assalamualaikum..
bismillah..i'm home.yupp.i'm home. kat jerteh. pada hari yang sepatutnya saya exam. tapi saya di rumah. sangat aneh perasaan ini. hari ini hujan.cuaca mendung. hati pun. teringat uum. masih banjirkah di sana?
rasa suram. terfikir sesuatu. kenapa saya tidak mampu untuk melakukan banyak perkara? kerana wang atau semangat?
terimbas juga persoalan dari dia. apa tujuan kita hidup sebenarnya?? mahu bahagia bukan? katanya kita akan bahagia bila kita sentiasa ingat Tuhan. kata saya, kamu tidak akan bahagia jika kamu ingat Tuhan sahaja. tanpa melakukan tanggungjawab2 lain, akan bahagiakah kamu?
kamu tidak adil.
jika mata terpandang yang di sana itu bahagia. terlintas, mungkin bahagia bila aku dapatkannya juga? teringat, janji pada diri. mahukan bahagia, cipta, jangan ditunggu. maka kucipta.kucipta.
kamu tidak melihat.
apa salahnya membuat dia sebagai yang bertuah? bukan aku? ya..itu aku. aku bahagia bila kamu, mereka bahagia. tetapi.
seringkali niat terhalang. tembok kamu cipta. apa erti kita? apa erti hari yang aku lalui? apa erti usaha ini? apa erti petunjuk ini?
aku tidak mampu menjadi selain dari aku. yang lemah itu aku. yang degil itu tetap aku. yang tidak mampu bersuara lebih dari diam itu juga aku.
kamu tidak tahu.
diam.diam sahaja. diam.
Allah, jaga hatiku. permintaan kamu.
No comments:
Post a Comment