sape nak itut angkat kaki~ ;P

Tuesday, November 23, 2010

yang indah itu syukur dan sabar...

asalamualaikum...

hidup tak pernah lengang dari dugaan.. bezanya hanyalah pada penerimaan... bukan juga cendekiawan islam mahu berhujah.. cuma dari hati seorang diea.. yang terfikir.. dan mahu berkongsi..

marah itu mudah. kerana bersama marah itu adalah syaitan.. dan syaitan itu janjinya mahu memusnahkan iman kita semua.. tekanan juga mungkin sama.. tapi..seseorang dewasa pernah bercerita, "kenapa dilayan?? kenapa tidak, kita cuba sendiri, fikirkan kenapa kita tertekan, kenapa kita marah.. fikirkan kenapa, dan apa akibatnya.. fikirkan dalam tenang.. kita akan jumpa jawapannya.. mungkin penyelesainnya juga.. dan sebenarnya bendanya kecik je.." benarkah??

mungkin pada aku, ya. benda itu benar. segala masalah itu berada di dalam pemikiran kita yang sepatutnya dikawal oleh diri kita, bukan makhluk lain.

nikmat itu indah. tapi tak semua. benarkah??

ya, kerana nikmat yang benar2 indah itu adalah nikmat yang kita syukuri. sedikit atau banyak, itu urusan Allah.. tetapi dasarnya bagaimana kita menerima.. seringkali mahukan segala yang lebih, tetapi percayalah, aturan Allah itu yang terbaik.. bersyukur dengan apa yang ada.. tetapi itu bukan alasan untuk duduk bersahaja.. kita dapat apa yang kita usahakan. mahukan yang terbaik, usahakan apa yang sepatutnya.. bukan duduk menadah tangan berdoa duit turun dari langit. logikkah?? benda lain pun begitu juga. (mahukan perhatian aku?? lakukan sesuatu! miahahaha)

dan musibah itu buruk. hanya bila kita tidak mengenal Penciptanya.

kerana aku percaya, things happen for reason, chewah ckp omputih plak.. oke2, serius balik.. benda simple je, bila ada masalah, baru kita nak ingat Allah kan?? tapi tak perlulah nak meraung2 jerit2 nama Allah... dan menyalahkan orang lain dengan mengungkit segala kebaikan sendiri.. tapi kenapa musibah tetap datang?? itu yang patut difikir...

dan kenyataannya, musibah itu baik kerana ia membawa kita kembali kepada yang Maha Mengetahui. dan musibah paling indah?? hanya apabila kita sabar... orang yang sabar tidak pernah rugi.. tapi kena ada usaha, doa jika mahu, doa untuk kuat, dan sabar... ;)

orang yang beriman, duduklah dalam situasi apapun, tetap berbahagia... ya Tuhan, pilihlah aku untuk jadi manusia itu. amin...

yang benar2 indah itu adalah ilham dari Pencipta..alhamdulillah..
dan yang indah juga ciptaanNya, seperti aku..hehehe

titik.

p/s: basikal anda sihatkah?? basikal saya sudah tiada. moga Allah ketemukan kembali jika ada tertulis di kitab hidup kami. mungkin jika ada yang lebih baik?? lumayan kok! *wink2!

No comments: