terserempak ngan satu tulisan pasal bertunang kat mukabuku tadi...hmmm... katanya, menurut Islam, kalau ada lelaki ajak kawen n perempuan tu kata setuju, itu maknanya mereka dah bertunang. aku pun pernah jugak dengar ceramah sape tah yang cakap pasal benda ni, dengan statement yang sama. tapi dek kerana kita orang melayu ni kaya sangat dengan adat, so bertunang pun nak kena ikut adat, kena bawak rombongon ke rumah perempuan segala.. baik jugak, tertib sikit caranya kan.. tapi lau bertunang ikut orang dulu2, sebab nak kenal before kawen, sebab kebanyakannya kawen ikut pilihan mak ayah, so tak kenal sangat, tp tu pun x lama, sebab orang dulu percaya bakal pengantin tu darahnya manis. x boleh bertunang lama2, banyak pantang larangnya... tapi sekarang, kebiasaan yang bertunang tu ialah pasangan kekasih. dah couple 2 3 tahun. mungkin bertunang tu perlu jugak, sebagai marker untuk start persiapan kawen.. tapi bagi aku, tak perlu kut buat yang macam orang2 sekarang buat, nak ade pelamin segala..duit..duit..haha...
tapi ade satu part yang dia kata "jadi, bila dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram" yang buat aku terfikir. eh? mcm tu ke? aku rasa sedara or sedari or sedarai(tak kut.hehehe) yang tulis artikel tu patut letak sumber2 hukum yang die letak tu...
bila hukumnya haram, samalah macam haram tinggal solat, haram tak tutup aurat, haram mengumpat dan lain-lain.. dosa besar la maknanya tu.. berat jugak tuh.. so patutnya kita cari dan letakkan sumber supaya orang lain yang membaca boleh rujuk balik sumber tu.. dan bila dah sahih tu barulah boleh untuk disebar2kan... takut nanti, benda tak sahih, kita sebar2kan, jatuh hukum fitnah pulak. fitnah agama lak tu.
tapi, apa2 pun, jika benar ia satu dosa, pintu taubat itu masih terbuka untuk yang menyedarinya. mohonlah keampunan dari Allah, insyaAllah kita tergolong di dalam orang2 yang diampunkanNYA. amin... sesungguhnya Allah maha mengetahui apa di dalam hati kita... Allah maha mengetahui apa yang kita ketahui dan Allah juga maha mengetahui apa yang tidak kita ketahui.
pokok pangkalnya, ingat Allah dalam setiap urusan.. supaya perkara yang kita buat tiap2 hari tak terjurus kepada dosa. setiap yang kita ucapkan pun sama jugak... moga2 anggota badan kita tidak mengheret kita ke neraka jahanam di akhirat kelak.insyaAllah...aminn....
"Tuhan, aku ingin berubah, dan bertahan dalam perubahanku..berilah petunjukMu untuk doaku diperkenankanMu..amin ya Rabbal alamin..."
;)
4 comments:
ek??
hishh..
serius nih
ha, ko la tu nana, ramai peminat...hohoho
bukan ke ada dalam syarat2 orang yang nak dipinang tu mestilah bukan tunang orang
rasa macam belajar masa form 4/form 5 hehe
try tgk sini ada hadis pasal xleyh pinang tunangan orang
http://skeletonblackwhite.blogspot.com/2010/08/hukum-meminang-tunangan-orang.html
thanks ckyn...
org rasa status tu jatuh bila niat kat hati tu yang setuju, bukan mcm talak. means kita je yang tahu bila kita betul2 setuju. klu setakat setuju sengeh2 pastu xde tindakan selanjutnya, rasanye takde makna pun...
Post a Comment