sape nak itut angkat kaki~ ;P

Sunday, November 21, 2010

dan aku sedar...kosong~

assalamualaikum..

selamat hari ahad.. semua orang cuti ke hari ni?? oh, tak. ade orang keje hari ni. mungkin gila kerja, sampai hari ahad pun nak kerja. atau mungkin jugak terpaksa kerja sebab berada di bawah kementerian yang suka paksa orang bekerja lebih tanpa bonus.

di hari ahad yang cerah, saje mau membebel..

andaian..

hidup ni penuh dengan sangkaan.. semua orang mau jadi tukang tilik, tok bomoh dan sebagainya...

suka menyangka begitu dan begini berpandukan emosi semata..

lalu hati berat, kepala semak memikirkan hasil segala andaian..

tak mampu meluahkan.. mungkin ada maksud tersirat atau sememangnya kosong tak berisi??

diam tanpa kata.. tidak berperasaan atau sukar menuturkannya?

kaku tanpa usaha.. belum tiba masa atau faktanya dia memang begitu??

dada semakin sesak.. petunjuk hari mendatang yang gelap atau dugaan hari ini semata?

cuba betulkan segalanya tapi terus tersekat di tengah jalan.. andaian pelbagai lagi tiba...

mungkin satu jalannya...

tak terlaksana...


aku manusia lemah

selalu terjatuh

berbeda aku darimu

kau berdiri teguh

aku serba tiada

aku kekurangan

dan bila kau tiba aku hilang dari kewujudan

sempurnanya sifatmu

tulusnya hatimu

jujurnya niatmu

tingginya kesabaranmu

lepaskanlah diriku

kerna aku tak mampu tuk menanggung sebuah cinta sempurna

darimu....

bukan aku tak pernah

mengerti dirimu

ku sanjung setiap kata cinta kau berikan aku

hilangkan rasa itu

akhirkan semua

dan bila kau sedar aku hilang dari kewujudan

sempurnanya sifatmu

tulusnya hatimu

jujurnya niatmu

tingginya kesabaranmu

lepaskanlah diriku

kerna aku tak mampu tuk menanggung sebuah cinta sempurna

darimu....


kembalikan hidup warna warni aku dulu..

kembalikan tawa riang aku dulu..

aku tak mampu menurut dan berubah semata kerana kamu, tanpa dipeduli... kerana itu sungguh tidak adil..

hilanglah...

lepaskan..

biarkan kulakukan sendiri kerana Tuhan...

kerana aku hanya manusia biasa, perempuan biasa...

yang tidak mampu menjadi lebih dari diriku sendiri..



1 comment:

red apple candleliz said...

sungguh puitis..
hidup prlu diteruskn walau macam mana sukarnyee..