sape nak itut angkat kaki~ ;P

Thursday, November 4, 2010

exam sem ini ditunda..

assalamualaikum again.. dah 2 entry hari ini ye...

korang mesti familiar je ngan tajuk entry tu kan.. hah, jangan tipu. tiap kali nak exam dan korang rasa macam ahhhh banyak lagi tak cover, korang mesti cakap ayat tu untuk sedapkan hati memasing kan..hahahs..tapi ketahuilah..untuk aku dan warga UUm sekarang,

tajuk entry adalah bukan mainan..ini betol-betol, bukan cobaan..

berita ni baru je aku dapat lepas lunch tgh hari tadi..patutlah makanan rasa sedap pelik je hari ni..rupa2nya nilah bendanya..

semua exam sebelom raya haji mengikut jadual asal ditunda ke bulan doblas. dan exam asal aku memang semua berada sebelom raya haji. kununnya dah bergumbira takyah balik uum lepas raya haji dan jeleskan kosmet yang ramai ade paper lepas raya haji. alih2, aku lah yang abes last skali exam sem ni..cess~

maka bila semua orang dah tau pasal exam pospon ni, blok pun dah bertkar dari zon study kepada zon marah2, bising2 dan tak kurang jugak yang mencarut sedikit.. aku pun rasa gak marah sket, sedeh sket, geram sket, tapi ni kan semua takdir Allah..adalah hikmahnya semua ni..tinggal kita kena fikir je apa dia... kesian kat MPP, semua pun nak blame MPP, padahal selama ni dorang kerja untuk uum xde plak korang nak bising berterima kasih..tapi bila uum pospon exam, semua nak hentak MPP..korang yang hentam tu semua memang masuk u pakai kabel eh??memang tak nak masuk uum? memang tak pernah bangga dengan UUM walau sekali??dan tak pernah bergembira walau sehari pun kat sini?? fikirlah sebelum nak cakap kasar2..

nak blame MPP kenapa..?? cadangan aku, budak2 semenanjung sabar la..2 3 hari lagi insyaAllah boleh balik..dan borneo guys, korang usahakan untuk dapatkan pampasan tiket flight korang tu..kalau takleh ngan uum, try ngan airline system yang korang guna tu..sebab epot alor star pun tutup sekarang ni, and of course bisnes dorang pun tak jalan gak.. tapi korang kena usaha lah.. untuk orang2 yang hentam MPP dgn kata kesat dan kasar tu, aku rasa korang patut malu dan minta maaf kat dorang sebab kalau korang nak work on pampasan ke ape, dorang mesti sangat boleh membantu..but for sure it takes time la. ini universiti pengurusan yang agak huru hara, aku tak nafi pun part tu...tapi, kalau dah kertas solan takleh masuk, pengawas exam xleh masuk, ko nak jawab ape?? think people think~!!

untuk warga semenanjung pulak, yang kempunan sangat nak balik kampung tu, sabarlah..banyak lagi jalan yang ditutup. kita kat UUM memang senang je cakap boleh balik, perasan tak kita duk kat mana?? atas bukit kut. especially warga kolej YAB, kolej aku la tu..kolej paing tinggi kat UUM..think twice triple or more before saying that people are lying bout everything.. tekan di sini dan baca untuk info setakat ini...

relaks la..aku pun nak balik..tapi aku rasa, ade baiknye aku setelkan study sket2 utk exam, tunggu banjir reda lam 3 4 hari lagi baru aku decide untuk balik Jerteh. maybe lah aku ni susah nak emo tapi aku paham la perasaan korang..mungkin korang just cakap tanpa makna untuk tenangkan hati korang...

hmm..so dah tak tahu nak buat ape..duk je diam2 kat UUM ni..tengok muvie..makan megi...hoho...

sehingga berjumpa lagi...daaaaaaaaaaa

ya Allah, Kau peliharakanlah semua ahli keluargaku, sahabat2ku, guru2ku dan semua umat islam.amin...

No comments: