dah ada orang tanya. ajzahuahr. ape tu??
baca secara selang huruf. apa yang anda nampak?
satu perkataan adalah azhar. satu lagi adalah jauh.
saya mahu lakukan sesuatu. benda ni pernah terjadi dulu. dan ia berulang lagi.
mungkin akan berulang lagi lepas ni?? saya tak pasti.. hanya Tuhan lebih mengetahui
hmm.. saya patut bayar segala ungkitan itu..
tapi bukan pada dia..
saya akan sampaikan kepada yang lebih menghargai..
sasarannya adalah seorang ibu.
misi juga sudah bermula.
tapi langkah ragu. tiba-tiba keliru.
mungkin perbuatan akan disalah erti??
ahh.. sakitnya hati sendiri bila terlalu memikirkan hati orang lain.
pasti ada hikmah. pasti.
ada juga yang memujuk. buka saja hati pada yang lain.
sesungguhnya bercakap memang terlalu mudah.
mungkin diri terlalu bodoh. terlalu percaya. terlalu optimis pada takdir.
sehingga ada lagi ruang peluang untuk terus disakiti.
alasan? diri juga punya banyak kelemahan. kekurangan yang beri sedar untuk menerima ketakcukupan orang lain.
kusutnya bila tiada jawapan pada langkah seterusnya.
ya takdir itu milik Allah. tapi usaha itu milik kita.
pilihan itu ada pada Allah tapi langkah menjejakinya milik kita.
hati itu milik Allah pasti tapi akal kita yang punya.
sudahnya?? sempurnakan saja hak Dia moga diberi ilham kata selanjutnya.
fitrahnya empunya kata hanya manusia biasa yang menyayangi bagai kebanyakan yang punya hati.
bezanya dia memiliki akal yang mampu mengenal siapa yang selayaknya di atas.
pintanya hanya untuk difahami.
dan dia tak mampu sekadar menyayang tanpa jaminan hatinya dijaga seperti sepatutnya.
dia adalah seorang perempuan yang kuat. tidak dia menjadi lemah kerana kamu.. tapi dia tetap akan berfikir sampai otaknya berhenti berfungsi.
kerana dia tidak akan pernah lupa pada pegangannya selama ini.
"we never found a wrong mate, but we become a wrong mate"
mungkin azamnya utuh sampai bila-bila.
" mahu bahagia?? cipta. jangan ditunggu"
tapi mungkin juga hati perempuan itu terlalu parah. hingga setiap langkah kabur. ragu- ragu bila semangat hilang kerana ingatan yang sangkanya melenyapkan siksaan. walhal makin tersiksa.
banyak lagi positif untuk difikir. tapi mungkin dia perlu berehat.
bagi ruang hatinya lapang.
moga yang patut datang itu datang. dan yang patut pergi itu pergi.
sungguh. perempuan ini tak mampu melihat kamu susah.
dan dia sungguh kuat untuk terluka sampai akhirnya.
pergi jika patutnya begitu.
tapi datanglah jika benarnya begitu.
"
2 comments:
chill org tua..jom g joging
banyak2 kan bersabar oke diea.setiap orang ada dugaan masing2..berdoa je pada Dia..sentiasa berfikirang yang baik terhadap Dia.insyaAllah, pasti dia akan tunjuk kan jln keluar untuk kt :)
Post a Comment