkan. cinta pertama yang berhabuk dek dosa ditinggalkan tanpa pampasan..hanya isyarat tiada lagi cinta yang bertandang.. kasihan sang pencinta nestapa..

dari cinta pertama, beralih kepada cinta kedua, yang menghasilkan penjuru ketiga dalam cinta. segala keburukan sang pencinta nestapa sudah lali di telinga sang pencinta baru lagi "sempurna". sang pencinta masih sama, membina cinta bersama cinta baru berasaskan kembangnya hati. bila hati kembang, cinta barulah segalanya, bila hati layu, cinta baru yang dipersalahkan.

bila cinta kedua juga hilang.. muncullah sang pencinta terhebat menyelamatkan keadaan. dan sang pasangan cinta meneruskan cinta untuk kesekian kalinya dengan modal yang sama.. bahagia bila hati berbunga dek baja dosa...

dan sehingga suatu ketika, sang pencinta mula terlihat..yang cinta selama ini bukanlah cinta yang sebenar..bagaimana mungkin ada cinta yang bertukar2 ganti yang akhirnya cinta itu menjadi benci?? kebencian yang tak mungkin termaafkan...

(oke, tukar mode pengkritik af)

korg paham tak cite kt ats tu??

dalam bahasa senangnye..dari orang yg bukan bergelar ustazah cam aku ni...

korang bercinta lah macam org dah kawen, lepas tu bila korang kawen nanti, laki korang kna outstation, korg mula dibayangi dosa lalu, klu ngn korang boleh mengarut2 wat maksiat, mestilah die pn tak malu nak buat macam tu ngan perempuan lain.. tu kalau korg kawen ngn boyfren or gefren korg.. klu tak kawen ngn dorg?? tak rasa bersalah ke kt laki or bini korg time tu?? tak kurang jugak, korg akan fikir, adakah dulu die buat bnda yang sama yang mcm korg buat dengan bf n gf korang dulu...


klu lah kita boleh google semua kisah cinta kt dunia nih, korg akn jumpa berjuta2 lemon kisah cinta yg macam kat ats tu... dan korang kununnya akan geleng2 kepala...takpun korg akan sumpah seranah sang curang tu.. tapi basically..semua pun memainkan peranan penting untuk bnda jadi macam tu..

maybe jugak dalam certain kes, ade yg tak bersalah, contohnye

A dan B bercinta. A demand mcm2 yg bukan2 dan B pertahankan maruah dia sampai A curang. dan B x pernah berdendam dengan pengganti dia.

AKU SANGAT TABIK KEPADA B.
BIARKAN A PERGI SEBAB A TU TAK CERDIK.

oke, mungkin jugak dalam kes sang pencinta terhebat, segalanya dituruti atas dasar cinta yang amat sangat. terlalu menguasai hingga pasangan tak boleh bergerak.segala disekat hingga pasangan hilang kawan.

AKU TAK RESPECT LANGSUNG LAH KAT ORANG MACAM NI. BE REALISTIC OKE. KITA MERANCANG, TAPI ALLAH MAHA MERANCANG. SELAGI TAK DIIJABKABUL, DIA MILIK MAK AYAH DIA. JANGAN PERASAN DIA MILIK KAMU OKE. DIA JUGA ADA LIFE. YANG KAMU DUK SEKAT2 KAWAN DIA TU KENAPA?? TAK PERCAYA KAT DIA?? ABES TU KENAPA NAK BERCINTA DENGAN DIA??

untuk kamu yang terlalu menguasai..

sangat biasa kita jumpa manusia begini>> bila dilarang, makin die nak buat,bila disuruh, xmahu pulak die buat.

perkara biase terjadi ni mmg kita boleh praktikkan dalam bercinta.

kamu mengamuk, kamu halang die dr berkawan dengan org yg tak pernah pn berniat jahat ngan kamu, satu hari nanti, kamu akan lihat die sayang orang itu. tapi klu kamu biarkan die hidup, atas dasar percaya dan redha atas segala urusan Tuhan, kamu akan rasa diri kamu bertuah, disayangi malah dipercayai kerana kamu terlebih dahulu mempercayai dia.

dan kamu yang memiliki pasangan yg sangat possessive, fahamilah jiwanya. dia terlalu sayang pada kamu. sayangilah dia juga.

tetapi, kalau setakat bercinta bagai nak rak tanpa tujuan dan perancangan untuk kawen tu, wa xnak ckp banyak lah. sila baca buku aku terima nikahnya by ustaz hasrizal abdul jamil. kalau korang xde rasa bersalah, or berdosa kt Tuhan, sumpah korang memang sewel. silalah teruskan cara korang bercinta sampai korang kna cekup.

akhir kata, sorry ye klu bahasa ni kasar sangat..tapi standard lah, ceramah agama yg baik2, yg sopan2, hanya org yg baik2 dan sopan2 je yg dgr.kan?? fikir2kan, dan selamat bermuhasabah diri...

astaghfirullahal azim...astaghfirullahal azim..astaghfirullahal azim.. (yes, korang dah tambah pahala bila baca nih..baca lg banyak2 yer~!!! ;)

with love
t.i.c.k.d.i.e.a

p/s: bercintalah dengan akal yang sihat, bukan pakai akal kt kepala lutut tu oke~!! ;)

No comments: