sape nak itut angkat kaki~ ;P

Tuesday, July 20, 2010

oh kamu yang cantik



assalamualaikum...

korang pernah x dengar pasal jus pegaga?? ulam pegaga?? mesti pernah kan... ulam pegaga or daun pegaga selalunye kita boleh jumpa kt kedai-kedai makan yang menyediakan masakan kampung..

daun pegaga ni banyak khasiatnye tau.. klu kita tanye mak2 or nenek2, selalunya dorang akan ckp mkn ulam2 (termasuk pegaga) ni bagus.. boleh buat badan kita sihat..bila dh sihat tu susahlah nak dapat penyakit..pastu bila dh susah sakit tu senanglah kita nak buat kerja.. masa aku sekolah dulu, jawapan ni aku rasa dh paling bagus la.kiranya boleh dapat markah penuh r... tp bila aku start buat resarch pasal daun pegaga ni...specifically khasiat dia.. aku rasa skema jawapan org2 tua ni patut diubah sket la... oke, sebelum aku bercakap banyak pasal khasiat pegaga secara saintifiknya, meh nak citer asal usul research aku nih dulu..

alkisah, adalah sorang member aku ni... die ni dh nk jadi bini org.. so dalam persediaan die utk bergelar isteri org tu.. die mengamalkan minum air pegaga... masa mula2 die duk minum dulu, semua org buat dek je.. mungkin lah ade org xbuat dek sgt tp aku xtau kan.. tapi lama kelamaan, kitorang perasan 1 perubahan kat muka die nih.. kulit muka die nampak cerah, lepas tu cam gebu sket bak kata mardidi.. so since then lah baru semua org pn mula lah merisik khabar amalan minum air pegaga minah nih...

berbalik kpd cerita aku plak.... kalau kawan2 yang selalu tengok aku makan, dorang dah kenal aku ni cane. penggemar sayur-sayuran tahap taleh blah.. klu time makan, aku dh x nampak dah lauk lain..memang pinggan nasik aku akan dipenuhi dengan sayur je.. ulam2 tu mmg lauk wajib r.sampai ade sorang hamba Allah ni panggil aku kambing. fine lah, kambing pn kambing r.. tapi, berdasarkan pengalaman lalu, bila aku makan ulam pegaga, aku mengalami penyakit ke toilet atau nama lain die cirit birit. lebih kurang 3 kali aku try makan, dan 3 kali lah jugak aku kena cirit birit.. so lepas tu aku dah tak pernah makan dah daun pegaga.

tu kisah 3 4 tahun lepas. setelah 4 tahun aku stop makan daun pegaga tu, aku dah mula berminat nk try balik ulam ni..mane lah tahu dah xde penyakit g toilet tu kan...nak pulak boleh buat muka aku gebu cam member aku tu kan, lagi lah tergedik2 aku nak try... lgpun 2 3 hari ni, aku n few frens ada jugak sembang sal jus pegaga tu.. dan perbincangan kitorang tu lebih kpd mana nk dapat benda tu sbb khasiatnye kitorang refer muka member kitorang tu je.haha

so aku pn start la buat kajian sal pegaga nih.... basically, khasiat daun pegaga bukanlah tertumpu pada bidang kecantikan pn.. tapi die punye mineral dalam daun tu boleh membantu ke arah untuk improve kecantikan..



Pegaga atau nama saintifiknya, Centella asiatica berasal dari kawasan Asia iaitu India, Sri Lanka dan Madagascar dan juga Afrika Timur.

''Amalan memakan daun pegaga boleh mengekalkan awet muda dan masalah kegemukan," ujarnya tersenyum.

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2009/01/khasiat-daun-pegaga.html#ixzz0uClpgLxk

kalau hasil bacaan dari HPA, pegaga ni boleh menjadi penawar batuk buasir demam kelesuan dan jugak batu karang.. dimana dia melancarkan sistem pembuangan kita dan meningkatkan tahap kesihatan badan kita..(mungkin jugak sbb ni lah aku mendapat penyakit tu...hoho) klik sini utk cari info dan barangan HPA

Baru-baru ini WHO telah mengumumkan bahawa pegaga terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak. (sumber dari http://www.kedaisiber.com/diari/2008/03/29/khasiat-pegaga/)


PEGAGA

Keseluruhan bahagian pegaga (daun, batang, bunga, buah dan akar) banyak kegunaannya dan mengandungi khasiat yang tinggi. Jika terlalu banyak dimakan pegaga boleh menyebabkan penyakit neurotisme. Pada zaman dahulu pegaga digunakan sebagai racun sumpitan untuk memburu binatang. Masyarakat Melayu khususnya amat yakin pegaga berkhasiat untuk memanjangkan umur dan awet muda. Berdasarkan kajian untuk mendapatkan kesan yang positif pagaga boleh dimakan dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Jika pengambilan berlebihan, pegaga akan menyebabkan kesan narkotik dan keracunan kumulatif yang meransang tumor untuk jangka masa yang panjang. Pagaga mengandungi sebatian kimia dan bioaktiviti yang terbukti mengandungi antibakteria, antispasma, antiinflamasi, hipotensif dan insektisid. Dalam bidang perubatan tradisi, pegaga digunakan sebagai agen analergi, antikanser, antidiarea, anti disenteri, peransang pembuangan urin, hipotensif, stimulan, tonik, menyejukkan badan, membuang batu karang, penawar kencing berdarah, kusta, gonorea, luka, kudis dan sakit kerongkong.

sumber dari http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/juliana.html

so, untuk korang yang mahu cuba amalkan minum air pegaga or makan ulam pegaga, bolehlah buat kajian macam yang aku buat ni demi kepuasan hati masing2...

rumusan yang boleh aku buat berdasarkan research ni.. ulam pegaga dan air pegaga adalah sangat baik untuk kesihatan kita dan mungkin jugak untuk kecantikan kerana mineral2 dan khasiat2 yang ada dalam daun pegaga tu.. tetapi, kalau diambil secara berlebihan atau dijadikan makanan ruji, dikhuatiri boleh menjadi racun dalam badan kita..

nak info lebih, silalah tanye incik google yer..

by then, chow~!! ;P

with love
t.i.c.k.d.i.e.a


No comments: